Saturday, April 30, 2011

Gegendang Telinga Berlubang

Dah seminggu ni, aku sakit gigi sebab gigi bongsu tengah tumbuh. Gusi aku bengkak dan aku susah nak tidur malam. Dua tiga hari lepas, aku korek telinga pakai cotton bud. Tiba-tiba telinga aku rasa sakit dan telinga kiri aku tak dengar. *muka sedih* Dah dua tiga hari ni lah aku tak dengar orang cakap apa. Bila orang cakap aku suruh repeat balik sebab serius weyh aku tak dengar.

So, tengahari tadi aku gi klinik check la telinga. Terkejut bila doktor cakap

"telinga awak problem ni. Mungkin gegendang telinga awak berlubang."

Aku terdiam. Doktor suruh aku baring bukak seluar nak inject kat bontot. Pelik kan? Ok. Aku tipu. haha. Doktor suruh baring sebab nak titiskan ubat ape ntah kat telinga. Sekarang ni aku ada kat ofis dengan telinga sebelah pekak. Dah letak cecair kat telinga pastu dah sumbat kapas. Harap-harap cepat lah sembuh. Aku tak taw sebenarnya besar mana implikasi kalau gegendang telinga berlubang. Harap tak serius la. Ke boleh membawa maut? Ce google.

Tapi lately, aku dah mula hilang keseimbangan badan. Mungkin tekanan udara persekitaran tak seimbang dengan tekanan udara dalam badan. Tu kan kerja organ dalam telinga. Aku risau dah ni. Next week ada appoiment dengan doktor. Nak check lagi. Doakan aku cepat sembuh.

3 comments:

efanina said...

ciann awak...sabar tau (-_-)

shaufyq soneca said...

so mcm mana dgn telinga awk...? doktor sah kan gegendang pecah ataw kena jangkitan virus...?? ( curious coz lately had same problem )

Anonymous said...

Salam.awak telinga awak mcm mane?blh balas saya x ni no saya0195076239.fazi.gegendang telinga saya pun berlubang.doc srh operation.