Wednesday, September 24, 2014

Kolam Renang Kompleks Mutiara Johorland

Kompleks Mutiara Johorland terletak di Taman Bukit Mutiara. Berdekatan dengan Bandar Dato' Onn. Kolam renang ini terletak di dalam Kompleks Mutiara Johorland bersebelahan dengan padang bola. Berikut adalah kadar bayaran kolam renang Kompleks Mutiara Johorland.


Waktu operasi kolam renang adalah seperti di bawah. Etika pemakaian yang dibenarkan adalah swimming suit, wet suit, muslimah swimming suit, swimming tight dan swimming trunk. Antara pemakaian yang tidak dibenarkan adalah jeans, t-shirt berwarna, track suit dan bermudas. Penggunaan t-shirt putih hanya dibenarkan kepada PEREMPUAN sahaja. Lelaki? T-shirtless la. Hehe. *cuci mata*


Jangan lupa pakai swimming cap. Kenapa korang kena pakai swimming cap? Tujuannya supaya rambut tak kena air berklorin, tak kena cahaya matahari, rambut tak tutup muka masa berenang, mengurangkan helaian rambut yang gugur dan boleh menyebabkan filter kolam renang tersumbat dan boleh menghangatkan kepala kalau berenang dalam tempoh masa yang lama. Penggunaan swimming goggle boleh mengurangkan iritasi dan jangkitan pada mata. Boleh mengelakkan mata merah juga. Seeloknya pakai la goggle. Kalau berenang boleh nampak jelas bila berada di dalam air. Boleh cuci mata juga. Hahahaha. Kbai.

Wednesday, September 17, 2014

The Venopian Solitude : Hikayat Perawan Majnun

Hi,

Pernah dengar band The Venopian Solitude? Pergi search takaharasuiko kat Youtube. Ok kalau malas google tekan je kat SINI. Minggu lepas, aku baru dengar lagu 'Tenangkan bontot anda' live in The Wknd Sessions. Awesome sangat. Suiko Takahara adalah pemilik suara unik itu. Aku tanpa ragu-ragu telah membeli album pertama beliau yang berjudul Hikayat Perawan Majnun. Actually maksudnya adalah Hikayat Nona Gila.



Album ni mengandungi 8 lagu. Semua lagunya sedap dan ada keunikan yang tersendiri. Lagu kegemaran aku adalah Kembang bunga. Aku sanggup on-repeat mode dari office ke rumah. Tenang sangat jiwa dengar melodinya. Dah seminggu ni aku still dengar lagu beliau je. Melodi lagunya agak berhantu sebab asyik terngiang-ngiang kat telinga. Haha.

Lagu yang terdapat dalam album ni adalah :
  1. Mother Nature and Father Man-Made
  2. Mahar
  3. Kehadapan Para Pencemar
  4. The Rojak Uta : Stampede
  5. Kembang Bunga
  6. Khilaf Ratna
  7. The Leading Reaper
  8. Tenangkan Bontot Anda
The Rojak Uta tu ada 3 bahasa dalam lagu tu iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun. Uta adalah Bahasa Jepun yang bermaksud lagu. Lagu rojak la kiranya. Suiko pandai berbahasa Jepun. Beliau pernah belajar di sana. Sekarang ni lagu Tenangkan Bontot Anda tengah famous kat corong-corong radio.

Aku bangga dengan anak seni kelahiran Malaysia yang semakin kreatif. Boleh dengar preview album ni kat bawah. Kalau korang nak beli albumnya boleh order online kat SINI. Kalau korang beli penanda buku, dapat CD percuma. Ok aku tipu. Hahahaha. Dalam album beliau ada dapat sticker dengan penanda buku percuma. Just nak bagitahu, aku peminat beliau sejak minggu lepas. Hahaha!

Sunday, September 14, 2014

No Noise Percussion & Their Fan

The first time I met them was on 7th of September 2013 at Istana Budaya. They performed at Yuna's concert. I didn't take any photo with them. *regret*

The second time was on 22nd of October 2013 at Persada Johor.

From left : Oly, Ayam, me, Ai, Adil, Marissa, Ruvi, Faeez, Aidil and Sharir

The third time was on 23rd of October 2013 at Persada Johor.

From left : Sharir, Ayam, Ruvi, Ai, Marissa, Adil, me, Faeez, Aidil and Oly

 The forth time was on 20th August 2014 at R&R Bistro.

From left : Ai, Faeez, Junk, Aidil, Marissa, me, Ruvi, Abbas, Shafiq and Oly

The fifth time was on 13th September 2014 at Restoran Seafood Remaja.

From left : Fifi, Junk, Ai, Mamat, Abbas, Sharir, Aidil and me

The sixth time was on 10th October 2014 at Oly Fizly's Solemnization in Johor.

From left : Me, Aidil, Faeez, Ruvi, Oly(groom) and Amira(bride)

The seventh time was on 11th October 2014 at Oly Fizly's Wedding Reception in Johor.

From Left : Aidil, Me, Oly, Amira, Ruvi and Faeez

I want to remember everything about them. They are talented, awesome, funny, down to earth and humble. Thank you for treating your ordinary-untalented-fan like your friend. Sayang korang! eh? Boleh ke aku nak sayang korang? Boleh eh? Boleh eh? hahahahaha. kbai. :")

p palang s - Kalau korang tak pernah tengok dorang perform boleh cari dan follow dorang kat link bawah. Dorang update semua show kat link di bawah. Dan kalau nak bergambar dengan dorang, jangan teragak-agak untuk panggil dorang. Dorang friendly. Sangat friendly. Say hi kat dorang kalau jumpa tau.

Youtube : No Noise Percussion
Twitter : NoNoisePerc
Facebook : No Noise Percussion
Instagram : nonoisepercussion
 

Monday, September 1, 2014

Tukar Cermin Kereta

Assalamualaikum.

Bulan lepas, cermin depan kereta aku retak. Masa tengah drive aku terdengar cermin depan kereta aku macam kena hentak dengan objek keras dan padu. Fuhh. Cuak kejap. Perkara tu berlaku terlalu pantas. Aku tak sempat pun tengok saiz mahu pun warna batu tu. Sedar-sedar je cermin kereta aku dah retak. Perkara ni pernah berlaku kat korang ke? Tak pernah? Pernah? Ok aku nak kongsikan perkara yang perlu dilakukan sekiranya terjadi kat korang.

Perkara pertama ialah bernafas. Jangan lupa bernafas. Hehe. Ok gurau je. Apa yang korang perlu buat adalah seperti berikut :
  1. Hubungi pusat insurans kereta. Kebetulan pusat insurans kereta aku dekat je dengan rumah. So, aku terus ke sana untuk tanya details. Soalan yang aku tanya adalah kat mana aku nak tukar cermin kereta. Since kereta aku pakai insurans Takaful Ikhlas, aku boleh tukar kereta di Dr. Cermin. Lokasi Dr. Cermin yang aku pergi dekat dengan Pasar Peladang, Skudai. Kalau korang tak ambil insurans kereta, memang silap besar la. Standby cash je la. Tak pun nangis sambil tekup muka pakai bantal. Untuk makluman, RM75 boleh cover cermin sehingga RM500 dan RM150 boleh cover cermin sehingga RM1000. Aku nasihatkan korang agar ambil insurans cermin. Tolong ambil. Tak kisah la kereta baru atau lama. Batu yang kena kat cermin tu tak kenal pun kereta baru atau lama.
  2. Seterusnya, korang boleh terus pergi ke bengkel cermin. Since aku pergi Dr. Cermin, aku akan sebut Dr. Cermin je la ye. Pastikan korang bawak polisi (insurans akan pos ke rumah), geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu. Kalau surat yang korang dapat masa renew insurans tu bukan polisi ye. Tu namanya cover note. Kat polisi tu ada tulis jumlah yang dicover oleh insurans. 
  3. Pembayaran ada 2 cara sama ada korang bayar dulu nanti insurans akan masukkan duit dalam nombor akaun korang atau diuruskan sepenuhnya oleh bengkel. Bezanya ialah contohnya harga cermin kereta korang RM450. Kalau diuruskan oleh bengkel, dia akan ambil untung la. Kalau jumlah cover insurans RM500, dia akan cas RM500 la. Kalau korang bayar sendiri kemudian claim, bayar RM450 je. Resit pembayaran tu simpan elok-elok. Penting tu. Terus bagi kat pusat insurans untuk tujuan claim.
  4. Tempoh yang diambil oleh bengkel cermin adalah lebih kurang sejam. Dia akan tulis nombor plat kereta pada cermin dan ambil gambar untuk rujukan insurans sebagai bukti. Lepas tu, dorang pecahkan nombor siri cermin. Baru proses tukar cermin bermula. Apa yang dorang  buat adalah gergaji cermin tu. Kerja ni memang tak boleh buat seorang diri. Korang tengok lah gambar kat bawah ni.
  5. Lepas dah siap pasang cermin baru, dorang akan letak tape untuk lekatkan cermin baru tu. Lepas 2-3 jam baru boleh bukak tape tu. Kalau nak pasang tinted lepas seminggu tukar cermin. Jangan cuci cermin untuk 2-3 hari supaya gam boleh melekat pada kereta.
Cermin baru retak
Gambar cermin retak dari dalam kereta
Proses tukar cermin depan
Dah letak gam hitam keliling cermin
Proses letak cermin baru
Cermin baru siap pasang
Semoga entri ini membantu. Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.