Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya dengan title sebagai seorang penjawat awam. Bukan nak menunjuk-nunjuk pun title tu. Beza sebenarnya kerja di sektor awam dan swasta. Kerja kat sini macam satu keluarga yang besar, bos yang mengambil berat, bonus yang banyak (syukur alhamdulillah) dan kewangan yang lebih stabil.
Raya tahun ni keluarga aku masih belum decide nak balik mana dulu. Bulan lepas aku ngan akak aku dah kawtim nak buat baju raya boria. yeay! ni yang aku nak buat dari dulu. Termakbul akhirnya. Alhamdulillah. Aku rasa lebih tenang, gembira dan bahagia kini. Aku hanya mahukan yang terbaik buat diri aku dan keluarga.
Dalam wish list aku ada banyak yang ingin dibeli. GPS, kamera digital, hard disk, telefon bimbit, kereta, rumah dan banyak lagi. Tak tahu mana yang nak diutamakan dulu. Lesen kereta tak habis lagi. hahahahaha. bertahun la aku nak habiskan lesen tu. adehh.
Setelah empat bulan berkhidmat, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan sebuah sistem. Harap-harap semua berjalan lancar, insya Allah. Kerja sekarang ni semua nak cepat aje. Memang tegang la kepala otak sampai kadang-kadang aku perlu balik pukul 2-3 pagi hanya kerana nak debug error.
Mood raya belum datang lagi la. Even dah dengar lagu raya. Oh Mood! di manakah kau. Datang lah kau wahai mood. hehe. Aku hanya mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Soal jodoh, hidup dan mati aku serahkan semuanya kepada yang di atas kerana DIA maha mengetahui.
Akhir kata, selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mohon maaf jika tersilap tatabahasa dan bahasa. Aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan dosa. Berhati-hati lah di jalan raya. Anda mampu mengubahnya.
:)
nota - listening to songs which were dedicated to me. Different face appears for each song. haha. and i miss every single moment of it!
Sunday, August 29, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Ya Ramadhan
pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadhan dah. ni tahun ketiga tanpa ibu di sisi. rindu sangat dengan mak. selamat berpuasa semua. moga dapat barakah dan menyucikan diri dari segala dosa. insya Allah.
Saturday, August 7, 2010
Encik Asan Mengidam Makan Ayam Penyet
secara kebetulan harini encik asan turun JB atas urusan kerja. dia calling2 akak aku (apsal akak aku? muahahahaha.. sila tanya beliau). lepak2 kat banafee depan new york hotel sebab dia nak makan ayam penyet. kat situ ada dua banafee. satu yang lama satu lagi yang baru. kami suka yang kat banafee lama sebab sambal dia pedas gila sampai meleleh air mata dan segala jenis air yang ada. hahaha. ok kidding! tapi memang pedas la. mesti korang pelik kan dengar nama nasi ayam penyet? aku rasa resepi tu dari indonesia. encik asan teringin nak makan nasi ayam penyet so kami on je la. dah lama tak lepak ngan encik asan. rambut dia pun dah pendek, hidung still mancung macam selalu. aku harap lepas encik asan baca entri aku ni, dia akan belanja makan nasi ayam penyet lagi lain kali sebab aku dah link blog dia banyak kali ni. wahahahaha. pape pun, thanks belanja kami. :)
Wednesday, August 4, 2010
Yuna Album's Received
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Lama aku tak update blog ni. Actually aku tak pernah bukak blog aku kat opis. Bukan apa, aku malu bila dorang baca kisah hidup aku. Kalau korang tak pe sebab aku tak kenal. ahahaha. Boleh ke gitu? Ada gak la beberapa officemate yang cari blog aku tapi tak jumpa lagi kot. hahaha.
Aku baru je dapat album terbaru Yuna berjudul Decorate. Aku beli di sini. Ni adalah album pertama beliau. Yang terdahulu tu adalah EP beliau. Entri EP tu boleh lihat di sini. Review untuk album sulung beliau,
tak rugi beli sebab semua lagu best2. serius tak tipu. harga cume RM29.90. Akan berada di pasaran pada pertengahan Ogos 2010. Album ni telah dilaunch pada 23-24 Julai 2010 di KLPAC.
Apa khabar semua? Lama aku tak update blog ni. Actually aku tak pernah bukak blog aku kat opis. Bukan apa, aku malu bila dorang baca kisah hidup aku. Kalau korang tak pe sebab aku tak kenal. ahahaha. Boleh ke gitu? Ada gak la beberapa officemate yang cari blog aku tapi tak jumpa lagi kot. hahaha.
Aku baru je dapat album terbaru Yuna berjudul Decorate. Aku beli di sini. Ni adalah album pertama beliau. Yang terdahulu tu adalah EP beliau. Entri EP tu boleh lihat di sini. Review untuk album sulung beliau,
AWESOME!!!
tak rugi beli sebab semua lagu best2. serius tak tipu. harga cume RM29.90. Akan berada di pasaran pada pertengahan Ogos 2010. Album ni telah dilaunch pada 23-24 Julai 2010 di KLPAC.
nota : amacam? ada ciri2 hard fan yuna tak aku ni agak2 korang? :D
Label:
Decorate,
Yuna,
Yuna Decorate
Subscribe to:
Posts (Atom)