Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menghidapi sejenis penyakit. Orang melayu panggil gegata atau bahasa saintifiknya Urticaria. Aku mula kena gegata ni bulan Ogos 2016. Sehingga hari ini (18 Disember 2016), penyakit aku ni masih belum sembuh. Dah 4 bulan penyakit ni berlarutan. Gegata ni naik satu badan. Untuk makluman semua, aku dah 7 kali injection
Gegata a.k.a Urticaria |
Appoinment pertama aku dengan doktor pakar kulit adalah pada 6 Disember 2016. Doktor periksa seluruh badan aku dan klasifikasikan penyakit aku sebagai urticaria. Punca nya terlalu banyak. Mungkin sebab faktor pemakanan, persekitaran, habuk, sabun dan macam-macam lagi. Doktor ambil banyak sample darah untuk ujian tiroid, antibodi entah apa mak nenek lagi aku tak tahu. Jadi, aku akan jumpa pakar kulit untuk appoinment kedua pada 20 Disember 2016.
Hasil perjumpaan pertama, doktor bagi aku 2 ubat. Yang pertama 2 tablet ubat cacing dan 14 tablet Loratadine. Berdasarkan pemerhatian aku, gegata aku akan naik menggila bila aku makan daging dan ayam. Tapi adakalanya, aku tak makan apa-apa pun gegatanya keluar. Jadi, aku tak dapat confirmkan puncanya.
Loratadine |
Albendazole a.k.a ubat cacing |
Sebelum aku jumpa pakar kulit, aku dah ikhtiar macam-macam. Aku ingat aku kena gegata sebab digigit pepijat atau hama. Ternyata bukan. Aku dah pindah tempat tidur pun masih kena gegata. Aku dah cuba minum dan mandi air penawar yang dibaca oleh imam. Bila aku jumpa imam, beliau cakap gegata aku ni bukan sebab gangguan. Maksudnya takde kaitan dengan mistik la gitu. Aku dah kemas rumah, mandikan kucing aku (ada 3 ekor), tukar cadar dan sarung bantal, kerap tukar tuala, minum air kelapa, sapu bedak ular, sapu calamine lotion, mandi guna sabun daun bidara, mandi air limau purut, mandi air garam, mandi laut dan buat bekam sunnah (15 cup).
Aku jenis jarang sangat sakit. Tapi tahun ni aku banyak MC. Ada 6 MC sebab gegata. Aku redha dengan ujian Allah ni. Semoga penyakit ini dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Mohon kalian doakan aku cepat sembuh ye. Kalau ada apa-apa soalan atau nak share pengalaman, boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen. Jangan takut nak komen, aku tak makan orang. Aku makan nasi je. Kbaiii.
===============
UPDATE 27/12/2016
===============
Assalamualaikum. Hai. Aku baru sempat nak update blog. Aku pergi appoinment dengan pakar kulit HSA pada 20 Disember 2016. Alhamdulillah keputusan darah aku semua ok. Tiada tiroid, antibodi ok (ANA -ve), hati ok, buah pinggang ok. Doktor cakap aku takde masalah darah. Sepanjang dua minggu aku makan ubat Loratadine, gegata dah takde keluar besar-besar, bengkak dan panas. Gegata keluar dalam bentuk skala yang kecil je. Tapi masih keluar. Aku dapat dua ubat iaitu Loratadine (10mg) dan Hydroxyzine HCI (25mg). Yang Loratadine perlu makan sebiji setiap hari dan Hydroxyzine makan bila perlu sahaja. Normally aku makan Hydroxyzine kalau gegata keluar teruk waktu malam. Insya Allah next appoinment aku pada 17 Januari 2017. Nanti kalau ada masa aku update lagi.
Loratadine dan Hydroxyzine |
===============
UPDATE 10/04/2017
===============
Assalamualaikum. Hai, aku nak update sedikit tentang kisah gegata yang aku alami lebih 6 bulan ni. Aku ada berjumpa dengan doktor pada 17 Januari 2017. Kali ni doktor naikkan dos dari sebiji kepada dua biji sehari dan doktor tetapkan appointment lagi 2 bulan sebab tak kritikal. Aku ada ambil baki ubat di kaunter farmasi pada 14 Februari 2017.
Alhamdulillah aku dah berhenti makan ubat doktor sepenuhnya pada bulan Februari 2017. Pada 19 Januari 2017 yang lalu, aku ada menghadiri sebuah program bertajuk Pemakanan Sihat Mengikut Perspektif Islam dan Sains yang disampaikan oleh Imam Ar-Razi anjuran Olive House di UTM. Setelah mendengar talk tu, aku terus start consume produk Olive House. Aku beli Pati Minyak Zaitun, Cuka Teen dan ubat gigi garam bukit dan ubat gigi cengkih. Aku jadikan amalan untuk meminum sesudu pati minyak zaitun pada waktu pagi dan cuka teen selepas makan malam. Pernah sekali tu gegata naik pada badan, aku mandi dengan air dan campuran cuka teen. Selepas mandi aku sapu kulit dengan pati minyak zaitun.
Selepas sebulan mengamalkan pemakanan sunnah ni, Alhamdulillah masalah gegata aku dah sembuh 100%. Gegata dah tiada lagi dan kulit semakin sihat dan cantik. Aku amalkan juga pati jus delima dan Kayu Manis Ceylon. Dah tiga bulan aku amalkan pemakanan sunnah ni dan aku amat bersyukur kerana produk ni serasi dengan aku.
Kepada mereka yang masih dibelenggu masalah gegata ni, mari kita ikhtiar menggunakan produk sunnah. Cuba minum minyak zaitun dan cuka teen. Buah Teen dan buah zaitun ada disebut di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah At-tin. Aku kongsikan sedikit ilmu yang disampaikan di dalam program tersebut.
7 jenis buah yang terdapat di dalam syurga;
- Teen
- Zaitun
- Kurma
- Delima
- Pisang
- Anggur
- Khuldi
Wallahu 'alam bissawab. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku.
Nota : Jika berminat nak beli produk Olive House boleh call atau whatsapp Puan Azleenda di 012-5533263. Cakap je dapat nombor dia dari blog aku. Jangan takut nak bertanya. Dia sangat peramah.
Nota : Jika berminat nak beli produk Olive House boleh call atau whatsapp Puan Azleenda di 012-5533263. Cakap je dapat nombor dia dari blog aku. Jangan takut nak bertanya. Dia sangat peramah.
15 comments:
salam yujalna, saya dah hampir 3 minggu kena gegata. saya jumpa doktor then makan ubat semalam last makan ubat doktor bagi iaitu antihistamine. then semalam last makan tetuba pada hrini tumbub dkt belakang badan sebiji dgn kat tangan satu biji. saya tak thu nak buat apa. boleh yuljana bantu saya selesaikan masalah? saya dah tak tahan.
Aqilah Anim - Salam. Saya dah reply through PM. Thanks.
wahh, doktor spital pon xleh nak bagi sembuh sakit gegata nih erk., huhu2
Salam sis. Bole pm saya tk cara penylesaian utk hilangkan gegata? Sbb sy dh almost 1month tk ada tanda nak hilang. Asik begantung pd ubat sahaja. Bole pm sy tk? 0149214291
Nak tanya treatment pakar kulit kat hsa berapa ye?
Saya ingin berhubung terus dengan cik/puan berkaitan gegata dan pemakanan sunnah ni sebab anak saya hampir 6 bulan masih blum pulih...blh beri no phone or w.up di email saya de_alammi@yahio.com.my
Saya tengah kena sakit ni. Gatal sampai tak boleh tidur dibuatnya. Mungkin dugaan buat saya, sehari sebelum paper last spm saya kena. Saya pun tak pasti penyebabnya, tiba2 je.
Saya dh sebulan kena sakit ni... hari2 keluar merah2 satu badan... bolih bntu mcm mn nk dapat kan produk minyak zaitun tu
Slm sis ,, blh pm sy x ,, 0177250296 ,, sy kne gegata ,, nk th cmner hilang nye
Slm sis ,, blh pm sy x ,, 0177250296 ,, sy kne gegata ,, nk th cmner hilang nye
Slm sis ,, blh pm sy x ,, 0177250296 ,, sy kne gegata ,, nk th cmner hilang nye
Salam..blh pm sy x, 0179195330, sy kena gegata,
Sy masih dalam proses rawatan utk gegata. Mkn ubat klinik tp mcm biasa. Tak ok pon. Makin teruk juga. Tgh mkn minyak zaitun & cuka buah tin. Ambil masa jugak nak elok. Mandi dgn cuka blm buat lg. Sapu dgn minyak zaitun dah buat & berkesan jugak. Hari ni mc. Dpt ubat. Tp xmkn ubat. Nktry mknan sunnah dulu. Bdn pon rasa gatal2 lg. Semoga makin sembuhlah
Salam..blh x pm sy?0165225410
boleh saya tahu awak makan pati minyak zaitun yang mana? saya tgok mcam ada lebih dri 1 jenis.. saya dah kena dekat 5 bulan.. saya nak tahu awak berhnti mkan loratadine tu terus macam tu saja dan gegata skit pon dah x naik ker lepas tu?
Post a Comment