Wednesday, September 24, 2014

Kolam Renang Kompleks Mutiara Johorland

Kompleks Mutiara Johorland terletak di Taman Bukit Mutiara. Berdekatan dengan Bandar Dato' Onn. Kolam renang ini terletak di dalam Kompleks Mutiara Johorland bersebelahan dengan padang bola. Berikut adalah kadar bayaran kolam renang Kompleks Mutiara Johorland.


Waktu operasi kolam renang adalah seperti di bawah. Etika pemakaian yang dibenarkan adalah swimming suit, wet suit, muslimah swimming suit, swimming tight dan swimming trunk. Antara pemakaian yang tidak dibenarkan adalah jeans, t-shirt berwarna, track suit dan bermudas. Penggunaan t-shirt putih hanya dibenarkan kepada PEREMPUAN sahaja. Lelaki? T-shirtless la. Hehe. *cuci mata*


Jangan lupa pakai swimming cap. Kenapa korang kena pakai swimming cap? Tujuannya supaya rambut tak kena air berklorin, tak kena cahaya matahari, rambut tak tutup muka masa berenang, mengurangkan helaian rambut yang gugur dan boleh menyebabkan filter kolam renang tersumbat dan boleh menghangatkan kepala kalau berenang dalam tempoh masa yang lama. Penggunaan swimming goggle boleh mengurangkan iritasi dan jangkitan pada mata. Boleh mengelakkan mata merah juga. Seeloknya pakai la goggle. Kalau berenang boleh nampak jelas bila berada di dalam air. Boleh cuci mata juga. Hahahaha. Kbai.

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lelaki memang tak boleh berbaju ke?

Unknown said...

Ini berenang untuk suka2 boleh tak??macam aktiviti hujung minggu

Unknown said...


Kanak kanak kene pakai pakaian
Renang tak