Thursday, January 7, 2010

Lelaki

Baru beberapa hari masuk tahun 2010, aku telah diusha oleh dua orang lelaki. fuh~ tak boleh blah kan? hahaha. aku pun macam tak percaya. Hari Isnin lalu, aku pergi cafe depan opis aku. memang hari-hari makan situ. mesti mak cik tu bosan tengok muka aku. hee~ Masa nak bayar makanan yang aku tapau, tiba-tiba mak cik tu berkata

"Adik, akak cuma nak sampaikan pesanan orang." katanya.
"Hmm..?" jawab aku.
"Tadi ada lelaki suruh kirim salam kat adik. mana eh dia." kata mak cik sambil mencari kelibat lelaki itu.
"Owh, waalaikumsalam." jawab aku dan terus membayar.
"Haa.. tu dia." sambil menuding jari ke arah lelaki itu.
"Owh, ok" jawab aku dengan cool.

Aku terus keluar cafe macam biasa. Apsal la tak tegur sendiri. Kan itu lebih manis. Kawan aku cakap lelaki tu smart. Staf UTM kot?

*cerita tamat*

Malam tadi, aku teman member aku basuh kereta. Belum panas pun kerusi dah ada orang tegur. Nak ajak berbual la tu. Tapi aku malas nak layan sangat. Naik kereta perdana V6. Warna jingga. Dia ada join club kot. Dia cakap dia cikgu. Aku mengiyakan je la. Tiba-tiba tanya nama aku, kerja mana, kerja apa, bla bla bla. Ewah-ewah. Dah sedap pulak dia ni. Siap tarik kerusi duduk sebelah aku. Masa dia nak blah, dia mintak nombor telefon. Aku pass kat member aku. Dia pass balik kat aku. End up, aku cakap tak boleh nanti boyfriend marah. Boyfriend kedauk aku. Mana aku ada boyfriend tapi aku memang tak nak kasi nombor aku. So, member aku bagi cadangan suruh kasi email. Aku pun kasi la email yang aku bukak tiga bulan sekali.

Keluar je dari car wash, ane-ane yang cuci kereta melambai-lambai tangan kat kitorang. Aku nampak gigi dorang je kot. Al-maklumlah dah malam. hehe. On the way nak balik, aku cakap dengan member aku

"Menyesal siot aku suka menyanyi kat dapur dan bilik air."

Mintak-mintak la aku tak kahwin dengan orang tua. -_-"

nota : opis dah tak ada internet. telefon pun dah tak ada. terpaksa guna wireless untuk buat kerja. amacam? mencabar kesabaran tak kerja aku ni?

3 comments:

RedNema (-_-") said...

Bapak ayam tu..
Nak amek ko jadi mak ayam..hehe
Jangan pecaye!

Tak pon ko tak zip suar kan..Pastu plak jalan merate-rate..Ane pon tak jadi kije klu gitu..hahaha

xull said...

Suka ko ye.. mesti abes kembang idung tuh...

Pompuan mmg suka kena usha. Lps kena usha, nak malu2. Pastu marah.

Kalo dilayankan leh jadi gile

susudalambotol said...

tula kadang-kadang apa yg orang tua tu ckp ade betulnye kan? haha.