Saturday, May 30, 2009

Jom Heboh

hari ini dan esok ada jom heboh di Danga Bay. tapi, sekarang ni hujan lebat tak henti-henti. camne aku mau ke sana? jammed itu PASTI. basah kuyup itu satu KEMUNGKINAN. lagi satu hal, apa kes gaji tak masuk lagi. vavi betul la! poket aku ade RM15 jew ni. waaa. aku mau pergi! tak dulik! tak dulik!

nota hujan lebat tiada tanda mau berhenti : sebenarnya aku bukan mau beli barang. aku mau tengok artis. miahaha.

Friday, May 29, 2009

Fringe

sejak kebelakangan ini, aku perhatikan penghasilan entri oleh blogger-blogger terkenal tanah air sudah mula merudum. mungkin mereka sangat sibuk dengan tugasan harian, cuti semester, isteri bersalin atau boleh jadi sedang bahagia bersama insan tersayang dan tiada masa untuk mengeblog.

oleh sebab itu, aku mula hilang bahan bacaan atas talian. *sedih* lalu, aku mencari idea bagi mengisi kekosongan tersebut. yeay! aku sudah jumpa.

aku sangat teruja menonton TV Series Fringe!

barisan pelakon Fringe

till then, daaa~ ;)

Thursday, May 28, 2009

Esei Pertama Saya

saban hari, masalah sosial & jenayah semakin menggila tanpa penyudahnya. dari masalah rempit, dadah, ragut, rogol, liwat, parti liar, minum arak, seks bebas, mengandung anak luar nikah, buang bayi hingga ke kes bunuh. aku belum nampak titik noktahnya. aku rasa balai polis sudah punyai beratus-ratus ribu lembaran laporan & mahkamah sudah seperti alah bisa tegal biasa dengan kes-kes penceraian, pecah amanah, rasuah dan macam-macam lagi.

pernahkah anda terfikir akan semua ini? atau hanya menjadi rakyat yang pasif dan berdiam diri tanpa langsung berikhtiar dan berusaha untuk membendung gejala ini. sebagai rakyat yang bermoral dan berpelajaran, kita sepatutnya membuka mata dan minda. semuanya bermula dari diri sendiri. setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. ini yang perlu kita kaji sebenarnya. bukan hanya menuding jari menyalahkan sesama sendiri dengan hanya bermodalkan air liur dan janji kosong.

dalam kes-kes tertentu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang harmonis. mereka ibarat role model kepada anak-anak. didikan agama, kasih sayang dan penerapan nilai-nilai moral sejak kecil mampu membentuk anak-anak menjadi manusia yang berguna. sebagai contoh, jika ayah seorang perokok tegar, adakah releven untuk menasihati anaknya untuk berhenti merokok? nasihat itu bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus sahaja.

faktor lain yang perlu dititikberatkan ialah rakan sekeliling. rakan adalah antara orang yang paling kerap bersama tidak kiralah di sekolah, pejabat mahupun rumah. silap pilih kawan biasanya faktor yang menyumbang kepada masalah sosial. pujukan dan rayuan membuatkan hati goyah dan lupa diri. mula lah lembaran hidup baru bersama rakan. merempit, kaki clubbing, seks bebas dan macam-macam lagi. yang indah itu hanya sementara. ada sesetengah kes yang berakhir dengan kematian, hukuman penjara, lahir anak tanpa ayah. bila berlaku perkara sebegini, mula lah terbit rasa penyesalan. mengharapkan masa dapat diundur kembali. tapi malangnya, nasi sudah menjadi bubur.

individu adalah faktor terpenting dalam menangani masalah ini. tanpa individu, maka tidak wujudlah serumpun masyarakat. fikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu. berbaloi kah perkara yang bakal kita lakukan itu? jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung. menurut sahaja apa kata orang tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. jika gadis dirayu oleh lelaki, jangan mudah termakan pujuk rayunya. jangan jadi perempuan yang murah dan tiada harga diri. jika anda pernah terlanjur, cepat-cepat lah bertaubat.

kesimpulannya, bersama-sama lah kita berganding bahu melahirkan masyarakat yang bertamadun. jangan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. ingatlah, masa depan ada di tangan kita semua. akhir kata, bebaskan diri dari belenggu sosial.

"apa yang penting, kerjasama! - wonder pets"

Wednesday, May 27, 2009

Ini Serius

aku terjumpa berita tentang Siswi Saman UiTM di laman web MalaysiaKini. aku ada di situ pada malam kejadian.

saranan aku kepada penghuni asrama :
  • jangan mandi pagi-pagi buta seorang diri
  • jangan basuh baju seorang diri especially tengah malam atau pagi buta - student pun takut. tak tahu orang atau makhluk halus yang membasuh baju
  • jangan balik lewat malam (rasanya limit sampai kul 10 @ 11 pm)
  • pakai pakaian yang sopan ketika keluar dari bilik - kalau pakai spageti, pak guard pun telan air liur beb! goyang iman!
  • bawa barang sebagai pelindung diri seperti payung, spray cili, serbuk lada hitam dsb
  • jangan buat setinggan di dalam kolej - kalau nama penghuni tak tersenarai dalam kolej tu, siapa yang nak bertanggungjawab?
  • jangan sesekali membawa teman lelaki atau mana-mana lelaki ke dalam kawasan asrama
  • jika korang menghadapi situasi seperti pelajar tersebut, aku sarankan agar tendang kemaluannya kuat-kuat dan terus jerit sekuat hati.
"prevention is better than cure"

Tuesday, May 26, 2009

Abah, Get Well Soon. I Luv U Very Much!

semalam, aku hepi. makan sepinggan dengan abang. sedap sangat. suda lama tak manja-manja dengan abang. i miss him a lot.

pagi ni, aku a lil' bit down. abah tak sedar dari tidur. aku suda kejut dia. gosok kaki dia, panggil nama abah. abah mengangguk memberi isyarat dia suda sedar. aku tak sampai hati tengok abah mamai-mamai nak hantar adik aku ke tadika. aku bingkas ke tandas gosok gigi dan cuci muka, terus menyarung seluar setan, capai sweater dan kunci. hantar adik ke tadika.

setibanya aku di rumah, aku lihat abah sedang duduk atas sofa. aku tanya

"abah da sedar?"

abah angguk saja.

"abah ok tak? nak i amik cuti? "

abah kata

"tak payah. da ok."

aku terus hidangkan sarapan dan mandi.

sebelum meninggalkan rumah, aku mengucup dahi abah dan suruh dia berehat banyak-banyak. aku sangat risau dengan keadaan abah.

Ya Allah, panjangkan lah usia abah. berikan abah kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. semoga kau melindungi keluargaku. Amin.

Monday, May 25, 2009

Nama Aku Sudah Tiada Dalam List 'King of Kodi'


KACIP, KACIP juga. opis aku tak ada air harini, ape cer? adehh. ni yang buat aku bole dapat batu karang lagi. pape pun, KACIP best!

nota : patutlah pipi hide kan blog archive dalam blog die. aku suda paham sekarang. heh.

Saturday, May 23, 2009

Bio Oil Dan Parut

selepas aku mengalami kemalangan ngeri pada bulan Februari lalu, aku telah bertemu doktor sebanyak 4 kali, doktor mengesahkan kesan kemalangan itu telah merobek wajahku hingga ke lapisan kulit kedua. aku pasrah waktu itu. aku mengalami parut kekal di bahagian muka. wajah comel ku ini telah berubah menjadi hodoh. haih. sumpah weyh masa tu aku down gila. aku rasa sangat-sangat fobia dan hilang keyakinan diri.

mujur ada keluarga dan teman-teman yang sentiasa bersama aku. selepas melihat iklan bio oil di tv3, aku bergegas ke watson untuk mendapatkannya. dengan harga RM32.80 sebotol(botol kecik), aku membelinya dengan harapan ia mampu merubah hidup aku dan mengembalikan semula keyakinan diri.

kini, aku telah menggunakannya selama hampir 4 bulan dan nyata sangat berkesan. jadi, bagi sesiapa yang mengalami masalah parut, aku syorkan agar korang cuba bio oil. Insya Allah, dengan berkat doa dan usaha, segalanya kembali normal.

Alhamdulillah. terima kasih bio oil! :)

bio oil

perubahan selepas 4 bulan

nota parut : kalau nak keterangan lebih lanjut sila lawati www.bio-oil.com

Friday, May 22, 2009

Sarung Selipar

suda dua hari berturut-turut aku terpakai selipar jepun masa nak gi keje. nasib baik aku perasan. dah lah sebelah hitam sebelah putih. aiyark~ ape cer?


nota : aku baru apply keje baru. doakan aku! XD

Thursday, May 21, 2009

Isabella Versi Hip Hop

lagu ni best! i could listen to this song again and again! he he. ;)

Download Joe Flizzow Ft. Amy - Isabella

Isabella adalah (cinta)
kisah cinta dua dunia (ku mencintainya seperti)
mengapa kita berjumpa,
namun akhirnya (namun)
terpisah…

ku mencintainya seperti
ku mencintainya seperti
Laksamana Tuah dan Gusti Putri Retno Dumillah
untuk dia ku seberangi selat
bertemu sewaktu menaiki satu pesawat
pada mula suaranya buat ku hampir tewas
dan bila ku lihat wajahnya ku benar hampir tewas
sungguh wajah cantik mata pernah melewat
kapal terbang berlepas
ku langsung beralih tempat
dia mengizinkan ku duduk di pinggirnya dengan sopan
memperkenalkan dirinya sebagai Isabella
senyumannya ramah, pertuturannya manja
waktu kami bicara
waktu tinggi diantara Kuala Lumpur dan Jakarta
ku telah jatuh cinta
dan dia pun juga
bulan jatuh ke riba,
suka sama suka
walau apa halangan atau pancaroba
ku tetap kan coba
demi Isabella…

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza

ku mencintainya seperti
dia cintaku yang pertama
seperti dia yang ku ingin tua bersama
setelah ku menunggunya untuk sekian lama
melengkapkan ku bagai lagu dan irama
setiap detik di Jakarta
ku disampingnya
dan dia disisiku
bagai isi dan kuku
kita berdua tahu
walau ramai mengganggu
kasihnya tetap utuh dan bertambah kukuh
jadi (jadi)
kita mula berbisik lebih dekat
genggam tangan lebih erat
tubuh dipeluk lebih kuat
disinari bintang-bintang diangkasa lepas
tidak mahu lelapkan mata walau malam pun dah lewat
hatiku ditambat bidadari
dan bila waktu ku harus pulang ke tanahair
di ruang menunggu dia katakan padaku
cinta, tungguku di Kuala Lumpur (yeah)

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza

ku mencintainya seperti
Uda mencintai Dara
ku perlukannya bagai ku perlukan udara
seperti hamba yang menunggu angin lalu
namun, ku merasakan dirinya amat jauh
pencarianku seperti meraba dalam gelap
ku menantikan panggilannya
siang dan malam
kemudian tiba hari suaranya di gagang
perbualan pilu yang bermula dengan sayang
walau kau ku cinta untuk selamanya
kita tidak bisa berdua bersama
dan jika kau kasih
jangan tanya mengapa
kerna hatiku merana dan ku jua duka
berakhirlah kisah cinta yang terlarang
kita cuma manusia hanya bisa merancang
sebak di dada masih terasa hingga kini
untuk dia ku nyanyi lagu ini (yeah)

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza
cintaku gugur bersama daun-daun kekeringan
moga dibukakan
pintu hatimu untukku
akan terbentang jalan
andainya kau setia
oh Isabella…….

Wednesday, May 20, 2009

Kokokaina!

Zee Avi a.k.a kokokaina ialah penyanyi dan penulis lirik yang berasal dari Malaysia. *woot*
Bakat beliau telah dicungkil melalui You Tube. Kini, beliau telah menghasilkan album di US yang baru dilancarkan semalam (19 mei 2009). Genre lagu beliau lebih kepada jazz & blues . Antara lagu yang sedang hit sekarang ini ialah bitter heart, honey bee dan just you and me. anda boleh lawati laman web rasmi beliau. Kalau nak dengar sendiri lagu-lagu beliau bolehlah layari ke myspace beliau. Apapun, tahniah aku ucapkan atas kejayaan beliau mencipta nama di luar negara.



nota : i like this song. how bout u? ;)

Jom Mengular!

kalau korang ada masa lapang, bolehlah cuba edit gambar secara online. mudah dan seronok.

selamat mencuba! :)

nota : kalau ada laman web yang best, kongsi-kongsi la ye? sharing is caring! hee~

Tuesday, May 19, 2009

Stokin, Socks Dan Kaus Kaki

aku nak tulis entri ni dari bulan lepas tapi asyik terlupa je. opis aku ada dua buah surau. satu untuk kaum adam dan satu lagi untuk kaum hawa. aku tidak mau bercerita tentang surau kaum hawa tetapi aku ingin bercerita tentang perasaan aku bila melalui luar pintu surau kaum adam.

untuk pengetahuan korang, ramai lelaki kacak yang menggunakan surau ini untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. itu bukanlah satu masalah buat aku. perkara yang membuatkan naluri aku membuak-buak ingin menceritakan pada korang adalah apabila pintu surau itu terdedah dan mengeluarkan bau yang sangat tidak enak.

dari mana datangnya bau-bau itu? aku syak ia datang dari bau kaki atau bau stokin kaum adam. kenapa lah tempat suci dan juga rumah ibadat mempunyai masalah sebegini? tempat kita beribadah dan sujud kepada Allah berbau busuk. aku rasa bau stokin tu da melekat dan meresap ke dalam karpet surau sampai bau air freshener automatik perisa oren sudah tak bau langsung. haih.

ada lagi satu cerita. aku alami sendiri benda ni. waktu itu, aku berada di KL untuk training. semua programmer jabatan aku hadir dan kami conquer 1 level hotel. ada 1 perkara yang buat aku tak pernah lupa. bau stokin yang menusuk hidung. dah lah hotel tu berhawa dingin. apa gila si polan boleh letak stokin yang sudah bape tahun tak basuh itu di tepi pintu hotel. lepas tu, pintu nya disendal dengan door lock. semua keluar bilik hotel dan memuncung dan menutup hidung sambil tanya antara satu sama lain,

"stokin sape yang bacin ni??"

si polan boleh buat dang macam muka orang tak bersalah! dem! bau memang gampang busuk gila. malam tu, semua tidur kesat minyak cap kapak kat hidung. ada yang sampai migrain. kalau korang berada di tempat aku, apa agaknya korang buat? hmm..

jadi, saranan aku kepada kaum adam, sila cuci kaki anda bersih-bersih. jangan pakai stokin sampai seminggu tak tukar. kalau ada event yang kena buka kasut, better kalau buka stokin dan cuci kaki dulu. potong kuku kaki kalau sudah panjang. jangan bela kuku. ia ibarat memelihara sekandang babi [lagi]

nota stokin busuk : kebersihan adalah sebahagian daripada iman. kalau pengotor macam ni, makwe pun boleh lari weyh!

*sekadar renungan bersama*

Monday, May 18, 2009

I hate nitemare!

jam 04:37 a.m, aku tersedar dari tidur serta merta. dem! aku mimpi ayah aku meninggal lagi! kali ni, ayah aku lemas di sebuah laut. siap ade tarikh lagi. 1 jun. ya, aku masih ingat lagi aku berdialog bersama ogy (teman rapat aku).

"dekat je kan jarak tarikh ayah ngan mak aku meninggal. ayah aku 1 jun. mak aku 31 julai." kata aku.

ogy hanya diam membatu. tiba di bilik pembedahan, tiba-tiba ayah aku bangun dari troli mayat.

terus aku bangun dan beristighfar. sungguh pelik kerana sebelum tidur aku sudah baca doa tidur dan 4 qul. kerana terlalu takut, aku memeluk dan mencium ayah aku sebelum dia menghantar adik aku pagi tadi. semoga Allah sentiasa melindungi ayah aku.

nota : aku taw ayah aku tak reti bukak internet, aku hanya mau dia taw yang aku sangat sayang dia. :)

Saturday, May 16, 2009

#Hari Guru

Peringatan : entri ini aku gunakan kata ganti diri "saya" kerana menunjukkan perasaan hormat kepada bekas guru-guru aku. gila apa nak guna aku ko! heh!

pertama sekali, saya dengan amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua insan yang bergelar guru. terima kasih yang tak terhingga kepada kalian atas jasa yang tak terhitung banyaknya dalam mendidik saya sehingga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. dengan wujudnya komuniti guru ini telah membimbing saya sehingga pandai membaca, mengira, mengira, mencipta puisi yang puitis, mengenal sejarah, fasih membaca Al-Quran, mengenal dan mahir menggunakan alat teknologi terkini dan tidak lupa menggunakan bahan-bahan sains seperti penunu bunsen, mikroskop dan jam randik. hee~

saya amat bersyukur kerana sewaktu sekolah, saya adalah pelajar yang sangat aktif bergiat dalam bidang seni, sukan mahupun akademik. tidak hairan lah jika semua guru yang saya hubungi tadi masih mengenali nama saya. saya amat gembira kerana guru masih menyimpan saya dalam hati mereka. arigato!

saya titipkan lagu ini untuk semua guru.

Happy Teacher's Day!

here we are again
to celebrate this special day
thanking all the teachers
who sacrifices for us

through pain and shedded tears
and never ending lectures
through thick or thin no matter what
they've given us the best!

c/o confident and dicipline
the nation best "lao tze"
they yelled they scold
but keep in mind
they do it for our good

the medicine of all heartache
and mend of broken heart
the warmth and help
we get each day
it's enough to tell they care.

song & lyric by : yeoh li-ann a.k.a bobo (x-smkk koir teacher)

bigfoot note : to mrs bobo, congrats for the pregnant news! i'm really happy for u. luv u so much bah! XD

last but not least, i wanna apologize for any mistake i've made. please forgive me. without your guidance, i'm useless! thank you. terima kasih. xie xie. kamsa hamnida. arigatou gozaimasu. shukran jazilan.

Fin.

Thursday, May 14, 2009

Personal Loan!

aku ada satu masalah. aku nak buat personal loan. tapi aku tak tahu nak buat kat bank mana sebab banyak bank dah bekukan pinjaman untuk pekerja swasta. ada sapa-sapa nak kasi cadangan tak? kalau boleh biarlah yang interest rendah, sebab aku tak ada sugar daddy untuk tolong bayarkan.

Wednesday, May 13, 2009

Sejarah Mungkin Berulang!

hari ini dalam sejarah, peristiwa 13 mei.

kata tomok, sejarah mungkin berulang. aku cemas.

Tuesday, May 12, 2009

Setahun Jagung!

arini genaplah setahun aku bekerja. hee~

Semalam Aku Doakan Mak, Malam Tadi Aku Mimpi Mak, Aku Syak Doa Aku Dah Sampai Kat Mak!

subuh tadi, aku telah bermimpi. bukan mimpi basah tapi mimpi seram. aku cuba ingat kembali kronologi mimpi aku.

babak awal aku tak boleh nak ingat la. yang aku boleh ingat aku ada kat suatu kampung sedang bertarung dengan tiga ekor ular yang ingin mematuk aku. then, aku libas dengan parang dan racik sampai putus.

tiba-tiba ayah aku meninggal. yang peliknya kenapa jenazah ayah aku ada dalam botol dan ada rempah bau wangi-wangi kaler coklat? aku siap cium rempah tu, memang sah rempah masa kapankan mayat. pelik dah ni.

aku tengok di luar jendela, dan-dan je luar umah aku ada laut. sumpah cantik sebab nampak matahari baru nak terbit. aku terdengar mak aku tengah blender lada.

"mak, i sedih la. i nak peluk u" kata aku.

"nape na?" jawab mak dengan nada memujuk.

aku terus peluk mak dari belakang dan menangis. sekelip mata je aku tersedar. 05:43 a.m . aku terasa kelopak mata aku basah. memang sah, aku menangis betul-betul.

aku sangat rindukan mak. best nya kalau dapat peluk mak hari-hari. aku kehilangan mak seawal usia 20 tahun. aku harap mimpi tadi hanyalah mainan tidur kerana aku belum bersedia untuk kehilangan seorang lagi insan tersayang.

nota mimpi : aku dah beberapa kali mimpi ayah aku meninggal. adakah itu suatu petanda atau sebaliknya? -_-"

Monday, May 11, 2009

Doa Buat Ibu~

hari ibu tahun ini, aku tak berkesempatan untuk menyambut hari ibu. jika anda di luar sana bergembira meluangkan masa bersama ibu tersayang atau mungkin tidak mengendahkan kewujudan hari ibu, aku di sini hanya sepi tanpa sebarang ucapan. aku hanya mampu memberi hadiah berupa bingkisan doa buat bekalan ibu di sana.

"Ya Allah, semoga engkau mengampunkan dosa-dosa ibuku. jangan kau sempitkan kuburnya. jangan kau biarkan haiwan berbisa menggigitnya. sejukkanlah kuburnya. tempatkan ibu di dalam syurga firdausmu Ya Allah. moga ibu mengampunkan dosa-dosa anakmu ini. terima kasih kerana telah mengandungkan,melahirkan,menjaga,mendidik,membesarkan serta memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi buat anak-anakmu. selamat hari ibu. dikau lah ibu ratu hatiku. hadirmu menjadi penyeri, pergimu tiada pengganti."

Friday, May 8, 2009

Ragut Beg Nyawa Melayang!

kes ragut semakin menjadi-jadi saban hari. tiga orang mangsa berlainan lokasi telah menjadi korban angkara peragut yang tidak berperikemanusiaan dalam tempoh 48 jam. apa sudah tiada kerja halal lagi ke di Malaysia ni?

apa perlu kita panggil wonderpets untuk selesaikan masalah ini? oh, tidak! ini serius. sila berwaspada. jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya.

  • jangan pakai beg silang, pouch bag atau letak beg dalam bakul bagi penunggang motosikal - tolonglah jangan degil.
  • jangan pakai barang kemas macam mami jarum - aku taw la ko kaya. mau mati ka?
  • bagi pejalan kaki, sila jalan bertentangan arus kenderaan - cara camni boleh nampak kalau ada tindakan mencurigakan
  • jangan tayang wang tunai pada orang lain - orang macam ni la peragut sayang
kepada mereka yang baru bercita-cita mau jadi peragut, fikirlah apa perasaan anda bila ahli keluarga anda diragut. jangan sampai aku suruh blogger terkenal tendang rusuk ko!

Thursday, May 7, 2009

Aku Mau Debik Itu Bongkah!

pagi tadi, aku baca entri tasik merah pasal rubik, dem! aku memang masih berusaha untuk solvekan dua rubik aku yang kat rumah tu. sudah 6 bulan aku putar belit, masih tak siap lagi. kadang-kadang otak aku jadi tegang bila main benda ni. aku rasa mahu kawen dengan lelaki yang terer main rubik. kompem otak aku takkan tegang lagi lepas ni. amacam? ok tak idea bodow aku ni? heh.

Wednesday, May 6, 2009

Pagi Ini Ada Pelangi~

on the way nak sampai opis tadi, ujan panas. aku agak risau sebab kompem aku kene ujan. tapi, kerisauan itu lenyap bila aku nampak pelangi. ah, suka nye! hee~

pesal arini jem teruk eh kat skudai n senai? adoiii!

Tuesday, May 5, 2009

Entri Pertama Di Bulan Mei~

sudah lama aku tidak update blog. bukan malas, aku ketandusan idea. end up, aku leka baca blog orang lain. kepada mereka yang aktif ber-blog-ging, teruskan berentri. aku akan menjadi pengomen setia. betul ke ayat aku ni? ha ha.

sedikit update mengenai aku;

semenjak dua menjak ni, aku rasa bahagia sangat, bukan sebab aku dah ada boipren, mungkin Allah telah melimpahkan sinar kebahagiaan dalam rumah aku. alhamdulillah. :)