Wednesday, September 9, 2009

Kisah Yang Tak Berhujung

09/09/09, unik betul tarikh hari ni. kalau ada baby yang dilahirkan hari ini, alangkah indahnya susunan nombor mykid beliau. hmm.. sudah lama tidak post entri, been busy lately membuat research untuk projek baru. hidup aku kini hanya tertumpu pada keluarga dan kerjaya. langsung tiada ruang untuk insan bernama kekasih. bukan tidak mahu tetapi tiada yang mahu. hahaha. ok, aku tak fikirkan pun pasal perkara ni sebab aku rasa usia aku ni masih muda. baru mencecah dua puluh dua tahun, terlalu banyak benda yang belum aku capai. tiada kereta atau rumah. nasib baik aku ada ASB. hehe.

aku agak terpukul bila ada yang melontarkan perkataan 'bacul' bila aku mengatakan bahawa aku masih single. wth? salah ke jika aku tak punya kekasih. huwaaaaaa T_T sejujurnya, aku straight. aku bukan tidak mahu berpasang-pasangan seperti kamu semua, tapi aku tidak reti ok! bila ada yang bersiul, aku tak mengendahkannya. aku tak suka dicop perempuan jalanan ok. aku juga tidak keluar berjalan. cuti hujung minggu biasanya aku hanya duduk di rumah menonton drama korea ataupun tidur. kalau keluar pun, aku ke tempat snooker untuk bermain pool atau ke swimming pool. dunia aku hanya ada keluarga dan kawan-kawan.

aku tak tahu bagaimana mencari lelaki yang sesuai. bila aku mengatakan yang aku masih single kepada kawan-kawan aku, mereka seakan tidak percaya. perkataan yang wajib terpacul dari bibir mereka adalah "ah! tipu la. tak kan la muka cute macam kau tak ada boyfriend" atau "eleh, memilih sangat la tuh". cuba bayangkan situasi aku. bagaimana mahu bercinta kalau semua orang tak percaya aku single. mungkin ada cop di dahi tertulis 'not available'! haih. setiap hari aku hanya berserah kepada Allah agar memberikan jodoh yang terbaik buatku. perlukah aku berserah kepada takdir tanpa berusaha? perlukah aku mencari atau dia akan datang pada aku? ah! rumitkan kisah hidup aku. akhirnya aku memilih untuk tidak berfikir. hahaha.

11 comments:

sharamli said...

j0m jdik single sama2...
heee

nuyuljana said...

hahaha.

single ka?

jom buka sama2.

:D

zairi said...

kalo jiwa tengah bahagia,x payah pening2 kpala carik bala.sekurang2 nya kurang dosa,close ngan famili,x hilang kawan dan x perlu topap hari2.berdoa temukan jodoh adalah jalan yang paling bagus..

amacam?

S@Y@NGH@SNI said...

mmg masih muda..
20 tahun tgh laku dik oii..
aku dulu masa usia ko masih terfikir2 nak pilih sang kekasih..

yang penting doa kena lebih..
biar jumpa seorang jer pilihan hati..

CikPiN said...

20 tahun amat muda.
tak ada boipren pun tidak apa.
ibu bapa tidak akan mengata.
orang cakap peduli hapa.
asal kita bahagia.


++ tapi diriku mahu boipren sebab diriku suda tua.. (TT)

addyaholix said...

bersendiri juga kadang mampu buat kamu bahagia. syaratnya kamu selesa dan memilih untuk merasa bahagia. dan saya selesa dengan kebersendirian sekarang. dan yang itu buat saya sikit bahagia.

Sharif John said...

Singla ok sis... even saya pn status single... quite happy actually... doing my stuff tp the fullest

Kapten Luffy said...

aku pun single

hanie said...

nantikn plk soklan..

"bila nk kawen"

lg menggaru isi perut..

said...

yer...kamoo sangat cute
hehhee...
sama2 la kita pegang geralan SINGLE

hehehe kekadang single itu lebih membahagia kan....

(^_^)

S@Y@NGH@SNI said...

2, 3 KUCING BERAYA..
MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..

TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.