Assalamualaikum.
Bulan lepas, cermin depan kereta aku retak. Masa tengah drive aku terdengar cermin depan kereta aku macam kena hentak dengan objek keras dan padu. Fuhh. Cuak kejap. Perkara tu berlaku terlalu pantas. Aku tak sempat pun tengok saiz mahu pun warna batu tu. Sedar-sedar je cermin kereta aku dah retak. Perkara ni pernah berlaku kat korang ke? Tak pernah? Pernah? Ok aku nak kongsikan perkara yang perlu dilakukan sekiranya terjadi kat korang.
Perkara pertama ialah bernafas. Jangan lupa bernafas. Hehe. Ok gurau je. Apa yang korang perlu buat adalah seperti berikut :
- Hubungi pusat insurans kereta. Kebetulan pusat insurans kereta aku dekat je dengan rumah. So, aku terus ke sana untuk tanya details. Soalan yang aku tanya adalah kat mana aku nak tukar cermin kereta. Since kereta aku pakai insurans Takaful Ikhlas, aku boleh tukar kereta di Dr. Cermin. Lokasi Dr. Cermin yang aku pergi dekat dengan Pasar Peladang, Skudai. Kalau korang tak ambil insurans kereta, memang silap besar la. Standby cash je la. Tak pun nangis sambil tekup muka pakai bantal. Untuk makluman, RM75 boleh cover cermin sehingga RM500 dan RM150 boleh cover cermin sehingga RM1000. Aku nasihatkan korang agar ambil insurans cermin. Tolong ambil. Tak kisah la kereta baru atau lama. Batu yang kena kat cermin tu tak kenal pun kereta baru atau lama.
- Seterusnya, korang boleh terus pergi ke bengkel cermin. Since aku pergi Dr. Cermin, aku akan sebut Dr. Cermin je la ye. Pastikan korang bawak polisi (insurans akan pos ke rumah), geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu. Kalau surat yang korang dapat masa renew insurans tu bukan polisi ye. Tu namanya cover note. Kat polisi tu ada tulis jumlah yang dicover oleh insurans.
- Pembayaran ada 2 cara sama ada korang bayar dulu nanti insurans akan masukkan duit dalam nombor akaun korang atau diuruskan sepenuhnya oleh bengkel. Bezanya ialah contohnya harga cermin kereta korang RM450. Kalau diuruskan oleh bengkel, dia akan ambil untung la. Kalau jumlah cover insurans RM500, dia akan cas RM500 la. Kalau korang bayar sendiri kemudian claim, bayar RM450 je. Resit pembayaran tu simpan elok-elok. Penting tu. Terus bagi kat pusat insurans untuk tujuan claim.
- Tempoh yang diambil oleh bengkel cermin adalah lebih kurang sejam. Dia akan tulis nombor plat kereta pada cermin dan ambil gambar untuk rujukan insurans sebagai bukti. Lepas tu, dorang pecahkan nombor siri cermin. Baru proses tukar cermin bermula. Apa yang dorang buat adalah gergaji cermin tu. Kerja ni memang tak boleh buat seorang diri. Korang tengok lah gambar kat bawah ni.
- Lepas dah siap pasang cermin baru, dorang akan letak tape untuk lekatkan cermin baru tu. Lepas 2-3 jam baru boleh bukak tape tu. Kalau nak pasang tinted lepas seminggu tukar cermin. Jangan cuci cermin untuk 2-3 hari supaya gam boleh melekat pada kereta.
|
Cermin baru retak |
|
Gambar cermin retak dari dalam kereta |
|
Proses tukar cermin depan |
|
Dah letak gam hitam keliling cermin |
|
Proses letak cermin baru |
|
Cermin baru siap pasang |
Semoga entri ini membantu. Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.
24 comments:
info yg sangat berguna.. tq =)
Dapat cermin ori ke local?
Shahrul Nazmi - camne nak tahu cermin ori atau local? Kt hujung kiri ermin kereta sy ada nombor siri Proton. So far dah 8 bulan ni ok je xde bocor.
Selain cermin, adakah dia orang tukar seal sekali?
untuk maklumat lanjut sila layari sila http://www.autoglass.com.my/ atau
http://www.cerminkereta.my
Ada apa2 kesan ke lps tukar cermin. Kebocoran atau kekedapan udara
photostory - Cermin depan kereta saya dah hampir 2 tahun. So far so good. Tiada sebarang masalah.
kene buat report polis x claim insuran?
aah..kena buat polis report ke kalu nak claim insuran?
Khairiyah Natasshah & fizah,
Tak perlu buat police report kalau nak claim insurans cermin. Terus ikut steps yang saya dah terangkan di dalam post.
cermin depan produa laza brapa kalau nak tukar? skali upah pasang...
repot polis hanya perlu dibuat jika baru renew insurans kalau da lebih 1bulan xperlu buat repot
repot polis hanya perlu dibuat jika baru renew insurans kalau da lebih 1bulan xperlu buat repot
Kalau cermin tepi boleh cover insurans sekali ke?
Unknown - Kalau cermin tepi boleh claim insurans tapi awak rugi la sebab insurans cermin boleh claim sekali sahaja. Contoh nya claim cermin boleh maksimum RM500, cermin tepi contoh rm100. Bila awak dah claim RM100 tu, yang lagi RM400 burned. Boleh claim sekali sahaja. Soalan ni saya pernah tanya dengan tauke kedai cermin. Kalau salah mohon betulkan ye. TQ.
Salam..nk tnye.. klu 2/3 ari cermin jgn bg kne air@xbleh cuci kreta.. tp dsbbkn kter penting tuk g kje, bleh x klu tkena hujan??
setakat kena hujan x jadi masalah. cuma jangan kena semburan air yang kuat di car wash je... lepas psg cermin tu, jangan gatal tangan pi terjun dalam lopak plak. sebab gam cermin tu x berapa nak kering lagi..
kami ada menjual PRODUCT MENGHILANGKAN TOMPOKAN AIR PAA CERMIN ..
RM25 SAHAJA ..!!!
whatsap "watermark remover"
ke 01111677464
www.autoglass.com.my
www.cerminkereta.my
Kalau dah claim guna duit sendiri rm450 kat resit, takkan insurance bayar rm500? Or mmg dia akan keluarkan claim ikut nilai yg kita dah bayar. Contohnya rm150 claim rm1k so rm1k dia akan bayar pada kita time kita claim? Just curious
Info yang bagus dan berguna. Saya pun nak kena ganti cermin kereta baru ni.
good info.
Kalau cermin belakang ford mustang berapa ye
Post a Comment