Saturday, March 31, 2012

Takziah Wahai Sahabat

Tengahari tadi aku tiba-tiba tergerak hati nak check email office. Alangkah terkejutnya bila dapat email dari salah seorang ahli badan kebajikan jabatan mengatakan anak salah seorang staf unit aku telah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Aku terus sebak dan menghubungi rakan seunit. Rupanya mereka dah tahu. Mungkin aku orang terakhir dalam unit yang tahu berita ni. Sentap jugak. Masing-masing dah tahu masa subuh tadi kenapa takde seorang pun yang sms aku maklumkan berita ni? Mungkin ni nampak kecil bagi mereka tapi aku berkecil hati kerana orang dari unit lain dapat sms, kenapa dia terlupa nak sms aku. Tiba-tiba rasa macam tersisih. Ye, aku memang sentap. Kecil hati woi! Nasib baik la aku tergerak hati nak check email. Terima kasih banyak-banyak kepada penghantar email tu. Kalau aku tak check email, mungkin hari Isnin nanti baru tahu.

Alhamdulillah. Lepas dapat berita tengahari tadi lebih kurang jam 12:38pm, aku terus bersiap. Sampai di wad bersalin kelas pertama, HSA jam 2:30pm. Ingatkan tak dapat nak melawat. Syukur sebab masa lawatan untuk hari Sabtu dari 12:30pm hingga 7:30pm. Dapat lah aku melawat staf dan isteri beliau. Alhamdulillah, mereka tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. Kehilangan anak sulung amat memilukan. Tapi, semua ini adalah takdir dan kita tak dapat mengelak ajal dan maut walau sesaat. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Farhan bin Abd Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mac 2012 jam 7:20pm di HSA. Jenazah telah disemadikan di perkuburan Mahmoodiah lebih kurang jam 12:30pm. Takziah buat Rahman dan Husna.

Pada 21 Mac 2012, anak staf jabatan aku meninggal dunia juga. Usia kandungan 7 bulan. Aku turut berdukacita. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Ashraf bin Mohd. Nur. Takziah kepada Puan Sakinah dan suami.

Semoga rakan-rakanku ini tabah menerima ujian Allah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga. Amin.

nota : Aku tidak marah sesiapa dalam unit aku cuma ada rasa terkilan sedikit. Apa yang aku tulis ni datang dari lubuk hati aku dan tak perlu nak dijadikan isu dalaman atau bualan hangat di meja kopi. Aku juga manusia biasa seperti kalian. Punya hati, perasaan dan emosi. Semuanya telah berlaku. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Allah lebih mengetahuinya. Wallahualam. =)

No comments: