Sunday, February 27, 2011

YunaInspired Contest - Verse2

Pemenang untuk contest lirik lagu Yuna verse 1 dah diumumkan. Mungkin belum ada rezeki aku. So, ni untuk verse 2 pulak.



I don't mind if you are far away,
I'll be waiting for you anyway,
No matter how far we've been apart, *the line I compose
I know I'm gonna be in your arms again

Wish me luck! ;)

Thursday, February 17, 2011

Jiwa Kacau

Genap empat hari aku duduk di rumah baru. Perasaan? Tidak tenang! Bukan aku tak happy dengan rumah baru ni. Cuma ada insiden yang buat aku dan keluarga tak senang duduk. Malam pertama aku tinggal di sini, aku terdengar berita yang kurang menyenangkan. Rumah pak imam yang duduk di belakang rumah aku dipecah masuk oleh pencuri. Aku risau sebab ada kemungkinan rumah aku menjadi sasaran juga. Mintak dijauhkan la. Dari hari pertama sampai harini, hati aku masih tak tenang. Tidur asyik tersedar dua tiga kali. Pantang ada bunyi sikit. Terus terjaga. Akibatnya, aku rasa lemau masa bekerja. OMG! ngantuk tak ingat. Tak taw la camne nak buat hati aku ni tenang. Aku cuma berdoa mohon Allah beri perlindungan kepada aku dan keluarga. Amin.

Abah aku terjatuhkan helmet baru aku. Dah bergaris visor aku. Sedih tapi nak buat camne. Abah aku punya kerja. Redha je la. Walaupun rasa nak jerit kuat-kuat. Takpe jana. Takpe! Nanti bole beli lagi.

Nape aku rasa sebak? Bukan pasal helmet. Macam ada sesuatu yang buat aku tak happy. Rasa nak share tapi tak taw dengan sape. Tak taw nak start macam mana. End up, aku telan je sendiri. OMG! really need you right now! Guitar.

Tuesday, February 15, 2011

YunaInspired Contest - Verse1

Yuna Inspired telah dilancarkan pada 14 Februari 2011. Apa yang best sangat tentang Yuna Inspired? Mesti korang agak blur kan. Ok aku tolong explain ok. Lepas aku baca dari website Yuna Inspired, Yuna akan buat contest untuk bantu dia siapkan verse lagu yang dia compose. So, kita boleh bagi idea dan cadangan untuk Yuna pilih sebagai lirik lagu nya. Kita boleh hantar di twitter YunaInspired atau Facebook YunaInspired. Setiap minggu akan ada pemenang. Lagu ni akan ade 4 verse. Bila lirik dah siap, kita boleh perform lagu tu ikut kreativiti masing-masing. Then, kena upload dekat website macam YouTube dan bagi link pada Yuna. Then, semua video yang bertanding akan diundi oleh orang awam. Hadiah dia gempak wooo! Dapat masuk dalam video klip lagu tu, kamera Canon(EOS 550D dengan 18-55mm Kit Lens), tiket VIP ke konsert Yuna & gitar yang ditandatangan oleh Yuna. Gila kentang. Aku nak join contest ni! Aaaaaaaaaaaa!!!

Kalau nak lebih detail boleh ke :

Laman Web Rasmi YunaInspired
Facebook YunaInspired
Twitter YunaInspired
YouTube YunaInspired

Verse 1 :

I don't mind if you wanna stay
with that smile upon your face
hang around for a little while..
before the distance drive us away (i compose this line)



Good luck to all! =)

Monday, February 14, 2011

Moved

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah.. Dengan keizinanNya, family aku telah selamat berpindah ke rumah baru. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengabulkan doaku dan keluargaku. Aku tak aspect yang kita akan pindah secepat ini. Pape pun semuanya telah selamat. Start pindah barang hari Sabtu, 12 Feb 2011 dan aku first day tido kat sini malam tadi. Perasaan? Konfem lah happy banget. I've been waiting for this moment for 2 years. Syukur sangat sebab Abah dapat duduk rumah ni. Syukur la tak ada sesiapa yang kempunan nak duduk rumah ni. So far, ada sikit lagi yang tak siap. Insya Allah, siap la nanti. 2 hari angkat barang, badan aku sakit-sakit. Perrrgghhh! penat tak payah cakap la. Ni pun nak sambung kemas barang kat rumah baru. Aku cuti hari ni. Terima kasih bos sebab bagi saya cuti harini.

Isnin | 9.33 a.m | hall tingkat atas, rumah baru | ditemani oleh kucing :)

Friday, February 11, 2011

Senyum

Hari ini aku rasa ceria sangat sebab dapat buat ramai orang tersenyum. Semenjak officemate aku bagitaw tentang orang yang menghulurkan salam dapat kebaikan sepuluh kali ganda (correct me if i'm wrong), aku suka menghulurkan salam kepada rakan-rakan yang aku temui. Hasilnya, aku rasa keseronokan bekerja seperti yang terkandung dalam tonggak 12 (cewah! haha) . Environment pun jadi happy je. Di samping ingin menyahut seruan NC, senyum dan amalkan healthy living. Betul lah! Aku rasa seronok bila senyum. Tiba-tiba je lagu malique & najwa - senyum terngiang-ngiang di celah gegendang telinga.

"kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini, kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali, bila kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit " =D

Lepas office hour, aku ajak kawan-kawan main ping pong. Ada satu scene yang buat aku sengih sampai telinga. Main empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Beregu campuran. Aku dah amik bat siap-siap. Tunggu la dua-dua lelaki tu amik bat. Pastu dua-dua lelaki menuju ke arah aku dan berdiri sebelah aku. Maksudnya dua-dua nak satu team dengan aku. Moment tu aku rasa macam pisang goreng kejap. haha. ok, perasan kejap je. In the end, sorang beralah la. Aku tak terer pun main ping pong. Runcit-runcit je. Aku main ping pong bukan untuk wakil jabatan ke apa ke. Cuma nak keluarkan peluh. Itu aje!

Lepas maghrib pulak, aku menuju ke rumah baru. Terserempak dengan abang aku. ngeh3. Gurau-gurau ala kadar sebab aku jarang jumpa abang since dia dah beli rumah baru. Alhamdulillah so far, hampir siap. Tapi masih ada lagi bahagian yang tak siap.. Pelan-pelan la.. Insya Allah mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Masa aku nak gerak balik umah sewa, aku salam abang aku. Aku hulur tangan pastu salam tangan abang sambil letakkan tangan dia kat dahi aku. Salam pesen apa tu pun aku tak taw. Nak gurau sebenarnya. Pastu aku cium la tangan abang aku sambil bunyi mmmmuuuaaaahhhhh kuat-kuat. Abang aku terus tarik tangan dia malu-malu sambil gelak-gelak depan abah ngan mak tiri aku. Aku rasa bahagia saat tu.. Aku sayang family aku.

Akhir kata, senyum la selalu kerana senyum itu satu sedekah :)

nota : dah genap seminggu aku tak dapat main gitar since string gitar aku dah nak putus. OMG aku gian nak main gitar. help me!!