Wednesday, June 29, 2011

Entri Buat Mak

Air mata tiba-tiba mengalir deras bila membaca entri Mamat Khalid. Taw tak siapa Mamat Khalid? Ala, yang pengarah movie hantu kak limah balik rumah tu. Sebak sangat bila aku baca entri mengenai pemergian ibunda beliau baru-baru ni. Sila klik di SINI untuk baca entri tersebut. Tiba-tiba aku terpanggil untuk bercerita kisah pemergian arwah ibu aku.

*******

25 Julai 2007, Rabu
Pagi tu aku tengah dalam kelas di UiTM Jengka. Subjek networking. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari kakak.

"Mak tak sihat. Balik la rumah. Mak dah tak boleh jalan."

Aku sentap tiba-tiba. Tak taw kenapa tiba-tiba mak aku dah tak boleh jalan. Sebelum aku balik JB hari tu, aku terus setelkan semua assignment dan presentation. Ingat lagi masa tu aku buat presentation topik khas.

26 Julai 2007, Khamis
Aku dah berada di rumah. Sedih tengok keadaan mak. Masa tu doktor syak kaki mak kena gout. Dah melarat. So, kaki jadi bengkak. Macam kena dena pun ada. Bila tekan je kaki kiri mak guna jari, isi kaki mak tak kembali ke bentuk asal. Seolah-olah membentuk bulatan jari kita menekan. Hari tu aku masak bubur. Aku suap mak dengan penuh kasih sayang. Aku tak dapat menahan sebak bila mak cakap

"Mak dah tak lama nak. Mak dah nak pergi"

Aku tak dapat menyekat air mata. Terus lari ke dapur waktu tu. Aku sangat sedih. Mungkin mak dah dapat rasa. Sedih bila tengok keadaan mak. Pakai pampers. Mandi pun dipapah.

28 Julai 2007, Sabtu
Malam tu, aku tengok mak tak banyak berubah. Aku tengok macam ok. So, aku decide nak balik Jengka esoknya. Dan pada malam tu, aku mimpi mak dah sembuh. Boleh berjalan dan sihat. Aku rasa gembira sebab aku fikir mak akan sembuh.

29 Julai 2007, Ahad
Pagi tu aku bagitaw pak cik aku mengenai mimpi aku. Pak cik hanya senyum seribu makna. Aku pulang ke Jengka pada hari tu. Aku cium tangan dan pipi mak. Aku pesan

"Mak cepat sihat ye mak. Nana sayang mak"

Mak hanya mengangguk.

31 Julai 2007, Selasa
Pagi tu lepas solat subuh, tiba-tiba aku rasa segar. Baring-baring kejap sementara tunggu nak gi kelas Data Structure pukul 8 pagi. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari kakak

"Mak dah tak ada"

Aku terus menangis sebab aku tak sangka yang mak akan tinggalkan aku secepat ini. Aku bingkas bangun dari katil dan memeluk erat Effa, kawan rapat aku sewaktu di Jengka. Masa tu semua terkejut kerana aku meraung tak dapat menahan sebak. Aku terus bersiap untuk ke JB. Sepanjang perjalanan ke JB, air mata langsung tak berhenti. Mengalir deras macam air banjir. Mulut tak berhenti sedekahkan Fatihah buat mak. Aku tak sempat mintak maaf kat mak. Aku tak sempat mintak mak halalkan makan minum aku selama ni.

Mulanya keluarga di JB nak tunggu aku tiba di JB tapi memandang kaki mak mula berair. Bimbang dihurung semut. Aku redha mak dikebumikan awal tanpa aku. Ye, tanpa aku. Bermakna aku tak dapat menatap wajah mak buat kali terakhir. Aku sedih sangat masa tu tapi memandangkan keadaan jenazah, aku redha. Aku tiba di JB dalam masa 5 jam. Biasanya 7 jam. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan aku dari Jengka ke KL dan KL ke JB.

Sampai je kat JB, aku terus dibawa ke kubur mak. Batu nisan mak kupeluk dan kukucup erat. Tanah yang merah aku pandang dengan hiba. Apakah anak mak ni banyak dosa pada mak sampai wajah mak tak dapat anak mak lihat buat kali terakhir? Mak, ampunkan Nana mak. Dalam adik beradik, aku seorang je yang tak sempat nak tengok wajah mak. Takpelah. Aku redha. Asalkan pengkebumian mak sempurna. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah arwah mak aku. Aku doakan agar Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat mereka.

Mak, lepas mak meninggal, Nana selalu bau mak kat dalam rumah. Nana rindu masakan mak. Nana rindu bila mak suka peluk Nana. Nana taw mak selalu baring kat katil Nana bila Nana belajar jauh kat Jengka. Nana taw mak mesti ingat Nana bila mak makan makanan yang sedap-sedap. Mak, Nana hanya mampu sedekahkan Fatihah dan Surah Al-Ikhlas untuk mak hari-hari. Mak, Nana jarang ziarah kubur mak. Mak sedih tak? Maafkan semua dosa Nana pada mak ye. Nana akan jaga abah baik-baik. Nana tak akan sia-siakan abah. Mak, Nana dah dapat kerja yang baik. Terima kasih sebab mak selalu doakan yang terbaik buat Nana. Terima kasih sebab mak selalu bagi semangat pada Nana. Mak ingat tak setiap semester bila exam matematik, Nana mesti call mak sambil nangis sebab takut nak jawab soalan. Tapi, bila lepas call mak, Nana boleh jawab semua soalan tu. Tapi tahun mak meninggal tu, Nana tak dapat call mak sebab mak dah tak ada. Mak tak sempat tengok Nana graduate. Masa hari pertama Nana masuk universiti, mak hantar Nana. Bila dah habis belajar, mak tak jemput Nana sebab Allah dah jemput mak dulu. Mak, kadang-kadang Nana mimpi mak datang. Nana sedekahkan Fatihah untuk mak. Mak, Nana belum ada boyfriend lagi. Tapi Nana tak nak kawen dengan jiran sebelah taw. Dulu masa kecik-kecik, mak ada pakat-pakat dengan jiran sebelah nak kawenkan Nana dengan anak dia. Nana tak nak taw mak. Mak, Nana dah ada mak tiri. Tapi Nana sayang mak lebih. Mak, lepas mak pergi, Nana tak pernah lagi makan sup kincam. Takde sape pun reti masak. Mak, kadang-kadang bila Nana sedih, Nana akan terbayang muka mak. Mak, mak taw tak Nana tak berhenti menangis masa tulis entri ni. Mak, mak baca tak apa yang Nana tulis ni?

Mak, Nana sayang mak.

Hjh Marinah binte Yacoob
19.09.1952 ~ 31.07.2007
Meninggal akibat kuman merebak dalam darah.
Al-Fatihah.

Tuesday, June 28, 2011

Teeth Whitening

Just for the record, harini first time aku bawak kereta Honda CRV bos aku. Gear kat dashboard la. fuuuhh! Cara! Dan aku sedang dalam proses nak putihkan gigi. Gigi aku kuning sebab banyak sangat minum teh ais. Tak taw la berapa lama masa diambil untuk nak putihkan gigi. Aku baru start semalam. Kalau dah putih nanti aku kasi up la gambar gigi aku. hehe. Tapi, baru hari kedua aku macam dah tak tahan. Ubat gigi whitening tu buat gusi aku berdarah. Lepas gosok gigi pun rasa sakit. Adeeehhh. Kesian gusi. Nak gigi putih, gusi jadi mangsa.

Jarum Peniti

Dada kanan ni tiba-tiba rasa sakit. Macam terasa dicucuk-cucuk oleh jarum. Dah rasa since sebelum pergi Hong Kong lagi tapi aku tak cakap dengan sape-sape. Tapi risau jugak sebab sakitnya tak hilang. Tak taw la kenapa rasa sakit. Mungkin kah tu jarum peniti yang aku tertelan masa umur aku 15 tahun? errr. Aku cuba stop minum ais. Tapi sakitnya ada lagi. Adakah ini petanda sakit jantung atau apa. Aku nak pergi jumpa doktor tapi aku malas nak bukak baju bagi doktor tengok apa yang patut. Kalau lah ditakdirkan hayat aku tak panjang, sekurang-kurangnya aku dah hadiahkan sebuah rumah untuk abah. Ye lah, dulu orang insurans pernah cakap, loan ni terbatal jika peminjam meninggal dunia. Kira tak payah bayar lagi. Apa pun, ajal dan maut di tangan Allah. Aku redha dengan semua dugaan dari Nya.

Semalam, aku rasa happy. Rasa tu macam terbawak-bawak hingga harini. Harap-harap perasaan happy ni boleh bertahan hari-hari agar aku dapat mengawal stress. :)

Sunday, June 26, 2011

Super Duper Awesome Day

Since aku balik dari oversea (poyo je ayat), banyak sangat perkara yang berlaku pada aku. Sampai satu tahap tu, aku rasa macam nak cerita semuanya kat blog. Tapi, bila aku fikir dan renungkan, aku rasa macam tak best pulak cerita kat blog sebab aku tak nak benda yang tak best ada dalam blog aku. So, aku nak cerita benda yang best je untuk entri kali ni. Seminggu dua yang lalu, aku memang cuba luangkan sebanyak mungkin masa yang aku ada untuk buat semua benda yang aku nak. Dan aku berjaya merealisasikannya.

Antaranya first time aku makan kat cafe ali (area bukit indah). Paling suka menu dia. Sangat lawak. Penat aku gelak. Nak taw kandungan menu dia? Kena lah datang. Then, first time makan kat tutti frutti. Sedap la ice cream kat sini. Tapi aku rasa macam more to yogurt kot. 100gram RM5.00. That day aku makan yogurt lychee + mango + mashmallow + tah hape lagi kawan aku letak. It's around RM17 per cup lepas ditimbang. Then dapat diskaun sebab bole guna kad jusco. best! Then aku lepak dengan kawan-kawan induksi aku. Main bowling, pool, gi karaoke, lepak mamak pekena roti nan cheese, tidur rumah kawan, main sudoku yang susah gila, main twister masa tidur ( kawan aku peluk aku tak nak lepas - warrghhh lemas. haha), tengok wayang cerita kl gangster (akhirnya tengok jugak!!), first time lunch kat shahab nasi beriyani. Paling best bila gi pasar karat. Yang ni serius best sebab aku rasa macam thrill jalan malam-malam. Angin sejuk pastu lepak dengan kawan-kawan yang masuk air. Perghh gila! Nasib baik ada lelaki yang join, so rasa secure. Kalau takde lelaki mesti kitorang tak gi sebab takut sebenarnya. haha.

Kawan-kawan, thanks for making a super duper awesome day!

Wednesday, June 15, 2011

Entri Pendek Yang Tak Berapa Nak Pendek

Hai. Aku telah selamat tiba di LCCT, KL dari Hong Kong pada 11 Jun 2011 jam 1 pagi. Tiba di rumah jam 7.30 pagi. Penat tak hilang lagi. Sebab tu takde kudrat nak update blog. Gambar pun tak copy lagi. Tengah malas nak bercerita. Aku cuma transfer 1 je gambar dalam laptop aku ni. Yang lain semua dalam memory card lagi. Pengalaman sepanjang lawatan ini akan aku manfaatkan sebaik mungkin. Scene paling tak boleh blah adalah sewaktu aku menawar harga barang menggunakan bahasa Mandarin. Scene paling menyayat hati bila lebih dari lima orang Cina cakap aku cantik. Tak percaya? Ini serius ok. Tolong la percaya. Aku tak pasti sama ada mereka tak pakai cermin mata atau rabun ayam tapi tolong la percaya. Kali ni aje. Ok?


Ni lah satu-satunya gambar yang aku transfer kat laptop =D


Kat atas ni gambar aku dengan boyfriend baru. ok tipu. haha. Ni gambar aku dan driver bas masa kat Hong Kong. Aku berdialog dengan dia dalam bahasa Mandarin masa nak ambil gambar ni.

Aku : "Saya nak ambil gambar berdua dengan awak boleh tak?"

Dia : "Boleh"

Aku : "Awak ni hensem lah"

Dia : "Betul ke?"

Aku : Senyum sambil angguk dan terus naik bas.

Driver tu senyum sampai kitorang turun bas. haha. Tiba-tiba rasa saiko gila. Tiba-tiba suka taste yang macam chinese look. =D

nota : baru aku faham pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Balik JB je aku terus cari nasi lemak dengan teh ais. Oh dem kembang tekak makan menu yang sama selama seminggu. Apa pun, Malaysia memang syurga makanan! Haa lagi satu, tadi aku timbang berat dah turun 3kg. Banyak sangat berjalan kaki masa kat sana. Fuuuhhh!

Friday, June 3, 2011

Away

Harini aku cuti. Nak buat persiapan sebelum ke Hong Kong. Alhamdulillah setakat ni semua dah cukup. Aku tak de kamera je. Puas dah mesej kawan. Mostly tak de kamera atau ada orang pinjam. Tak pe lah, tak de rezeki nak bawak kamera. Kalau ada, ada lah gambar nanti. Kalau tak, menyelit la kat kamera orang. keh keh keh.

Aku akan ke sana selama tujuh hari enam malam. Terima kasih kepada yang doakan keselamatan aku. Thanks for being so caring. I'm so touched. Aku akan rindu abah, mak, kakak, abang, adik, anak sedara, kucing, arnab, bantal busuk, awak, awak dan awak. hehe. Insya Allah kalau ada duit lebih, aku belikan ole-ole la ye.

Haih, excited sangat sebab esok first time nak naik kapal terbang. *big grin* Malam tadi siap mimpi naik flight. hahaha. I really hope that everything will be going smoothly. Aku akan manfaatkan kesempatan yang telah diberikan. Doakan kesihatan dan keselamatan aku & semua yang terlibat.

I'm gonna be thousand miles away from you. Will you miss me? haha. Ayat macam ada boyfriend je. Ok lah, jumpa lagi di lain masa. =)

Wednesday, June 1, 2011

Winding Road

Hari ini aku sangat stress. Tentang banyak perkara. First, aku kena siapkan kerja aku malam ni jugak sebab esok dateline. Aku dalam dilema antara nak siapkan kerja atau gi jamming. So, aku decide nak gi jamming. Mula-mula dah semangat gila nak nyanyi, berkobar-kobar siap print out chord dan lirik, tapi sebab lama sangat tunggu turn, nafsu nak nyanyi tu dah menurun. Berat ke nak tengok Aaron Aziz dan Siti Saleha kat tv3. Dah seminggu aku layan cerita Nora Elena ni. Best jugak. Oleh sebab kawan aku ajak jamming unplugged, aku gi jugak lepas abis cerita tu. Tapi, mood nyanyi tu dah takde. Tak taw nak nyanyi lagu apa. Walaupun guitaris yang main ni terer jugak goreng gitar, mood tu dah takde. Apa pun tak boleh. Tapi kan, aku rasa the best jamming yang aku pernah join adalah yang first time aku jamming. Sebab gitaris tu sangat sangat awesome bagi aku. That's my personal point of view la.

Aku balik sambil nyanyi sorang-sorang atas moto. haha. Suara aku tak sedap tapi aku enjoy. Tengah bawak moto tiba-tiba aku ternampak macam banyak orang berkerumun tepi jalan dekat MPJBT, aku cuba slow dan aku nampak ada moto eksiden. Moto dah dalam keadaan terbaring dan aku nampak ada orang terbaring dihempap moto tu. Shit. Aku rasa mati kot orang tu sebab tak gerak dan orang tak tolong angkat. Mungkin nak tunggu polis atau ambulans Demm. I shouldn't see it. Dah la aku ni penakut. Mau kaki aku menggeletar sampai rumah.

Sampai je rumah, abah bagitaw handphone aku masuk washing machine. Handphone abah cicir bulan lepas. Aku bagi la abah guna handphone dan simkad aku. Tak sempat lagi aku nak gi maxis centre untuk amik simkad nombor lama abah. Handphone aku dah siap kena wash dengan rinse. Dah wangi lagi kena softlan. Cuma tak sempat spin je sebab washing machine aku manual. Ahhh great.

Takde ke apa-apa benda yang boleh buat aku gembira saat ni? Ok fine. Aku nak gi main gitar. Nak buang stress jauh-jauh. Hopefully jap lagi aku dah ok. I'm so uncool today. Nak menjerit laaaaaaaaaaaaaaa! =(