Wednesday, April 29, 2009

Selesema Babi / Swine Flu!

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
  • Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
  • Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
  • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
  • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Jika anda sakit anda perlu:-
  • Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
  • Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

Friday, April 24, 2009

Dilamar? Wow!

pagi tadi, aku dengar hot fm. hot chat pagi ni berkisar mengenai bagaimana anda melamar isteri/kekasih anda. then aku terdengar jawa rangers ada cakap pasal pembaca berita di Amerika Syarikat dilamar ketika sedang membuat liputan 'live' di kaca tv. aku pasti ramai wanita di luar sana yang cemburu dengan video klip ini. apa komen korang? camne plak skill yang korang gunakan untuk melamar insan tersayang?

nota lamar : ada orang mau lamar aku dekat billboard x? hahaha! XD

Kisah Peti Sejuk!

aku ada seorang adik lelaki. umur dia sekarang enam tahun. tahun ni dia pra-sekolah. dia suka tengok kartun. hari-hari dia akan buka tv9 dan tengok cerita kartun. kira da macam anak mrblind la tahap adik aku ni.

bila malam menjelma, dia akan dilatih untuk mengaji muqaddam dan membaca buku. mak tiri aku akan take part ajar muqaddam dan aku akan ajar dia baca buku. ada satu malam, akak aku belikan dia satu buku baru. aku pun ajar la dia. dia ikut dengan mudah. ap-ple, bear, ca-te-pi-llar, di-no-sour ... aku bangga dowh adik aku terang hati. hee~

bila sampai satu gambar ni, aku sebut ref-ri-ge-ra-tor. dia punya dengan yakin ikut jef-ri-je-li-ta. aku punya gelak sampai guling-guling. ( sila jangan bayangkan )

aku terus tutup buku dan suruh dia tdo.

nota : ko rasa aku sesuai tak jadi cikgu? :)

Thursday, April 23, 2009

Otak Jem Tak Taw Nak Bagi Tajuk Apa.

semalam kita main mesej.
gembira dapat mesej dari u.
tibe-tibe u bagitahu i.

"u cari lah lelaki yang lebih baik daripada i"

i sedih.
sangat sedih.
hari ini i demam.
sebab u cakap macam tu.

i benci bila i macam ni.
*sebak*

Wednesday, April 22, 2009

Ouch!

semalam, satu hari suntuk masa bekerja aku dihabiskan dengan aktiviti membaca blog orang. hee~ jangan marah. aku memang tengah tak ade keje ni. nak dijadikan cite, tengah syok-syok ketawa baca salah satu blog, kaki aku terseliuh. jangan ditanya bagaimana ia terjadi. aku pun tak perasan aku parking kaki camne sampai ley terseliuh. huh. dugaan. aku balik umah. urut kaki sendiri. tak ok juga. aku tdo.

*****
pagi tadi, aku minta abah urutkan. sekali die pijak kaki aku,

"krekkkkk"

tulang aku meletup. bila test jalan, da ok. aku hepi.

*****
sekarang ni, bila aku start baca blog orang, sakitnya datang balik. adakah ini satu sumpahan? adehhh..

-_-"

nota terseliuh : ada sapa-sapa pandai urut kaki tak?

Monday, April 20, 2009

Yeay! Aku Menang Award!


hahaha. aku gelak bila di'award' sbg blog paling gila! best!
xde la best mane pun. neway, thanks kepada nakamichie kerana menghargai blog aku. :)

dan aku dengan bangganya ingin menyerahkan award ini kepada jiwa celaru, zairi, pipi dan vidadarisakura. ni la 4 blog yang aku wajib lawat hari2. thanks sebab menyinari hidup aku dengan penulisan yang bagus! ;)

Lagi2 Tag!

hoho.. kali ini aku ditag oleh nakamichie. oleh sebab aku memang sporting, aku layan jew la.. tag pun tag la.. hee~

1) Anda perlu "printscreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari. Lagipun berdosa masuk neraka.

2) Beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu.

3) Tag 10 orang. Lebihpun takpe.

4) Itu sahaja.


aku jumpa gambar ni dalam flickr. kali pertama tengok sejuk je mata memandang. nak buat kerja pun, bersemangat gilew. haha. tapi kadang-kadang bile da malas, malas jua.. lalala~

sape eh aku nak tagged? em, ok2.. aku cuba. flora, nadhirah, azyan, butter, zairi, jiwa celaru, nia adha, kak yati.

Saturday, April 18, 2009

k0rea Time!

yeay! it's weekend babe!
aku mau duduk di rumah dan tengok drama korea yang aku baru beli!

yes! yes!

selamat berhujung minggu kawan-kawanku.

Cuti

semalam aku cuti. aku sangat-sangat sibuk. berikut adalah schedule aku untuk hari semalam.
  • buat IC baru (cip sudah rosak) - abang yang amik gamba kata aku comey. hee~ sukenye!
  • gi jabatan tenaga kerja - teman member aku apply job
  • jalan-jalan kat kotaraya abiskan gaji - duit aku da berkurang dalam bank. heh.
  • gi courts mammoth, Larkin - aku window shopping dari tingkat bawah tanah sampai tingkat empat. syurga! haha.
  • gi bank islam - teman member bayar duit konvo
  • gi maslee beli barang
  • balik umah aku. lepak jap then masak spagethi
  • makan time with family & tma sambil menonton Los & Faun(dvd cetak rompak) - ori copy bukan wayang copy mcm incik zairi kene ngan bangla kt nilai. ha ha.
  • tolong amik abang aku sebab kete die rosak - aku paw duit minyak. he he. aku adik yang baik kn?
  • gi bengkel moto tuka tayar depan - tayar aku bengkak ade 2 bonjol. hebat x? lalala~
  • gi BSN cucuk duit - so lucky xde org queue! whee~
  • gi car wash suruh cuci moto aku - 1st time moto aku snow wash. die punya kilat, pergh.. orang rambut botak tengah pun die bole kasi pantul kilatnye.
  • balik umah-mandi-landing atas katil-mesej sampai lebam-tertido! (sorry dear! so tired!)

aku syak orang-keje-kerajaan pun x bz macam aku.

Fin. ;)

Friday, April 17, 2009

Bersengkang Mata Untuk Kerajaan!

aku rasa sekarang ni semua orang tengah sedap tdo atas katil. ade gak yang tengah gigih study dan ade jugak mungkin yang sedang membayar bil. al-maklumlah malam jumaat. ha ha. persetankan itu semua. persoalannya, kenapa aku masih berjaga? aiyark.. aku tengah siapkan portal kulai! blom 100% siap tapi sumpah aku da betul-betul ngantuk ni. ade sape-sape nak buatkan nescafe untuk aku x?

nota sangap : aku terpaksa tdo gak skrg. sebab mata aku da xbuleh bukak besar-besar. ade gam gajah daa..

nyte2! ;)

Thursday, April 16, 2009

You And Me!

yesterday, i received a message from him.

*
beep.

***
im in love with u ;)

***

notes : i'm speechless. at the same time, i'm happy. hee~

Wednesday, April 15, 2009

Bencinta!

aku dengar lagu ni kali pertama sewaktu persembahan penutup ABHBP 2008 ahad lalu. bole layan gak. hee~

Download Faizal Tahir - Bencinta

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Tuesday, April 14, 2009

Kenapa Entri Aku Jiwang Semenjak Dua Ni?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu... . sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Monday, April 13, 2009

Tagged Lagi!

huhu.. da lama aku xkene tagged! i'm quite free now.. so, kite layan jew la! :)

ARAHAN --
Sila tag seramai orang yang boleh dengan nama penuh yang agak agak betul & LELAKI tidak dibenarkan dalam Proses Tag Ini & Hanya 5 ORANG SAHAJA dibenarkan.

i. Vidadarisakura
ii. 'Azyyati
iii. Angela
iv. Nakamichie
v. Midgurl

5 benda yg harus dilakukan tiap hari
makan | mandi | ngadap komputer | SMS | tido

5 nama/orang yang ada dalam otak anda
parents | ogy | tma | yun | khairi

5 perkara penting bila online
ym | friendster | blog | tagged | kosmo on9

5 Perkara yang anda suka tentang diri anda
penuh kasih sayang | outspoken | pemurah | gila-gila | straight

Friday, April 10, 2009

Stuck In Here!

waktu kerja sudah tamat. aku masih tersangkut di dalam opis. bukan kerana bilik terkunci, lif rosak(opis aku memang xde lif), eskalator termati, atau ingin kerja lebih masa. aku tak boleh balik sebab hujan lebat tahap dewa di luar sana. adehhh..

camne aku nak balik. aku nak beli kek hari jadi abang aku. aku nak buat suprise party. tapi hujan pulak. perlukah aku menyanyi lagu hujan? nak balik! nak balik! waaaa..

Song of The Day~


ada orang dedicate lagu ni kat aku.. bile first time aku dengar, sedey sangat lagunya. tapi, aku suka lagu ini. thanks to you!

Download ST12 - Saat Terakhir

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

[chorus]
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Satu jam saja kutelah bisa
sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

nota jiwang : dua rangkap terakhir ni sangat mendalam maksudnya. :)

Salam Takziah~

salam takziah buat noor hafiz mohd zaini di atas pemergian ayahnya pada 8 April 2009 pada jam 10:45 malam.. aku sangat sedey bila tengok wajah nya sewaktu mengucup dahi ayahnya buat kali terakhir.. aku harap roh arwah tenang di sana.. sama-sama la kita sedekahkan Fatihah buat arwah mohd zaini bin ali.. Al-Fatihah..

Tuesday, April 7, 2009

Gaji Tarak Masyuk!

bulan ni aku sengkek. gaji tak masuk lagi. pesal la lambat sangat gaji masuk. haizh~

aku nak makan ape? ada tak sapa-sapa nak sedekah anak yatim macam aku? XD

Friday, April 3, 2009

Cinta & Percintaan~

APA ITU CINTA?

Pernah seorang murid yg banyak persoalan bermain di fikirannya bertanyakan soalan kepada gurunya mengenai CINTA.. ditanyakan kepada gurunya itu apakah CINTA? Gurunya menjawab,

"Wahai anak muridku.. jika engkau mencari erti sebenar cinta maka haruslah kau masuk ke hutan sana dan ambilkan aku sebatang ranting yg kau fikirkan paling sempurna buatmu.."

Maka murid tersebut akur dengan arahan gurunya itu dan terus masuk ke dalam hutan... setelah sekian lama berada di dalam hutan anak murid tersebut pun keluar.. akan tetapi dengan tangan kosong.. ditanyakan gurunya kepada anak muridnya manakah ranting yang aku suruh engkau cari itu??

Murid itu berkata,

"Semasa saya masuk ke dalam hutan itu saya telah terjumpa dengan ranting yg cukup sempurna fizikal luaran dan dalamannya.. kayunya keras alurnya lawa dan bermacam-macam lagi.. akan tetapi saya tinggalkan ia kerana menyangka bahawa akan ada yang lebih baik lagi di hadapan kelak.. akan tetapi apabila saya terus berjalan dan berjalan saya tidak terjumpa lagi dengan ranting yg dapat menandingi ranting yang saya jumpa pada awalnya.. sehinggalah saya sampai di hujung hutan dan akhirnya keluar dengan tangan kosong.."

Maka dijawab oleh gurunya,

"Maka itulah maksud sebenar cinta itu..jika kita terlampau memilih maka kita akan terlepas dengan sesuatu yang begitu berharga dan bernilai buat kita.. dan jika kita terlalu memilih maka kelak akhirnya kita juga akan kerugian ditinggalkan sesuatu yg amat bernilai.."


Maka apa boleh disimpulkan di sini adalah cinta tidak akan datang dan pergi jika ia datang haruslah kita gengam ia erat dan tidak lepaskannya kelak jika terlepas cinta yg satu itu tidak mungkin dapat diganti lagi..


APA ITU PERCINTAAN?

Pada suatu hari yg lain murid bertanya lagi kepada gurunya,

"Apakah yg dimaksudkan dengan percintaan?"

Gurunya hanya menoleh ke arah muka anak muridnya yang penuh dengan persoalan itu dan melemparkan senyuman lalu menjawab,

"Jika engkau benar-benar mahu mencari jawapan sebenar kepada soalanmu itu wahai anak muridku.. maka hendaklah engkau masuk ke dalam hutan sekali lagi dan kali ini engkau carikan aku sebatang pokok yg sempurna pada pandanganmu dan bawa ia keluar dari hutan tersebut.."

Si anak murid hanya terdiam tidak menjawab dan terus menyempurnakan tugas yg diberikan gurunya itu.. lalu beliau pun masuk ke dalam hutan sekali lagi.. setelah sekian lame berada di dalam hutan dia pun keluar dengan membawa sebatang pokok renek yg jika dilihat tidaklah beberapa sedap jika dipandang... maka ditanyakan gurunya kepadanya

"Mengapa kau memilih pokok tersebut?".

Si anak murid menjawab..

"Sememangnya di dalam hutan tadi terdapat pokok-pokok yang besar, cantik dan sempurna dari segala segi namun tidak mampu untuk saya mengangkatnya keluar dari hutan ini ia adalah di luar kemampuanku.. namun setelah aku melihat pokok ini aku dapati aku boleh merawat ia dan menjadikan ia pokok yg cantik dan sempurna jika diberikan masa maka dengan sebab itulah aku memilihnya.."

Gurunya itu tersenyum... maka wahai anak muridku adakah kau telah faham apakah maksud percintaan itu??? percintaaan adalah suatu benda yg boleh terjadi dengan begitu sahaja ia memerlukan masa utk ia berputik brkembang dan mekar..

Wednesday, April 1, 2009

Happy Birthday!

di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari lahir buat effa dan faris.. kembar yang xseiras langsung. ha ha. neway, moga panjang umur, dikurniakan kesihatan, rezeki yang melimpah, kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akhir kata, moga kalian bergembira bersama pasangan tersayang iaitu amoi(gf faris) dan ah chong(bf effa).

faris & effa - specky not wacky

nota ibu jari : weyh faris, ko jangan pengsan-pengsan tahun ni, aku xde kek nak bagi bila ko sedar nanti. effa, gaji tak masuk lagi. hadiah kene pending. ha ha. aku rindu siot hari suprise party itu.. :)

What Is The Meaning Of April Fool?

Mungkin ramai di antara kalian yang sibuk mempermain-mainkan rakan anda dengan gurauan yang melampau yang boleh menyebabkan mangsa April Fool ini malu hingga merah padam mukanya pada hari ini.. tahukah anda maksud April Fool ini? Jom kita kaji dari laman web ini.

April Fool Rai Kejatuhan Islam

Renung-renungkanlah dan selamat beramal! :)

nota sengkek : gaji tak masuk lagi. Aku tension! line maxis aku plak tak boleh send message dan call out. damn!