Harini badan kebajikan ofis aku ada buat meeting untuk meraikan staf yang akan bercuti selama tiga tahun dan juga memberikan sumbangan kepada staf yang ditimba musibah. Aku bersimpati kerana rumah staf terbabit dimasuki perompak. Aku harap beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian Allah. Dah la bulan Ramadhan, bulan mulia yang penuh barakah, ada jugak penyangak yang ambil kesempatan. Tadi tengok kat tv3, perompak ditembak mati kat Pulau Pinang. Aku harap sangat perompak-perompak di luar sana insaf bila melihat berita tersebut.
Tadi lepas waktu pejabat, cuaca tak berapa elok. Hujan gerimis. Terpaksa aku tumpang akak dan meninggalkan moto aku kat ofis. Harap-harap moto aku tak kecil hati. Tiba-tiba akak aku cakap nak menuju ke klinik haiwan untuk ambil kucing. Untuk pengetahuan anda, kucing betina aku bernama Dayang disahkan menghidap barah payudara sejak dua minggu lalu dan telah ditahan di wad. Punca barah tu dari anaknya yang membawa virus ke dalam badannya. Baru semalam Dayang menjalani pembedahan dan veterinar memberitahu dia dah mula beransur pulih. Tiba-tiba pukul 3.30 petang, akak dapat panggilan menyatakan Dayang dah tak ada lagi. Kebetulan sahur pagi tadi, anak Dayang yang bawa virus tu pun meninggal dunia. Petangnya maknya pula. Sedih!
Aku sampai di klinik haiwan pada jam 5.30 petang. Dayang telah dibungkus kemas dalam bungkusan. Kebetulan ada kucing yang tengah operation. Veterinar tengah jahit telinga dan hidung kucing sebab bergaduh dengan anjing. Kesian sangat tengok kucing tu. Hidung dah lompong. Telinga koyak. Aduh. Sedih aku tengok. Terus teringat Badai kat rumah. Tiba-tiba nak peluk Badai ketat-ketat. Macam-macam jenis penyakit kucing ada kat situ. Batu karang, selesema, mata terkeluar, telinga putus. Yang comel bulu kembang pun ada. Geram tengok! Semua suka dibelai. Cuma bau kucing yang dah campur aduk buat aku pening plus tadi kena gerimis. Sakit kepala tiba-tiba.
Dayang dah selama ditanam lepas maghrib tadi. Abah dengan akak yang setelkan. Aku perasan Badai murung sebab isteri dia baru je meninggal dunia. Hope everything will be fine soon.
No comments:
Post a Comment