Friday, August 14, 2009

Tajuk Sama

aku buka blog mrblind, tiada entri baru. di sudut kiri page itu, aku lihat blog list nya penuh dengan blog-blog yang baru dikemaskini. aku terpandang tajuk yang pertama.

...PAST, PRESENT & FUTURE...
MARI KITA CEGAH H1N1

aku jadi pelik. sejak bila aku buat entri sebegitu. aku hover tajuk tuh. sah-sah bukan blog aku. aku termenung seketika. bagaimana tajuk blog kita boleh tersama. aku telah menukar tajuk blog dari proudly present nuyuljana ke past.present.future pada awal tahun 2009. faktor yang menyebabkan aku tukar tajuk ialah kerana aku merasakan tajuk lama itu terlalu poyo dan meninggi diri. hahaha.

berhari-hari juga lah sebenarnya aku memikirkan tajuk yang sesuai untuk blog ini. pada malam ilham tajuk tuh sampai, aku berdoa agar belum ada siapa-siapa yang memiliki tajuk sebegitu. nyata hari ini aku silap. mungkin kami mempunyai pemikiran yang sama dalam mengekspresikan kata-kata melalui medium sebegini.

yang paling penting, apa yang hendak aku kongsikan dapat difahami oleh kamu semua. siapa faham angkat tangan. *tee hee*

1 comment:

Keri AlHaj said...

ngeri je kan... kalau ikut jumlah kematian, nagara kita dapat no. 9... tapi kalau ikut peratus kematian, kita no 1... huh... negri sungguh.

apa tindakan pihak atasan?... kalau kat thailand dgn indon, diorang dah mewartakan undang2 pakai mask... dah kira wajib pakai. negara kita ni nak kena sampai masa darurat dulu kot, baru nak arah dgn tegas.