aku tak ada mood nak taip entri panjang-panjang. cuma ada lima perkara penting sahaja.
1. aku dapat naik kereta abang hensem lunch tadi. dia kasi pinjam kereta kat ofismate aku untuk pergi shopping. aku tumpang sekaki. kereta dia bersih dan wangi ok. kaler purple siot. - happy!
2. ofismate aku secara kebetulan ada menyebut abang hensem sudah ada kekasih di dalam kereta beliau - kecewa!
3. ofismate sibuk shopping tapi purse aku ada enam ringgit sahaja. aku hanya mampu membeli cool blog perisa oreo. masa nak balik tiba-tiba aku check gaji kerja lama dah masuk - happy last minute!
4. ofismate celebrate last day budak praktikal. dapat makan kfc free. - enjoy!
5. belanja family dinner dan beli kek ulangtahun perkahwinan pertama abah dan mak baru aku. - bahagia!
pesanan penaja : you'll never know what lies ahead. life is so unpredictable!
Thursday, April 29, 2010
Wednesday, April 28, 2010
Lunch Bersama Abang Hensem
OMG! OMG! tengahari tadi aku lunch dengan abang hensem! jantung aku berdebar-debar bukan main. akhirnya terubat juga rindu aku nak cium bau perfume dia. dia dah balik dari BTN semalam. kebetulan ofismate aku ajak lunch ramai-ramai tadi. so, dorang ajak lah dia sekali. aku apa lagi. dalam hati ni meloncat-loncat tanda gembira. *sengih sampai telinga*
pssssttttt.. yang paling best tadi, dia pegang tangan aku. ok, aku tipu. dia ajak aku berbual. dia tanya aku belajar kat mana, bla-bla-bla. makan siap ngadap-ngadap. ni ofismate aku lah punya kerja. memang dah reserved tempat aku depan dia. saja nak kacau aku dengan dia la tu. yang lain semua dah kahwin. aku ngan dia je belum. aku tak lah mengharap jadi seseorang dalam hidup dia. bau perfume dia tu pun dah cukup buat aku. aku couple dengan perfume dia je lah lepas ni. ahaha ;p
walau apa pun, aku bersyukur. sekurang-kurangnya aku dah ada kawan kat tempat baru ni. baru masuk minggu ketiga, aku dah kenal ramai orang. mostly lelaki sebab dorang suka buli aku. adeeehhh!!
pesanan penaja : kepada abang hensem, welcome back! i'm so excited to see you again. *wink*

Friday, April 23, 2010
Members Account Protection Dari Maybank2U
pagi ni aku bukak email macam selalu. tapi ada satu email yang mengganggu fikiran aku. email daripada Maybank2u suruh aku tukar password maybank2u aku. oleh kerana aku pernah baca berita tentang kes ni, aku pun semak la link yang diberi. ternyata link yang ditulis adalah berbeza dengan link yang di'anchor'kan. jahanam betul orang yang buat kerja ni. tak selamat lah hidup dunia akhirat. kepada yang baca entri ni, tolonglah berhati-hati. aku pernah jumpa kes orang nak kahwin lagi sebulan tapi duit hantaran dia lesap sebab dia tekan link dalam email yang direka untuk menipu mereka yang buta IT.
Label:
Maybank2U,
Members Account Protection
Thursday, April 22, 2010
Insert Update Delete
minggu ni dah masuk minggu kedua aku di opis baru. perkara yang perlu aku highlightkan di sini adalah aku adalah satu-satunya gadis yang masih bujang dalam jabatan aku. auwwww. :))
yang kedua, ada abang hensem kat depan opis aku. perfume dia wangi gila sampai satu opis boleh bau kalau dia lalu. fuhh~
yang ketiga, bulan ni aku tak ada gaji. :((
nota - start hari ini sampai next week, abang hensem tak ada sebab pergi BTN. aku rindu bau perfumenya. haih.

Monday, April 12, 2010
Mabuk Coding
hari ni hari pertama aku bekerja di UTM.
coding! coding! coding! coding! coding!
adakah hidup aku selamanya akan dikelilingi oleh coding?
hanya DIA yang tahu.
hmm.
coding! coding! coding! coding! coding!
adakah hidup aku selamanya akan dikelilingi oleh coding?
hanya DIA yang tahu.
hmm.
Friday, April 9, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Pesuruhjaya Sumpah di Johor Bahru
pagi tadi aku pusing JB cari pejabat pesuruhjaya sumpah untuk surat sumpah UTM aku. cari punya cari jumpa satu kat bandar baru uda (BBU) tapi tutup. pejabat tu sederet dengan restoran osman bersebelah kedai digi. pejabat tu buka pukul sepuluh. so, aku pusing area bandar, jumpa satu dekat depan wisma sebelah kedai fotostat. harga untuk angkat sumpah RM5.00 sahaja. kat situ di charge fotostat, 40 sen sekeping. gila mahal. betul-betul nak ambil untung. kalau nak fotostat murah, sila datang di kedai fotostat 4 sen di taman dahlia, JB. sederet maslee taman dahlia. layanan pun ok.
p/s - tiga hari lagi di sini. perasaan? sedih dan berdebar! wish me luck.
__________
update pada 26 Ogos 2014
Senarai Pesuruhjaya Sumpah Johor Bahru yang aku tahu :-
Semoga bermanfaat.
p/s - tiga hari lagi di sini. perasaan? sedih dan berdebar! wish me luck.
__________
update pada 26 Ogos 2014
Senarai Pesuruhjaya Sumpah Johor Bahru yang aku tahu :-
- Hj Muhd Haryaf bin Bugal (0197573395). Lokasi di Arked MPJBT berdepan dengan GoodHope Hotel, Skudai.
Pejabat nya di tingkat atas |
- Mohdzar bin Khalid. Lokasi di Bandar Johor Bahru berhadapan dengan metro parking The Puteri Pasific.
Sederet dengan Public Bank dan Faculty of Caffeine |
- Pekan Rabu. Lokasi di Taman Kobena. Tingkat bawah.
- Berdekatan dengan kolam renang Taman Ungku Tun Aminah
- Setia Tropika. Berdekatan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Bangunan depan Wisma Persekutuan, Johor Bahru
Semoga bermanfaat.
Monday, April 5, 2010
Hello Incik Broadband
semalam aku pergi PC Fair kat Persada, JB. actually dah pergi dua kali. hari jumaat dan ahad. harga barang-barang tak ada la murah mana. murah sikit aje. kalau setahun buat sampai empat lima kali, orang pun naik muak nak pergi sebab dah tak tahu nak beli apa. seperti biasa aku memang suka usha pendrive, head phone dan hard disk. aku tak beli hard disk je lagi sebab belum mampu. mula-mula aku dah cancel nak pergi, tapi si munchkin bagitahu broadband tengah offer, terus aku tukar fikiran. aku tak tahu la berapa puluh orang paksa aku beli. dari maxis ke P1 max ke streamyx last sekali celcom. sampai ada yang tarik-tarik tangan. rasa macam artis pun ada. haha. end up, aku pilih celcom sebab kawan aku kerja celcom. ada yang paksa aku amik pamphlet dia then pesan "nanti free call saya." hahaha. macam-macam kerenah kan? tapi semalam memang aku enjoy la sebab dapat lepak dengan mereka. yang paling happy sekali, aku dah ada broadband! boleh keep in touch dengan semua orang. yeay! :)
sweet couple
Friday, April 2, 2010
Seminggu Lagi
aku baru balik dari klinik. buat full medical checkup untuk kerja baru di UTM. aku check up di klinik impian, taman impian emas dan buat x-ray di kempas medical centre. hilang sudah rasa tension dan stress. al-maklumlah aku ni kan berat pahala, so risau lah kalau berat aku ni jadi kekangan dalam report medical checkup. so far, alhamdulillah, tak ada apa-apa yang abnormal. masuk ni dah empat kali aku buat x-ray. kali pertama sewaktu tingkatan 3 tahun 2002, aku tertelan jarum peniti tudung. kali kedua pada tahun 2005 sewaktu nak masuk uitm. kali ketiga aku kemalangan pada tahun 2009. ni x-ray badan dan kaki sebab agak parah. dan last sekali hari ini. tadi aku check darah sekali. seram! panjang jarumnya. pastu amik darah aku sampai penuh picagari. adoi! *pengsan*
minggu depan adalah minggu terakhir aku berkhidmat di company aku sekarang ni. aku telah bersama dengan company ni sejak praktikal diploma pada tahun 2007. moga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan di tempat baru. aku bakal rindu kawan-kawan sekerja. effa, eima, kak has, bluar, faiz, azrul, hasnan, budak data migration, budak smart brain dan mysys. terima kasih untuk segalanya dan maafkan jika aku pernah terkasar bahasa atau tersinggung perasaan korang.
aku harap hubungan persahabatan kita kekal selamanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)