Monday, March 5, 2012

Memories

Masa aku sekolah rendah, setiap hari Abah atau Mak akan bukak radio selepas masuk waktu subuh. Siaran radio tu akan memainkan lagu-lagu ketuhanan. Sayup-sayup kedengaran di cuping telinga aku. Setiap hari Abah akan mandikan aku seawal jam 5:30 pagi. Sejuk sampai menggigil-gigil dan berlaga-laga gigi. Kadang-kadang aku pujuk Abah agar aku tak payah mandi pagi sebab sejuk sangat. Aku terpaksa bangun awal pagi sebab sekolah aku jauh dari rumah. Rindu la masa tu. Dan aku sangat rindu suara mak kejutkan aku bangun pagi sewaktu sekolah menengah.


1 comment:

Terbang Bersamaku said...

sy pun rindu zaman sekolah...
skarang bila dah masuk zaman kerja, dna bila masing-masing dah ade lifi sendiri rasa dah mcm rengang dgn member2 dna masa dgn mk ayah pun kurang..=(

lagu nasyid tue buat hati saya rasa sayu...