Tuesday, July 31, 2012

Sah!

31 Julai 2012 - Genap 5 tahun arwah mak pergi. Semoga Allah tempatkan mak di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Mohon agar kawan-kawan dapat sedekah Al-Fatihah buat mak aku.

Aku dapat berita gembira harini. Tadi dapat emel dari kerani jabatan. Emel Pengesahan Jawatan. Aku telah disahkan jawatan. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

Saturday, July 28, 2012

Servis Pertama

Genap sebulan usia kereta aku hari ini. Alhamdulillah. Pagi tadi dah siap service untuk 1000km walaupun mileage nya dah mencecah 1209km. Bagi servis pertama kereta Saga Flx 1.6 SE milik aku adalah RM 182.00. Menunggu 2 jam setengah baru siap diservis. Ramai betol orang. Aku agak angin dengan orang proton tu. Masa aku dapat balik kereta tu, mileage naik 1 km je tapi kenapa minyak aku full 6 bar dah turun jadi 5 bar. Masa aku on enjin kereta,  air cond kereta aku dah terpasang di nombor 3. Sejuk gila. Kurang ajar betul. Tahu la bulan puasa. Tengah panas terik. Agak-agak la der. Aku pun tak pernah guna air cond sampai nombor 3. Bengang! 1 bar minyak tu boleh 2 hari aku ulang alik ke pejabat tahu tak? Mekanik proton tu memang kejam. Mentang-mentang la aku perempuan. Ingat aku tak berani nak mengamuk apa? Phuiii!

nota : kereta dah sebulan tapi aku takde gambar kereta aku walau sekeping pun. kesian. tunggu beli kamera baru la jawabnya =D

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Ini

Semalam, (20 Julai 2012) genap setahun sahabat aku meninggal dunia. Arwah Noor Hafiz bin Mohd Zaini. Wajah kau masih segar dalam ingatan dan insya Allah akan sentiasa di ingatan hingga akhir hayat aku. Mesej dari adiknya mengenai pemergiannya masih aku simpan di handphone. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

1 Ramadhan 1433 jatuh pada 21 Julai 2012. Alhamdulillah selesai hari pertama berpuasa. Berbuka dengan keluarga secara sederhana dan akhirnya banyak juga makanan yang terhidang sewaktu berbuka. Semuanya home made. Syukur Alhamdulillah.

Tengahari tadi aku diduga lagi. Kali ni tayar depan kereta aku bocor. Terpaksa aku guna benda alah apa entah nama nya untuk kasi kereta tinggi supaya aku boleh bukak tayar. Yeah.. Pengalaman membuka tayar kereta di bulan puasa. Berpeluh-peluh di tengah panas terik. Ada paku rupanya. Aku harap bukan khianat manusia. Aku cuba untuk tidak syak wasangka terhadap sesiapa. Redha. Alhamdulillah dapat dihadapi dengan tenang. Terima kasih kepada Abah sebab membantu aku pergi tampal tayar. Abah siap cakap

Abah : "Nasib baik bocor kat rumah, kalau kat luar, tak tahu la macam mana."
Aku : "Takpe. I mesti call Abah." *sengih*

Petang tadi, Mak Long call aku daripada Australia. Aku rindu sangat dia sebab ada mimpi dia 2 hari lepas. Alhamdulillah lega dapat dengar suara dia. Cuaca kat sana sejuk. Mak Long pula terpaksa menggunakan tongkat kerana kakinya tak berapa kuat. Semoga Allah panjangkan usia Mak Long dan keluargaku. Semoga aku dapat bertemu dengan Mak Long tahun depan. I miss her!

Puasa tahun ni aku rasa cukup sederhana. Sebab gaji bulan lepas aku habiskan 2/3 untuk bayar deposit kereta. Tapi dengan kuasa Allah, baki duit aku tu mampu menampung perbelanjaan aku bulan ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mencukupkan rezeki aku. Baju raya tahun ni tak beli lagi. Selalunya sebelum puasa dah tempah. Ni pasal bajet takde bulan ni, kita tunggu kalau ada rezeki lebih bulan depan. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga amalan aku diterima olehNya. Semoga azam aku tahun ini tercapai. Amin.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.

Saturday, July 14, 2012

Sugar Glide

Tadi aku pergi Pasar Karat kat bandar dengan family abang aku. First time si putih round area JB. Sebelum ni bawak pergi dan balik kerja je. Aku respect gila cara abang aku ajar aku bawak si putih. Sangat relax dan cool. Aku dapat pick up apa yang dia ajar sama macam masa dia ajar aku main gitar dulu. Jalan waktu malam memang totally berbeza kalau nak bandingkan dengan waktu siang. Aku ni rabun tapi malas pakai cermin mata. Bila drive malam, aku tak nafikan agak sukar nak tengok jalan. Silau gila bila nampak lampu. Aku just bawak berpandukan garisan putih atas jalan raya.

Jalan kat Pasar Karat sambil cuci mata. Harga barang kat sini not bad la. Boleh tawar-menawar. Aku sangat teruja dengan satu khemah ni. Dia jual sugar glide. Aku memang pernah usha sugar glide online tahun lepas. Geram sangat tengok sugar glide tu. Main lompat-lompat macam tupai. Aku minta izin kat tuan punya kedai untuk pegang. Dia letak atas tangan aku dan sugar glide tu terus lompat atas bahu. Comel gila. Bulu nya sangat lembut. Sugar glide ni memang milik tuan punya kedai. Betina katanya. Aku tanya macam mana nak bezakan jantan atau betina. Dia cakap "kalau betina ada poket kat perut dia macam kangaroo. Kalau jantan dia ada ..." belum sempat dia habiskan ayatnya aku terus tunduk dan mengangguk tanda faham. Nasib baik dia tak habiskan ayat. Aku malu nak dengar. HAHA. Harga sugar glide kat situ dijual dengan harga RM300 seekor. Dia ada jual beg letak sugar glide, makanan dia, ular pun ada. Dia cakap sugar glide dia makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Thursday, July 12, 2012

Chemistry

Pagi tadi, awak call office saya. Awak nak cakap dengan saya. Bila saya dah jawab, awak lupa nak tanya apa. Comel la awak ni. Kita berbual pung pang pung pang pasal sistem. Lepas tu, saya ada call awak semula untuk bagitahu masalah awak dah selesai. Tengahari tadi, secara tak sengaja, saya ternampak awak tengah lunch dengan kawan awak. Saya nampak awak tapi awak tengah khusyuk berbual dengan kawan awak. Akhirnya, awak nampak saya juga. Yayy! Suka bila awak nampak saya. Tapi saya tak respond apa-apa sebab saya malu dengan awak. Eh, warna baju kita sama la. Kita ada chemistry ke agak-agak awak? Saya minat kat awak since first time saya jumpa awak. Masa tu, wondering siapa la nama awak sampai saya terdengar ada orang panggil awak. Baru lah saya tahu nama awak. Ada jodoh kita jumpa lagi eh. hiks! =D

Sunday, July 8, 2012

Crack

Entri sebelum ni, aku bersyukur dan sangat gembira sebab impian aku tercapai. Alhamdulillah akhirnya aku dah ada kereta sendiri. Baru seminggu kereta keluar, cermin kereta depan aku dah crack. This is really frustrating. Lebih menyedihkan, dealer kereta aku tak amik insurans windscreen. Lebih menyedihkan lagi, crack tu bukan aku yang buat. I'm so so so miserable. Ini adalah takdir aku. Sedang cuba untuk redha dengan apa yang berlaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaanMu ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah dan tak berdaya. Lembutkan lah hatiku agar aku dapat menjadi seorang yang pemaaf. How to forgive and forget?

*Sedang memujuk hati. Kereta itu hanya harta sementara di dunia. Semoga aku tabah.