Friday, November 11, 2011

111111

Tarikh harini memang cantik. Memorable dan aku pasti ramai yang nak abadikan tarikh harini dengan perkara penting dalam hidup mereka. Berkahwin, bertunang, melahirkan anak, ambil gambar handphone pada jam 11:11, buat 11 entri dalam blog dan sebagainya. Yang pasti, aku juga ada cerita di sebalik tarikh ini.

Berita gembira? Yes! Alhamdulillah. Rezeki dari Allah Ta'ala. Syukur. Nothing much yang boleh aku coretkan di sini. Cuma aku sedang gila dengar lagu 'Adele - Someone like you'. Lagu ni terngiang-ngiang dalam kepala aku. Again and again.

Kebetulan ex-boyfriend aku menikah harini. Tiba-tiba flash back kisah lama. Tahun 1999, aku darjah enam. 12 tahun yang lalu. First boyfriend aku but kind of puppy love. Couple cuma satu hari. Aku yang mintak putus. Satu hari je couple? Haha. Nama pun budak-budak. Kenapa aku mintak putus? Aku cuba ingat balik. Jap eh. *Thinking* Ok masa tu dah nak hujung tahun. Nak pulang buku pinjaman. Aku terserempak dengan dia kat bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks). Kira bilik ni ada buku teks dari darjah 1 sampai darjah 6. Aku tak nafikan aku memang suka dia. Happy masa tu bila dia declare nak couple dengan aku. Dan aku masih ingat dia ada bagi satu diari. Cantik. Dia kata mak dia suruh kasi. Oh sweetnya! Masa kat bilik SPBT tu, aku tengah nak pulang buku, kebetulan ada ink warna biru dalam bekas empat segi yang buat cop kertas kat atas lantai. Aku tak perasan dan terpijak ink tu. Habis biru stoking aku. Dia gelak-gelak tengok aku cop tikar getah bilik tu. Maybe sebab tu aku bengang dan marah. Terus aku mintak putus. Haha. Bilik fikir balik, memang kelakar. Aku jumpa dia kat facebook a few years ago, dia yang add aku. Dan aku ambil masa yang lama untuk nak approve dia. Sekarang dia dah ada life sendiri. Dah ada isteri. Paling cool bila tengok dia pakai kereta mini cooper. Menyesal? Tak lah. Cuma impressed sebab dia berusaha untuk dapatkannya. Mungkin tak ada jodoh antara kita. It's ok!

Berbalik kepada lagu yang aku tengah so into tu, verse lagu ni sangat sesuai dengan situasi aku

"I heard that you're settled down That you found a girl and you're married now"

Fuuuu! Ok aku tengah belajar gitar lagu ni. And I love this song. Terima kasih kepada yang tolong download kan. This song means a lot to me. I will remember you.

"
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"



Good night =)

2 comments:

Terbang Bersamaku said...

cinta pertama memang kadangkala sukar utk dilupakan..smoga awk akn berjumpa jodoh yg terbaik utk diri awk..=)

ayen =D said...

pergh... nyesal aku tak baca post ko ni lebih awal..
aku dapat rasa kan betapa comelnya kau marah pasal cap kaki dakwat biru tu hehehehe.. comel!!!!!! mesti mamat tu pun sangat ingat kecomelan kau...!!!!

dan.. lagu ni.. pergh.. aku pun sentap gak la..