Friday, May 2, 2014

Kegunaan Blog

Assalamualaikum.

Hampir enam bulan aku tidak menulis entri baru. Sebenarnya banyak benda aku nak kongsikan tetapi kesuntukan masa. Alhamdulillah hari ni sedikit kelapangan waktu, jadi boleh lah aku menaip sambil berkongsi ilmu yang berguna untuk dimanfaatkan bersama.

Aku mula menulis blog pada tahun 2008. Masa tu penulis blog dari Malaysia memang ramai yang tengah naik. Sekarang dah tak berapa aktif, mungkin ramai dah berkeluarga atau sibuk dengan kehidupan realiti. Kalau korang berminat nak tulis blog, boleh try usha laman web blogger, wordpress, tumblr dan banyak lagi.

Apa sebenarnya kegunaan blog? Jawapan aku ; ia adalah platform untuk menyampaikan maklumat. Sebenarnya ia bergantung kepada individu yang mengendalikan blog itu sendiri. Apa sebenarnya yang korang boleh tulis? Jawapan aku ; bebas selagi tidak melampaui batas dan tidak mengganggu hak asasi manusia.

Kebaikan blog adalah korang boleh kongsikan apa jua maklumat dengan semua orang di seluruh dunia. Jika aku tulis blog dalam bahasa Melayu, rasanya sekarang dah ada pengalih bahasa. Antara kandungan blog yang korang boleh tengok adalah mengenai tips, politik, agama, fesyen, jual beli secara atas talian, ilmu dalam pelbagai bidang, testimoni produk, kisah jenaka, lirik lagu dan bermacam-macam lagi.

Nampak tak kegunaan blog? Banyak kan? Dan ianya PERCUMA. Jadi, gunakan lah sebaik mungkin. Ok aku kongsikan blog apa yang aku ada. Selain dari blog ini, aku ada blog peribadi. Fungsinya adalah untuk simpan maklumat harian aku. Contohnya adalah blog untuk service kereta, barang yang beli setiap bulan, tarikh datang bulan, resepi dan puasa ganti setiap tahun.


Dengan adanya blog ini, ia memudahkan aku untuk semak semula maklumat terdahulu. Senang kan? Bila aku nak semak semula, hanya perlu buka blog dan semak secara atas talian.

Tapi harus diingat, setiap perkara tu ada kebaikan dan keburukan. Bila korang salah gunakan blog, ia boleh jadi sesuatu yang memudaratkan. Jangan kongsi maklumat yang palsu. Kalau ragu-ragu pun jangan la kongsi sebab ia boleh mengelirukan orang lain dan kebarangkalian untuk tersebar adalah sangat tinggi. Jangan post entri atau gambar yang merepek.

Jadi, kesimpulannya di sini, gunakan lah blog dengan sebaik mungkin. Semuanya bergantung kepada niat masing-masing. Mula-mula aku nak kongsikan entri berilmiah, tak tahu la entri ni cukup berilmiah ke tak. Hahaha.

Selamat bercuti. Oh, cuti mingguan Johor telah bertukar kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014. Ye, aku orang Johor. Semoga berjumpa lagi di entri yang lain.

2 comments:

StingRay said...

Berani betul aku komen kat sini. =p Sekarang zaman lain pulak. hehe

adakah said...

blog yang selalu aku pegi lawat sebab dah lama sangat tak jumpa tuan dier..