Sunday, April 10, 2011

Injection Lagi

Bangun pagi ni, gegata aku naik lagi. Tak taw la aku salah makan ke, kena habuk ke, kena gigit pijat ke. Merenyam gila weyh! Tapi hari ni lagi ekstrim dari semalam. Satu badan naik gegata. Dah sampai leher. Hish! Aku kemas rumah dulu. Dah siap semua baru aku gerak gi klinik panel dengan akak aku. Harini aku kena injection lagi. Semalam bontot kiri, harini bontot kanan. Semalam dresser lelaki. Harini doktor lelaki berbangsa India bernama Dr. Guruparan a/l Rajagopal. Jawatan MBBS (MAN) FAGE. Apa kejadah tu pun aku tak taw sebab aku baca kat pintu dia sekali lalu je. Dapat la doktor India ni tengok bontot aku. Cess! Siap panggil pembantu dia kat kaunter konon-konon nak mengelakkan sebarang keraguan dalam profesion dia la. Tak pasal-pasal total orang yang dah tengok bontot aku naik mendadak harini mencecah angka 5 orang. haih!

Time inject agak sakit la sebab aku rasa ngilu masa dia masukkan jarum suntikan tu. Akak aku pun inject jugak. Dia siap buat lawak rasa sakit macam ada jarum tertinggal kat bontot. haha. Lawak ok akak! Balik umah dah dalam kul 12 tengahari. Layan jalan-jalan cari makan dengan artis jemputan Yuna! Rezeki aku dapat tengok dia kat tv3 harini. Yeay! Sesuai la Yuna makan dengan boyfriend dia, Qi. Aku sempat layan melodi kejap je. Lepas tu, mata dah layu. Tak boleh bukak. Aku pekena tidur. Kunci jam pukul 1.35 petang. Ingat nak siap-siap gi majlis pertunangan kawan akak aku. Tapi mata aku serius tak boleh bukak. Aku cuma mampu cakap ngantuk, mata tak boleh bukak dengan akak aku dan dalam sesaat aku dah tertidur semula. Neway, selamat bertunang Sheila & Azrin. :)

Bangun petang ingat nak join kawan akak aku photoshoot outdoor pertunangan dia tapi hujan pulak. Last-last dorang main saidina kat Starbucks Setia Tropika. Terserempak dengan bestfriend aku yang kebetulan on duty harini. Abang aku pulak tiba-tiba masuk bilik aku masa aku tengah online. Jeng jeng jeng. Happy birthday Abang wan. Lepas dia khayal main laptop aku, terus aku lincah hujan-hujan beli kek. Mak aku pun lincah masak. Fuuuhh! Memang ngam la plan last minit ni. Aku call abang aku pagi tadi tak berangkat. Dia keje rupanya. Ni tengah tunggu abang aku datang. Nak buat makan-makan dengan family. Ni part paling aku suka dalam hidup. Spend time dengan family. Yeay! Dah masak mee hun, nugget ikan, nugget tauhu, sosej, sup ayam, karipap kambing + karipap ayam telur (aku beli kat bukit kempas), buah honey dew yang sangat manis. Nak buat air apa eh? Hujan-hujan ni buat air panas la. Teh apple brand lipton la. heee~

Tak sabar nak tunggu abang tiup lilin. 29 tahun harini. Abang wan, I love you! *peluk cium*

1 comment:

AkuSiMisteri said...

dua-tiga hari nih gua asyik baca perihal bont*t je. huH! lucah! wakaka