Tengok sedap-sedap layan cerita Na O Mei di tv3, adik aku pun balik dari sekolah. tahun ni baru darjah satu. terus dia campak beg, campak stoking, baju, seluar, baju dalam, seluar dalam, capai tuala terus mandi. keluar je bilik air dia pegang je tuala tu, pernah pulak dia tutup kemaluan die tu. naik jelak aku tengok. hahahaha. tiba-tiba bukak pulak topik bila dia nak sunat. mak tiri aku suruh sunat cepat-cepat tapi ayah aku kata sape nak jaga nanti. so, aku cakap sunat la masa cuti sekolah. masa darjah tiga ke. pastu ayah aku terus jawab,
"tu pun kalau aku ada lagi"
dem! darah aku gemuruh secara auto. sedih, sebak tapi aku cover macam tak ada apa-apa. aku tak boleh bayangkan jika abah tak ada kelak. aku dah kehilangan ibu pada usia seawal 20 tahun. setiap sujudku berdoa agar aku pergi dulu sebelum abah kerana aku tak pasti adakah aku mampu hidup tanpa abah. moga Allah panjangkan umur abah.
selamat hari jumaat. moga kita semua beroleh barakah dari Allah. Amin :)
6 comments:
agak sedih citer nko nie.. tapi biler nko nak kawen..?hahha
*sedih* tapi aku cover macam xde ape² jugak..
umur ko berape sebenarnya skrg? ekeke~
ayam - kawin? xnk langkah bendul. akak aku xkawin lagi. aku kire waiting list. hahaha.
liliyuli - thn ni masuk 23 :D
erk..tekedu gak aku.ko kira nasib baik andai kata ayah ko x de ko dah besar panjang.adik ko???sape nak bela?doa kan skali mak tiri ko bleh terima seadanya...
akak nko serah jer kat aku..tau la aku ejas kan..hehehe
zairi - aku da beso panjang ni pn still perlukan ayah! adik aku kami adik bradik la jaga.
ayam - hmm.. die jinak merpati. try la. klu dpt ko mmg terrer!
Post a Comment