Wednesday, September 17, 2014

The Venopian Solitude : Hikayat Perawan Majnun

Hi,

Pernah dengar band The Venopian Solitude? Pergi search takaharasuiko kat Youtube. Ok kalau malas google tekan je kat SINI. Minggu lepas, aku baru dengar lagu 'Tenangkan bontot anda' live in The Wknd Sessions. Awesome sangat. Suiko Takahara adalah pemilik suara unik itu. Aku tanpa ragu-ragu telah membeli album pertama beliau yang berjudul Hikayat Perawan Majnun. Actually maksudnya adalah Hikayat Nona Gila.



Album ni mengandungi 8 lagu. Semua lagunya sedap dan ada keunikan yang tersendiri. Lagu kegemaran aku adalah Kembang bunga. Aku sanggup on-repeat mode dari office ke rumah. Tenang sangat jiwa dengar melodinya. Dah seminggu ni aku still dengar lagu beliau je. Melodi lagunya agak berhantu sebab asyik terngiang-ngiang kat telinga. Haha.

Lagu yang terdapat dalam album ni adalah :
  1. Mother Nature and Father Man-Made
  2. Mahar
  3. Kehadapan Para Pencemar
  4. The Rojak Uta : Stampede
  5. Kembang Bunga
  6. Khilaf Ratna
  7. The Leading Reaper
  8. Tenangkan Bontot Anda
The Rojak Uta tu ada 3 bahasa dalam lagu tu iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun. Uta adalah Bahasa Jepun yang bermaksud lagu. Lagu rojak la kiranya. Suiko pandai berbahasa Jepun. Beliau pernah belajar di sana. Sekarang ni lagu Tenangkan Bontot Anda tengah famous kat corong-corong radio.

Aku bangga dengan anak seni kelahiran Malaysia yang semakin kreatif. Boleh dengar preview album ni kat bawah. Kalau korang nak beli albumnya boleh order online kat SINI. Kalau korang beli penanda buku, dapat CD percuma. Ok aku tipu. Hahahaha. Dalam album beliau ada dapat sticker dengan penanda buku percuma. Just nak bagitahu, aku peminat beliau sejak minggu lepas. Hahaha!

1 comment:

mardhiah yusof said...

where to buy. just got stuck with her last two weeks act.
I really want to buy HPM badly :'(