Monday, February 6, 2012

Congrats!

Lamanya tak update entri baru. A few weeks ago, aku tak berapa sihat. Badan lemah, rasa serba tak kena, moody. Plus selesema dan batuk yang tak sembuh lagi. Memang rasa nak tidur je. Aku rasa something wrong with me. Ada gangguan. Setiap hari pukul 3-4 pagi aku akan terjaga dan lepas tu tak boleh tidur lagi. Tu pasal lemau je datang kerja. Cis! Entah apa la yang tak kena dengan aku ni. Aku dah baca ayat suci Al-Quran. Tak jugak terlelap. Sejak bila aku mengalami masalah tidur ni? Oh noooo!

Lepas dah sihat sikit, aku terus buat solat hajat mohon doa agar diberikan kesihatan seperti sedia kala. Alhamdulillah rasa ok sikit sekarang. Aku ada buat solat istikharah hari tu. Aku mohon agar Allah tunjukkan jodoh aku. Dan aku ada mimpi seseorang yang aku kenal. Bila bangun dari tidur, aku duduk atas katil dan termenung. Adakah DIA jodoh aku? Wallahualam. Andai ya, aku terima dengan hati terbuka. Bila aku cerita kat seseorang, dia suggest aku buat solat istikharat 3 kali berturut-turut. Insya Allah nanti aku cuba.

Minggu lepas, aku dapat call dari orang yang uruskan loan kereta aku. Loan aku terpaksa ditunda sebab next month guna gaji skim saraan Malaysia (SSM). So, kena tunggu bulan April 2012 baru boleh proceed. Tak pe, aku redha. Mungkin ada hikmahnya. Kepada kawan-kawan yang tak sabar nak naik kereta baru aku, sabar ye. Jangan gelojoh. Haha. Perasaan aku? Tenang je bila dapat call tu. Sebab aku dah belajar untuk terima kenyataan. Be real.

Sekarang tengah cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Aku gunakan cuti ni dengan sebaik mungkin sebab lepas ni aku akan busy siapkan modul yang dead line nya hujung bulan ni. Aku kena fokus. So, minggu ni ada dua orang kawan melangsungkan majlis pertunangan. Alhamdullilah selesai sudah. Semalam dan hari ni. Semalam kawan sekolah kakak aku merangkap senior sekolah rendah aku tunang. Hari ni best friend aku tunang. Seronok bila kawan-kawan melangsungkan hari bahagia. Bila la turn aku eh? hehe. Aku kenal kawan baru. Adik kepada kawan aku punya kawan. Haha. Pening kan? Gigi that guy sangat cantik. Demm! Aku suka. Bila aku jumpa seseorang, first thing yang aku akan tengok adalah gigi. Hobi. =D

Haa lagi satu. Aku punya busy hari ni sampai lupa nak wish birthday best friend aku! Buruk betul perangai. Anyway, Happy Birthday Yun. Esok kita kuar beli hadiah kau ok? hee~ Sayang kau! Selamat bertunang kepada Filzah dan Satip. Also to my besties, Roziyati dan Fahmi.

Esok genap 3 tahun aku accident. Aku tak pernah lupa tarikh ni. Trauma sampai bila-bila kot?

Semoga perkara yang baik-baik akan menunggu kita semua esok, lusa dan seterusnya. Amin.

Stay happy ok! Spreading positive energy to everyone with love =)

No comments: