Saturday, March 3, 2012

You Made Me Cry

Aku baru lepas sms dengan Ayu. Best friend since sekolah menengah. Dia baru je pulang dari mengerjakan umrah. Saje aku tanya khabar dia. Alhamdulillah dia selamat pergi dan kembali. Aku rasa terharu bila dia teringat kat arwah mak aku masa di Mekah. Terima kasih kerana hadiahkan doa dan bacaan Yaasin buat arwah mak aku. Aku pun saje-saje tanya

"ko ada doakan aku dapat jodoh?"

Dia pun reply

"Aku doakn syg, kt jabal rahmh lg..tmpt p'temuan nabi adam n hawa.. moge kau dpt jdoh yg t'baek, dpt bimbg dunia akhirt.. insya'allh.."

Terus mengalir air mata yang tak dapat aku tahan. Bersyukur sangat sebab kawan masih ingat dan mendoakan yang terbaik buat aku. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Allah kerana memberikan yang terbaik dalam hidup aku.

Ayu, you made me cry. Aku sayang kau.


No comments: