yang paling mengagumkan aku apabila matinya seorang hamba Allah yang taat, dahinya muncul cahaya tertulis nama Allah, ada juga yang mati dalam keadaan sujud di dalam solat. masya Allah. sesungguhnya Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang taat melakukan perintah-Nya. tiada bekalan yang akan dibawa sesudah mati melainkan ilmu yang berguna, amal jariah dan doa anak yang soleh. jadi, jangan sesekali kita malas atau buat-buat terlupa untuk solat kerana ia adalah tiang agama. bagus kan ceramah beliau? sehingga membuka mata aku untuk tidak lalai lagi dalam melaksanakan perintah-Nya.
nota : usai solat berjemaah maghrib malam tadi, dahiku dicukup abah. oh alangkah bahagianya hidup ini. ;)
9 comments:
waa.. solat jemaah dgn famili ke?? so jeles.. ehehe..
salam ari jumaat! ;p
ayah wa segan mau ciom itu dahi wa..
wa pun segan gak di ciom dahi oleh ayah..tak rock ahh
Alhamdulillah! Semoga hidup dan mati kita diberkati Allah.
mesti sayu je rasa wktu abah kucup tu kn..
selamat menjadi anak solehah :-)
oke..
insaf jugak..huhu
>> terima kasih kerana berkongsi ilmu ni dengan kitaorang semua....
teringat zaman mengaji Al-Quran time skolah rendah dulu....hehhe
bulan posa jer...ada la pembahagian bubur lambuk secara percuma
insaf..tapi manusia ni mudah lupa..
mmg manusia mudah lupa..
sebab itu kena ingat-mengingati..
bertuah dapat yang baik gitu..
Post a Comment