Pernah mengalami masalah tersalah alamat penerima pada parcel pos laju? Aku baru melaluinya minggu lepas. Orang yang berhubung dengan aku tu terkurang satu huruf pada alamat yang diberi dan menyebabkan posmen tak jumpa alamat tu. Fuhh. Hanya kerana satu huruf. Huruf tu bukan lah Jalan kepada Jln. Contohnya nombor unit seperti A-01-02. Bila huruf 'A' tu dah tertinggal, jenuh posmen nak mencari nya. Haha. Ok takpe. The more mistakes we make, the more experiences we gain. Oleh sebab kesilapan itu, maka wujudlah entri ini. Hehe.
Ok bila terjadi situasi salah alamat ni, apa yang perlu anda buat adalah joget chicken dance. Haha. Ok gurau je. Pertama sekali, anda perlu call Pusat Perkhidmatan Pelanggan Poslaju di 1-300-300-300 (local) atau 603 - 27279100 (oversea). Minta perunding perkhidmatan untuk semak nombor siri poslaju anda. Tanya di mana parcel itu berada. Jika sedang dalam perjalanan untuk dikembalikan kepada pengirim, anda tak perlu baca entri ini sampai habis. Cuma perlu tunggu parcel tu sampai, isi form baru dengan alamat yang betul dan pos semula. Jika masih di Pejabat Poslaju, insya Allah boleh teruskan membaca entri ini. Anda mungkin ada harapan untuk ubah hala ke alamat yang betul seperti yang berjaya dilakukan oleh aku.
Apa yang perlu anda lakukan adalah emel laju-laju kepada Poslaju di care@pos.com.my. Maklumkan anda telah tersalah alamat dan mohon untuk hold proses hantar semula kepada pengirim. Anda sertakan maklumat seperti nombor siri poslaju, nama pengirim, nama penerima dan alamat yang betul untuk rujukan Poslaju. Tekan butang send/hantar. Tunggu maklumbalas dari Poslaju. Kalau kes aku ni, dalam masa 30 minit, Poslaju dah reply emel aku beserta tindakan. Cekap! Fuhh. Terbaik! Tunggu je la penerima terima parcel anda tu. Kes selesai. Terima kasih Poslaju.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Poslaju.
Selamat mencuba!
32 comments:
Ada hantar apa kat aku ni?
Tazzabar rasa nya tunggu parcel. Hikhok.
Eh eh?
Macam perasan je.. macam perasan je..
nota : aku gelak baca perkataan 'hikhok' ko tu. serius kelakar. comel pun ye jugak! hahahahaha.
salam .. saya dah check track and trace poslaju dan die tulis self collection at counter . tapi masalahnya saya tak tahu station yang mana satu sebab saya salah bagi alamat ..
salam .. saya dah check track and trace poslaju dan die tulis self collection at counter . tapi masalahnya saya tak tahu station yang mana satu sebab saya salah bagi alamat ..
Maizura Aisyah - Waalaikumussalam. Cuba awak call hotline Poslaju 1-300-300-300 dan tanya lokasi parcel awak berada sekarang ni. Then baru la tanya camne nak ubah alamat parcel.
Salam kalau nk amik brng kat kaunter suruh wakil bolh ke?
Salam kalau nk amik brng kat kaunter suruh wakil bolh ke?
Salam..poslaju da bls email..mmg cmfirm akn Smpai ke?dlm mse 2hri bkrja katanya..
Salam..poslaju da bls email..mmg cmfirm akn Smpai ke?dlm mse 2hri bkrja katanya..
Klu sye sye tersalah tulis nama lorong...nombor rumah dan nombor lorong dah betol..tersalah tulis bandar baru huda..sepatutnye banda baru uda...risau lah..agak2 smpi tak...
Nombor siri tu tracking number ke
salam saya ada masalah yg sama, dah check tracking id. barang pulak baru post petang tadi. cuma x sampai main post kt kl. beli 3 barang online. dan semua alamat terbagi salah yg sama. mcm mana ek nak email ke pos laju ni? bagi tahu almat yg betul.masak x dapat barang kat tangan..
Terbaik
Awk dpt x barang awak sis?
Trima kasih sgt membantu
Tipu je ... call sampai tunggu berkurun...baru angkat.. bila tukar alamat tak tukar pun.....
Takut plk. Dh la brang customer nie. Poskod n daerah dh betul to tersilap tulis negeri. Risau 😭
Call banyak kali tp pihak poslaju manjang busy huhu
Salam kak saye sudah order tpi alamat saye masih kat shah alam tpi sudah saye ubah dekat settingan knpe dekat brang yg saye ode belum ke ubah juga
Kena call custome service jugak ke inform
Salam sis.. saya dh pos brg tapi cust bru bagi tahu alamat dia kempas bkn kota permai.. mcmna nak buat yaa.. kalau emaail ke pos laju kita kena pos semula ka parcel atau maklum kn saja
Saya salah bg alamat kepada seller tapi dah inform seller bg alamat yg baru sebanyak 2 kali. Tapi seller masih hantar di alamat yang salah. Sy dah email pos laju untuk bt pertukaran alamat tp tiada sebarang tindakan.. Emm seller diam menyepi sampai sekarang. Cust plk yang risau ni barang tak sampai2.
macam mana kalau saya salah alamat, tapi parcel da sampai.apa yang saya perlu buat? dan apa akan jadi pada parcel kalau saya tak amek dalam tempoh yang ditetapkan?
Kalau poslaju hantar ke alamat salah siap dah delivered pulak mcm mana..call pos laju haram tak akan,betul2 bikin panas
Haram tak angkat..
Saya tersalah bagi number Telefon saya,alamat semua betul cuma saya risau postmen tak hantar sampai pintu rumah je sebab saya duduk rumah flat tingkat 4 pulak Tu.slalunya POSmen tak Naik atas hantar barang diorang Akan call penerima suruh turun bawah ambil barang berkenaan.macam mana saya nak buat ni..item dah out delivery td tengahari..sampai skarang saya Masih tak terima item saya ni.bantulah saya plss..macam mana nak bagi number Fon saya Yang baruni kat pihak POSmen.
Sampai ke tak barang tu? Better call nombor ofis pos laju tu.. klu jadi mcmtu, tanya diorang mcmmnaa nak buat, insya Allah diorang boleh bantu
Akan return semula kpd alamat seller atau pengirim
Kat shopee ke luar shopee? Klu tersalah alamat lebih baik bagitahu cepat cepat. Bila seller atau pengirim dah pos, mmg tak boleh tukar dah. Kena call pos laju punya ofis ckp nak tukar alamat. Emel mmg diorang lambat jawab, sbb banyak emel yang masuk dlm sehari. Klu kat shopee, boleh chat seller nak tukar alamat
Kalau mcm sy ni beli shopee then bru prasan poskod silap .. kena bt apa eh tpi parcel blum smpai 😭😭
Post a Comment