hari ini dan esok ada jom heboh di Danga Bay. tapi, sekarang ni hujan lebat tak henti-henti. camne aku mau ke sana? jammed itu PASTI. basah kuyup itu satu KEMUNGKINAN. lagi satu hal, apa kes gaji tak masuk lagi. vavi betul la! poket aku ade RM15 jew ni. waaa. aku mau pergi! tak dulik! tak dulik!
nota hujan lebat tiada tanda mau berhenti : sebenarnya aku bukan mau beli barang. aku mau tengok artis. miahaha.
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Fringe
sejak kebelakangan ini, aku perhatikan penghasilan entri oleh blogger-blogger terkenal tanah air sudah mula merudum. mungkin mereka sangat sibuk dengan tugasan harian, cuti semester, isteri bersalin atau boleh jadi sedang bahagia bersama insan tersayang dan tiada masa untuk mengeblog.
oleh sebab itu, aku mula hilang bahan bacaan atas talian. *sedih* lalu, aku mencari idea bagi mengisi kekosongan tersebut. yeay! aku sudah jumpa.
aku sangat teruja menonton TV Series Fringe!

oleh sebab itu, aku mula hilang bahan bacaan atas talian. *sedih* lalu, aku mencari idea bagi mengisi kekosongan tersebut. yeay! aku sudah jumpa.
aku sangat teruja menonton TV Series Fringe!

barisan pelakon Fringe
till then, daaa~ ;)
Thursday, May 28, 2009
Esei Pertama Saya
saban hari, masalah sosial & jenayah semakin menggila tanpa penyudahnya. dari masalah rempit, dadah, ragut, rogol, liwat, parti liar, minum arak, seks bebas, mengandung anak luar nikah, buang bayi hingga ke kes bunuh. aku belum nampak titik noktahnya. aku rasa balai polis sudah punyai beratus-ratus ribu lembaran laporan & mahkamah sudah seperti alah bisa tegal biasa dengan kes-kes penceraian, pecah amanah, rasuah dan macam-macam lagi.
pernahkah anda terfikir akan semua ini? atau hanya menjadi rakyat yang pasif dan berdiam diri tanpa langsung berikhtiar dan berusaha untuk membendung gejala ini. sebagai rakyat yang bermoral dan berpelajaran, kita sepatutnya membuka mata dan minda. semuanya bermula dari diri sendiri. setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. ini yang perlu kita kaji sebenarnya. bukan hanya menuding jari menyalahkan sesama sendiri dengan hanya bermodalkan air liur dan janji kosong.
dalam kes-kes tertentu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang harmonis. mereka ibarat role model kepada anak-anak. didikan agama, kasih sayang dan penerapan nilai-nilai moral sejak kecil mampu membentuk anak-anak menjadi manusia yang berguna. sebagai contoh, jika ayah seorang perokok tegar, adakah releven untuk menasihati anaknya untuk berhenti merokok? nasihat itu bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus sahaja.
faktor lain yang perlu dititikberatkan ialah rakan sekeliling. rakan adalah antara orang yang paling kerap bersama tidak kiralah di sekolah, pejabat mahupun rumah. silap pilih kawan biasanya faktor yang menyumbang kepada masalah sosial. pujukan dan rayuan membuatkan hati goyah dan lupa diri. mula lah lembaran hidup baru bersama rakan. merempit, kaki clubbing, seks bebas dan macam-macam lagi. yang indah itu hanya sementara. ada sesetengah kes yang berakhir dengan kematian, hukuman penjara, lahir anak tanpa ayah. bila berlaku perkara sebegini, mula lah terbit rasa penyesalan. mengharapkan masa dapat diundur kembali. tapi malangnya, nasi sudah menjadi bubur.
individu adalah faktor terpenting dalam menangani masalah ini. tanpa individu, maka tidak wujudlah serumpun masyarakat. fikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu. berbaloi kah perkara yang bakal kita lakukan itu? jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung. menurut sahaja apa kata orang tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. jika gadis dirayu oleh lelaki, jangan mudah termakan pujuk rayunya. jangan jadi perempuan yang murah dan tiada harga diri. jika anda pernah terlanjur, cepat-cepat lah bertaubat.
kesimpulannya, bersama-sama lah kita berganding bahu melahirkan masyarakat yang bertamadun. jangan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. ingatlah, masa depan ada di tangan kita semua. akhir kata, bebaskan diri dari belenggu sosial.

"apa yang penting, kerjasama! - wonder pets"
Wednesday, May 27, 2009
Ini Serius
aku terjumpa berita tentang Siswi Saman UiTM di laman web MalaysiaKini. aku ada di situ pada malam kejadian.
saranan aku kepada penghuni asrama :
saranan aku kepada penghuni asrama :
- jangan mandi pagi-pagi buta seorang diri
- jangan basuh baju seorang diri especially tengah malam atau pagi buta - student pun takut. tak tahu orang atau makhluk halus yang membasuh baju
- jangan balik lewat malam (rasanya limit sampai kul 10 @ 11 pm)
- pakai pakaian yang sopan ketika keluar dari bilik - kalau pakai spageti, pak guard pun telan air liur beb! goyang iman!
- bawa barang sebagai pelindung diri seperti payung, spray cili, serbuk lada hitam dsb
- jangan buat setinggan di dalam kolej - kalau nama penghuni tak tersenarai dalam kolej tu, siapa yang nak bertanggungjawab?
- jangan sesekali membawa teman lelaki atau mana-mana lelaki ke dalam kawasan asrama
- jika korang menghadapi situasi seperti pelajar tersebut, aku sarankan agar tendang kemaluannya kuat-kuat dan terus jerit sekuat hati.
"prevention is better than cure"
Tuesday, May 26, 2009
Abah, Get Well Soon. I Luv U Very Much!
semalam, aku hepi. makan sepinggan dengan abang. sedap sangat. suda lama tak manja-manja dengan abang. i miss him a lot.
pagi ni, aku a lil' bit down. abah tak sedar dari tidur. aku suda kejut dia. gosok kaki dia, panggil nama abah. abah mengangguk memberi isyarat dia suda sedar. aku tak sampai hati tengok abah mamai-mamai nak hantar adik aku ke tadika. aku bingkas ke tandas gosok gigi dan cuci muka, terus menyarung seluar setan, capai sweater dan kunci. hantar adik ke tadika.
setibanya aku di rumah, aku lihat abah sedang duduk atas sofa. aku tanya
"abah da sedar?"
abah angguk saja.
"abah ok tak? nak i amik cuti? "
abah kata
"tak payah. da ok."
aku terus hidangkan sarapan dan mandi.
sebelum meninggalkan rumah, aku mengucup dahi abah dan suruh dia berehat banyak-banyak. aku sangat risau dengan keadaan abah.
Ya Allah, panjangkan lah usia abah. berikan abah kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. semoga kau melindungi keluargaku. Amin.

Monday, May 25, 2009
Nama Aku Sudah Tiada Dalam List 'King of Kodi'

KACIP, KACIP juga. opis aku tak ada air harini, ape cer? adehh. ni yang buat aku bole dapat batu karang lagi. pape pun, KACIP best!
nota : patutlah pipi hide kan blog archive dalam blog die. aku suda paham sekarang. heh.
nota : patutlah pipi hide kan blog archive dalam blog die. aku suda paham sekarang. heh.
Saturday, May 23, 2009
Bio Oil Dan Parut
selepas aku mengalami kemalangan ngeri pada bulan Februari lalu, aku telah bertemu doktor sebanyak 4 kali, doktor mengesahkan kesan kemalangan itu telah merobek wajahku hingga ke lapisan kulit kedua. aku pasrah waktu itu. aku mengalami parut kekal di bahagian muka. wajah comel ku ini telah berubah menjadi hodoh. haih. sumpah weyh masa tu aku down gila. aku rasa sangat-sangat fobia dan hilang keyakinan diri.
mujur ada keluarga dan teman-teman yang sentiasa bersama aku. selepas melihat iklan bio oil di tv3, aku bergegas ke watson untuk mendapatkannya. dengan harga RM32.80 sebotol(botol kecik), aku membelinya dengan harapan ia mampu merubah hidup aku dan mengembalikan semula keyakinan diri.
kini, aku telah menggunakannya selama hampir 4 bulan dan nyata sangat berkesan. jadi, bagi sesiapa yang mengalami masalah parut, aku syorkan agar korang cuba bio oil. Insya Allah, dengan berkat doa dan usaha, segalanya kembali normal.
Alhamdulillah. terima kasih bio oil! :)

bio oil

perubahan selepas 4 bulan
nota parut : kalau nak keterangan lebih lanjut sila lawati www.bio-oil.com
Friday, May 22, 2009
Sarung Selipar
suda dua hari berturut-turut aku terpakai selipar jepun masa nak gi keje. nasib baik aku perasan. dah lah sebelah hitam sebelah putih. aiyark~ ape cer?

nota : aku baru apply keje baru. doakan aku! XD

nota : aku baru apply keje baru. doakan aku! XD
Thursday, May 21, 2009
Isabella Versi Hip Hop
lagu ni best! i could listen to this song again and again! he he. ;)
Download Joe Flizzow Ft. Amy - Isabella
Isabella adalah (cinta)
kisah cinta dua dunia (ku mencintainya seperti)
mengapa kita berjumpa,
namun akhirnya (namun)
terpisah…
ku mencintainya seperti
ku mencintainya seperti
Laksamana Tuah dan Gusti Putri Retno Dumillah
untuk dia ku seberangi selat
bertemu sewaktu menaiki satu pesawat
pada mula suaranya buat ku hampir tewas
dan bila ku lihat wajahnya ku benar hampir tewas
sungguh wajah cantik mata pernah melewat
kapal terbang berlepas
ku langsung beralih tempat
dia mengizinkan ku duduk di pinggirnya dengan sopan
memperkenalkan dirinya sebagai Isabella
senyumannya ramah, pertuturannya manja
waktu kami bicara
waktu tinggi diantara Kuala Lumpur dan Jakarta
ku telah jatuh cinta
dan dia pun juga
bulan jatuh ke riba,
suka sama suka
walau apa halangan atau pancaroba
ku tetap kan coba
demi Isabella…
dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza
ku mencintainya seperti
dia cintaku yang pertama
seperti dia yang ku ingin tua bersama
setelah ku menunggunya untuk sekian lama
melengkapkan ku bagai lagu dan irama
setiap detik di Jakarta
ku disampingnya
dan dia disisiku
bagai isi dan kuku
kita berdua tahu
walau ramai mengganggu
kasihnya tetap utuh dan bertambah kukuh
jadi (jadi)
kita mula berbisik lebih dekat
genggam tangan lebih erat
tubuh dipeluk lebih kuat
disinari bintang-bintang diangkasa lepas
tidak mahu lelapkan mata walau malam pun dah lewat
hatiku ditambat bidadari
dan bila waktu ku harus pulang ke tanahair
di ruang menunggu dia katakan padaku
cinta, tungguku di Kuala Lumpur (yeah)
dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza
ku mencintainya seperti
Uda mencintai Dara
ku perlukannya bagai ku perlukan udara
seperti hamba yang menunggu angin lalu
namun, ku merasakan dirinya amat jauh
pencarianku seperti meraba dalam gelap
ku menantikan panggilannya
siang dan malam
kemudian tiba hari suaranya di gagang
perbualan pilu yang bermula dengan sayang
walau kau ku cinta untuk selamanya
kita tidak bisa berdua bersama
dan jika kau kasih
jangan tanya mengapa
kerna hatiku merana dan ku jua duka
berakhirlah kisah cinta yang terlarang
kita cuma manusia hanya bisa merancang
sebak di dada masih terasa hingga kini
untuk dia ku nyanyi lagu ini (yeah)
dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza
cintaku gugur bersama daun-daun kekeringan
moga dibukakan
pintu hatimu untukku
akan terbentang jalan
andainya kau setia
oh Isabella…….

Wednesday, May 20, 2009
Kokokaina!
Zee Avi a.k.a kokokaina ialah penyanyi dan penulis lirik yang berasal dari Malaysia. *woot*
Bakat beliau telah dicungkil melalui You Tube. Kini, beliau telah menghasilkan album di US yang baru dilancarkan semalam (19 mei 2009). Genre lagu beliau lebih kepada jazz & blues . Antara lagu yang sedang hit sekarang ini ialah bitter heart, honey bee dan just you and me. anda boleh lawati laman web rasmi beliau. Kalau nak dengar sendiri lagu-lagu beliau bolehlah layari ke myspace beliau. Apapun, tahniah aku ucapkan atas kejayaan beliau mencipta nama di luar negara.
nota : i like this song. how bout u? ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)