Friday, April 24, 2009

Kisah Peti Sejuk!

aku ada seorang adik lelaki. umur dia sekarang enam tahun. tahun ni dia pra-sekolah. dia suka tengok kartun. hari-hari dia akan buka tv9 dan tengok cerita kartun. kira da macam anak mrblind la tahap adik aku ni.

bila malam menjelma, dia akan dilatih untuk mengaji muqaddam dan membaca buku. mak tiri aku akan take part ajar muqaddam dan aku akan ajar dia baca buku. ada satu malam, akak aku belikan dia satu buku baru. aku pun ajar la dia. dia ikut dengan mudah. ap-ple, bear, ca-te-pi-llar, di-no-sour ... aku bangga dowh adik aku terang hati. hee~

bila sampai satu gambar ni, aku sebut ref-ri-ge-ra-tor. dia punya dengan yakin ikut jef-ri-je-li-ta. aku punya gelak sampai guling-guling. ( sila jangan bayangkan )

aku terus tutup buku dan suruh dia tdo.

nota : ko rasa aku sesuai tak jadi cikgu? :)

3 comments:

xull said...

Haha.. lawak gler. Aku ajar anak buah aku gak. aku lukis roda.. R-O-D-A.. tayar lak bunyik dia. lols

nuyuljana said...

hahaha.

lawak dowh!

:))

Daniera said...

comel2..anak sedara akak(3 tahun) gduh ngan bibik die. die sebut butterfly, bibik die sebut rama2..hahaha..
gaduh lak due2 tuh