Wednesday, June 29, 2011

Entri Buat Mak

Air mata tiba-tiba mengalir deras bila membaca entri Mamat Khalid. Taw tak siapa Mamat Khalid? Ala, yang pengarah movie hantu kak limah balik rumah tu. Sebak sangat bila aku baca entri mengenai pemergian ibunda beliau baru-baru ni. Sila klik di SINI untuk baca entri tersebut. Tiba-tiba aku terpanggil untuk bercerita kisah pemergian arwah ibu aku.

*******

25 Julai 2007, Rabu
Pagi tu aku tengah dalam kelas di UiTM Jengka. Subjek networking. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari kakak.

"Mak tak sihat. Balik la rumah. Mak dah tak boleh jalan."

Aku sentap tiba-tiba. Tak taw kenapa tiba-tiba mak aku dah tak boleh jalan. Sebelum aku balik JB hari tu, aku terus setelkan semua assignment dan presentation. Ingat lagi masa tu aku buat presentation topik khas.

26 Julai 2007, Khamis
Aku dah berada di rumah. Sedih tengok keadaan mak. Masa tu doktor syak kaki mak kena gout. Dah melarat. So, kaki jadi bengkak. Macam kena dena pun ada. Bila tekan je kaki kiri mak guna jari, isi kaki mak tak kembali ke bentuk asal. Seolah-olah membentuk bulatan jari kita menekan. Hari tu aku masak bubur. Aku suap mak dengan penuh kasih sayang. Aku tak dapat menahan sebak bila mak cakap

"Mak dah tak lama nak. Mak dah nak pergi"

Aku tak dapat menyekat air mata. Terus lari ke dapur waktu tu. Aku sangat sedih. Mungkin mak dah dapat rasa. Sedih bila tengok keadaan mak. Pakai pampers. Mandi pun dipapah.

28 Julai 2007, Sabtu
Malam tu, aku tengok mak tak banyak berubah. Aku tengok macam ok. So, aku decide nak balik Jengka esoknya. Dan pada malam tu, aku mimpi mak dah sembuh. Boleh berjalan dan sihat. Aku rasa gembira sebab aku fikir mak akan sembuh.

29 Julai 2007, Ahad
Pagi tu aku bagitaw pak cik aku mengenai mimpi aku. Pak cik hanya senyum seribu makna. Aku pulang ke Jengka pada hari tu. Aku cium tangan dan pipi mak. Aku pesan

"Mak cepat sihat ye mak. Nana sayang mak"

Mak hanya mengangguk.

31 Julai 2007, Selasa
Pagi tu lepas solat subuh, tiba-tiba aku rasa segar. Baring-baring kejap sementara tunggu nak gi kelas Data Structure pukul 8 pagi. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari kakak

"Mak dah tak ada"

Aku terus menangis sebab aku tak sangka yang mak akan tinggalkan aku secepat ini. Aku bingkas bangun dari katil dan memeluk erat Effa, kawan rapat aku sewaktu di Jengka. Masa tu semua terkejut kerana aku meraung tak dapat menahan sebak. Aku terus bersiap untuk ke JB. Sepanjang perjalanan ke JB, air mata langsung tak berhenti. Mengalir deras macam air banjir. Mulut tak berhenti sedekahkan Fatihah buat mak. Aku tak sempat mintak maaf kat mak. Aku tak sempat mintak mak halalkan makan minum aku selama ni.

Mulanya keluarga di JB nak tunggu aku tiba di JB tapi memandang kaki mak mula berair. Bimbang dihurung semut. Aku redha mak dikebumikan awal tanpa aku. Ye, tanpa aku. Bermakna aku tak dapat menatap wajah mak buat kali terakhir. Aku sedih sangat masa tu tapi memandangkan keadaan jenazah, aku redha. Aku tiba di JB dalam masa 5 jam. Biasanya 7 jam. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan aku dari Jengka ke KL dan KL ke JB.

Sampai je kat JB, aku terus dibawa ke kubur mak. Batu nisan mak kupeluk dan kukucup erat. Tanah yang merah aku pandang dengan hiba. Apakah anak mak ni banyak dosa pada mak sampai wajah mak tak dapat anak mak lihat buat kali terakhir? Mak, ampunkan Nana mak. Dalam adik beradik, aku seorang je yang tak sempat nak tengok wajah mak. Takpelah. Aku redha. Asalkan pengkebumian mak sempurna. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah arwah mak aku. Aku doakan agar Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat mereka.

Mak, lepas mak meninggal, Nana selalu bau mak kat dalam rumah. Nana rindu masakan mak. Nana rindu bila mak suka peluk Nana. Nana taw mak selalu baring kat katil Nana bila Nana belajar jauh kat Jengka. Nana taw mak mesti ingat Nana bila mak makan makanan yang sedap-sedap. Mak, Nana hanya mampu sedekahkan Fatihah dan Surah Al-Ikhlas untuk mak hari-hari. Mak, Nana jarang ziarah kubur mak. Mak sedih tak? Maafkan semua dosa Nana pada mak ye. Nana akan jaga abah baik-baik. Nana tak akan sia-siakan abah. Mak, Nana dah dapat kerja yang baik. Terima kasih sebab mak selalu doakan yang terbaik buat Nana. Terima kasih sebab mak selalu bagi semangat pada Nana. Mak ingat tak setiap semester bila exam matematik, Nana mesti call mak sambil nangis sebab takut nak jawab soalan. Tapi, bila lepas call mak, Nana boleh jawab semua soalan tu. Tapi tahun mak meninggal tu, Nana tak dapat call mak sebab mak dah tak ada. Mak tak sempat tengok Nana graduate. Masa hari pertama Nana masuk universiti, mak hantar Nana. Bila dah habis belajar, mak tak jemput Nana sebab Allah dah jemput mak dulu. Mak, kadang-kadang Nana mimpi mak datang. Nana sedekahkan Fatihah untuk mak. Mak, Nana belum ada boyfriend lagi. Tapi Nana tak nak kawen dengan jiran sebelah taw. Dulu masa kecik-kecik, mak ada pakat-pakat dengan jiran sebelah nak kawenkan Nana dengan anak dia. Nana tak nak taw mak. Mak, Nana dah ada mak tiri. Tapi Nana sayang mak lebih. Mak, lepas mak pergi, Nana tak pernah lagi makan sup kincam. Takde sape pun reti masak. Mak, kadang-kadang bila Nana sedih, Nana akan terbayang muka mak. Mak, mak taw tak Nana tak berhenti menangis masa tulis entri ni. Mak, mak baca tak apa yang Nana tulis ni?

Mak, Nana sayang mak.

Hjh Marinah binte Yacoob
19.09.1952 ~ 31.07.2007
Meninggal akibat kuman merebak dalam darah.
Al-Fatihah.

3 comments:

RedNema (-_-") said...
This comment has been removed by the author.
RedNema (-_-") said...

Stay tough dud. Stay tough.
Aku pernah mengalami keadaan yang sama berlanjutan beberapa tahun.

Here's my story:
Kabur Bercahaya Berterbangan Ep 17

joyah sepot said...

hmmm...semoga arwah ditempatkn bersama2 org yg beriman...aminnnn~