Friday, April 3, 2009

Cinta & Percintaan~

APA ITU CINTA?

Pernah seorang murid yg banyak persoalan bermain di fikirannya bertanyakan soalan kepada gurunya mengenai CINTA.. ditanyakan kepada gurunya itu apakah CINTA? Gurunya menjawab,

"Wahai anak muridku.. jika engkau mencari erti sebenar cinta maka haruslah kau masuk ke hutan sana dan ambilkan aku sebatang ranting yg kau fikirkan paling sempurna buatmu.."

Maka murid tersebut akur dengan arahan gurunya itu dan terus masuk ke dalam hutan... setelah sekian lama berada di dalam hutan anak murid tersebut pun keluar.. akan tetapi dengan tangan kosong.. ditanyakan gurunya kepada anak muridnya manakah ranting yang aku suruh engkau cari itu??

Murid itu berkata,

"Semasa saya masuk ke dalam hutan itu saya telah terjumpa dengan ranting yg cukup sempurna fizikal luaran dan dalamannya.. kayunya keras alurnya lawa dan bermacam-macam lagi.. akan tetapi saya tinggalkan ia kerana menyangka bahawa akan ada yang lebih baik lagi di hadapan kelak.. akan tetapi apabila saya terus berjalan dan berjalan saya tidak terjumpa lagi dengan ranting yg dapat menandingi ranting yang saya jumpa pada awalnya.. sehinggalah saya sampai di hujung hutan dan akhirnya keluar dengan tangan kosong.."

Maka dijawab oleh gurunya,

"Maka itulah maksud sebenar cinta itu..jika kita terlampau memilih maka kita akan terlepas dengan sesuatu yang begitu berharga dan bernilai buat kita.. dan jika kita terlalu memilih maka kelak akhirnya kita juga akan kerugian ditinggalkan sesuatu yg amat bernilai.."


Maka apa boleh disimpulkan di sini adalah cinta tidak akan datang dan pergi jika ia datang haruslah kita gengam ia erat dan tidak lepaskannya kelak jika terlepas cinta yg satu itu tidak mungkin dapat diganti lagi..


APA ITU PERCINTAAN?

Pada suatu hari yg lain murid bertanya lagi kepada gurunya,

"Apakah yg dimaksudkan dengan percintaan?"

Gurunya hanya menoleh ke arah muka anak muridnya yang penuh dengan persoalan itu dan melemparkan senyuman lalu menjawab,

"Jika engkau benar-benar mahu mencari jawapan sebenar kepada soalanmu itu wahai anak muridku.. maka hendaklah engkau masuk ke dalam hutan sekali lagi dan kali ini engkau carikan aku sebatang pokok yg sempurna pada pandanganmu dan bawa ia keluar dari hutan tersebut.."

Si anak murid hanya terdiam tidak menjawab dan terus menyempurnakan tugas yg diberikan gurunya itu.. lalu beliau pun masuk ke dalam hutan sekali lagi.. setelah sekian lame berada di dalam hutan dia pun keluar dengan membawa sebatang pokok renek yg jika dilihat tidaklah beberapa sedap jika dipandang... maka ditanyakan gurunya kepadanya

"Mengapa kau memilih pokok tersebut?".

Si anak murid menjawab..

"Sememangnya di dalam hutan tadi terdapat pokok-pokok yang besar, cantik dan sempurna dari segala segi namun tidak mampu untuk saya mengangkatnya keluar dari hutan ini ia adalah di luar kemampuanku.. namun setelah aku melihat pokok ini aku dapati aku boleh merawat ia dan menjadikan ia pokok yg cantik dan sempurna jika diberikan masa maka dengan sebab itulah aku memilihnya.."

Gurunya itu tersenyum... maka wahai anak muridku adakah kau telah faham apakah maksud percintaan itu??? percintaaan adalah suatu benda yg boleh terjadi dengan begitu sahaja ia memerlukan masa utk ia berputik brkembang dan mekar..

No comments: