Sunday, August 29, 2010

Raya oh Raya

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya dengan title sebagai seorang penjawat awam. Bukan nak menunjuk-nunjuk pun title tu. Beza sebenarnya kerja di sektor awam dan swasta. Kerja kat sini macam satu keluarga yang besar, bos yang mengambil berat, bonus yang banyak (syukur alhamdulillah) dan kewangan yang lebih stabil.

Raya tahun ni keluarga aku masih belum decide nak balik mana dulu. Bulan lepas aku ngan akak aku dah kawtim nak buat baju raya boria. yeay! ni yang aku nak buat dari dulu. Termakbul akhirnya. Alhamdulillah. Aku rasa lebih tenang, gembira dan bahagia kini. Aku hanya mahukan yang terbaik buat diri aku dan keluarga.

Dalam wish list aku ada banyak yang ingin dibeli. GPS, kamera digital, hard disk, telefon bimbit, kereta, rumah dan banyak lagi. Tak tahu mana yang nak diutamakan dulu. Lesen kereta tak habis lagi. hahahahaha. bertahun la aku nak habiskan lesen tu. adehh.

Setelah empat bulan berkhidmat, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan sebuah sistem. Harap-harap semua berjalan lancar, insya Allah. Kerja sekarang ni semua nak cepat aje. Memang tegang la kepala otak sampai kadang-kadang aku perlu balik pukul 2-3 pagi hanya kerana nak debug error.

Mood raya belum datang lagi la. Even dah dengar lagu raya. Oh Mood! di manakah kau. Datang lah kau wahai mood. hehe. Aku hanya mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Soal jodoh, hidup dan mati aku serahkan semuanya kepada yang di atas kerana DIA maha mengetahui.

Akhir kata, selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mohon maaf jika tersilap tatabahasa dan bahasa. Aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan dosa. Berhati-hati lah di jalan raya. Anda mampu mengubahnya.

:)

nota - listening to songs which were dedicated to me. Different face appears for each song. haha. and i miss every single moment of it!

2 comments:

Kuwe said...

cuti raya penjawat awam amacam.
Nak ada feel raya, kawen la cepat cepat.

13may said...

selamat hari raya :D