Thursday, November 5, 2009

Lemas

aku mimpi buruk malam tadi. mimpi kawan baik aku lemas depan mata. aku tak sempat nak selamatkan walaupun aku pandai berenang. watak aku dalam mimpi tu ibarat tunggul. hanya terpacak tanpa apa-apa peranan. bangun-bangun je, mata aku berkaca. dem! aku menangis dalam tidur kot. ha ha. bunyi agak pelik tapi aku rasa macam situasi tu sangat real okayh! harap-harap ia cuma mainan tidur.

pernah tak korang mengalami situasi lemas? aku pernah. berapa kali? tak terkira kot! ha ha. lemas dalam air, lemas dalam dakapan, errr. okayh aku dah merepek. hehe. aku diajar berenang sejak umur 7 tahun. situasi pertama sewaktu aku sekolah rendah, lokasinya di fantasy island, pulau sentosa, singapura. masa tu aku berada di swimming pool. aku tak tahu yang kedalamannya bertambah bila sampai hujung. aku mandi dekat height 1.2m, tak perasan macam mana aku boleh sampai 1.5m. cuak sampai lupa steps berenang. nasib baik sedara aku tarik tangan aku. tak tahu berapa banyak air aku dah telan sampai kembung. semenjak itu, sedara aku tak nak bawak aku pergi sentosa lagi sebab takut aku lemas lagi.

situasi kedua dekat downtown east, pasir ris, singapura. ni ala-ala sunway lagoon la. aku pekena ombak buatan. masa tu ada banyak boya yang besar-besar. bila ombak besar datang, terus semua lompat. seronok gila. sampai satu tahap, aku tak dapat lompat. aku berada di dalam air. cuba naik ke permukaan tapi tak boleh sebab banyak boya. masa tu memang dah fikir mati je. aku cuba tolak boya tapi tak berjaya. dah tak ada oksigen untuk disedut. akhirnya guard selamatkan aku. baju aku dah tertanggal ke mana ntah. nasib baik pakai bra. ha ha.

kesimpulannya, tak semestinya orang yang pandai berenang tak akan lemas. segalanya mungkin okayh! kepada sesiapa yang tak pandai berenang, pergi amik kelas berenang or belajar dari kawan-kawan. pengetahuan berenang ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk keselamatan waktu kecemasan. bagus juga untuk bersukan.

5 comments:

k.e.r.i. said...

aku reti berenang bila dlm kecemasan je.

(-_-") said...

kesimpulan sebenarnya :

lenkali jgn galak2 sgt dlm air..kihkih

aku belajar berenang dekat jeram kampung jer dimana berenang bersama tunggul2 kayu, daun2 kering dan ular.

zairi said...

best la ko.aku dulu blajar berenang kat tembetung je.maklum la budak felda.tiap2 kali teminum air kumbahan tu.hehee..

tapi sejak menjak ni aku mimpi ular dok kejar aku.ada orang nak datang minang kah?tapi aku da kawen?cmana tu?

sharamli said...

penah lemas jgk..dan serik utk mndi da..hu3

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

acu yanie selalu mimpi pasal air...pasal laut..pasal sungai....

aper makna nyer kalau selalu mimpi pasal air ek?

hmmm...