Monday, April 5, 2010

Hello Incik Broadband

semalam aku pergi PC Fair kat Persada, JB. actually dah pergi dua kali. hari jumaat dan ahad. harga barang-barang tak ada la murah mana. murah sikit aje. kalau setahun buat sampai empat lima kali, orang pun naik muak nak pergi sebab dah tak tahu nak beli apa. seperti biasa aku memang suka usha pendrive, head phone dan hard disk. aku tak beli hard disk je lagi sebab belum mampu. mula-mula aku dah cancel nak pergi, tapi si munchkin bagitahu broadband tengah offer, terus aku tukar fikiran. aku tak tahu la berapa puluh orang paksa aku beli. dari maxis ke P1 max ke streamyx last sekali celcom. sampai ada yang tarik-tarik tangan. rasa macam artis pun ada. haha. end up, aku pilih celcom sebab kawan aku kerja celcom. ada yang paksa aku amik pamphlet dia then pesan "nanti free call saya." hahaha. macam-macam kerenah kan? tapi semalam memang aku enjoy la sebab dapat lepak dengan mereka. yang paling happy sekali, aku dah ada broadband! boleh keep in touch dengan semua orang. yeay! :)

sweet couple

3 comments:

sharamli said...

bulih la kit0 pinjam br0dben di0...heee

NAZ said...

sakan lar:)

joyah sepot said...

yehaa...blh la ko join sesi 'komen2 ganas' kt fesbuk ye mon..wahaha