Friday, February 11, 2011

Senyum

Hari ini aku rasa ceria sangat sebab dapat buat ramai orang tersenyum. Semenjak officemate aku bagitaw tentang orang yang menghulurkan salam dapat kebaikan sepuluh kali ganda (correct me if i'm wrong), aku suka menghulurkan salam kepada rakan-rakan yang aku temui. Hasilnya, aku rasa keseronokan bekerja seperti yang terkandung dalam tonggak 12 (cewah! haha) . Environment pun jadi happy je. Di samping ingin menyahut seruan NC, senyum dan amalkan healthy living. Betul lah! Aku rasa seronok bila senyum. Tiba-tiba je lagu malique & najwa - senyum terngiang-ngiang di celah gegendang telinga.

"kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini, kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali, bila kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit " =D

Lepas office hour, aku ajak kawan-kawan main ping pong. Ada satu scene yang buat aku sengih sampai telinga. Main empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Beregu campuran. Aku dah amik bat siap-siap. Tunggu la dua-dua lelaki tu amik bat. Pastu dua-dua lelaki menuju ke arah aku dan berdiri sebelah aku. Maksudnya dua-dua nak satu team dengan aku. Moment tu aku rasa macam pisang goreng kejap. haha. ok, perasan kejap je. In the end, sorang beralah la. Aku tak terer pun main ping pong. Runcit-runcit je. Aku main ping pong bukan untuk wakil jabatan ke apa ke. Cuma nak keluarkan peluh. Itu aje!

Lepas maghrib pulak, aku menuju ke rumah baru. Terserempak dengan abang aku. ngeh3. Gurau-gurau ala kadar sebab aku jarang jumpa abang since dia dah beli rumah baru. Alhamdulillah so far, hampir siap. Tapi masih ada lagi bahagian yang tak siap.. Pelan-pelan la.. Insya Allah mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Masa aku nak gerak balik umah sewa, aku salam abang aku. Aku hulur tangan pastu salam tangan abang sambil letakkan tangan dia kat dahi aku. Salam pesen apa tu pun aku tak taw. Nak gurau sebenarnya. Pastu aku cium la tangan abang aku sambil bunyi mmmmuuuaaaahhhhh kuat-kuat. Abang aku terus tarik tangan dia malu-malu sambil gelak-gelak depan abah ngan mak tiri aku. Aku rasa bahagia saat tu.. Aku sayang family aku.

Akhir kata, senyum la selalu kerana senyum itu satu sedekah :)

nota : dah genap seminggu aku tak dapat main gitar since string gitar aku dah nak putus. OMG aku gian nak main gitar. help me!!

No comments: