Tuesday, May 12, 2009

Semalam Aku Doakan Mak, Malam Tadi Aku Mimpi Mak, Aku Syak Doa Aku Dah Sampai Kat Mak!

subuh tadi, aku telah bermimpi. bukan mimpi basah tapi mimpi seram. aku cuba ingat kembali kronologi mimpi aku.

babak awal aku tak boleh nak ingat la. yang aku boleh ingat aku ada kat suatu kampung sedang bertarung dengan tiga ekor ular yang ingin mematuk aku. then, aku libas dengan parang dan racik sampai putus.

tiba-tiba ayah aku meninggal. yang peliknya kenapa jenazah ayah aku ada dalam botol dan ada rempah bau wangi-wangi kaler coklat? aku siap cium rempah tu, memang sah rempah masa kapankan mayat. pelik dah ni.

aku tengok di luar jendela, dan-dan je luar umah aku ada laut. sumpah cantik sebab nampak matahari baru nak terbit. aku terdengar mak aku tengah blender lada.

"mak, i sedih la. i nak peluk u" kata aku.

"nape na?" jawab mak dengan nada memujuk.

aku terus peluk mak dari belakang dan menangis. sekelip mata je aku tersedar. 05:43 a.m . aku terasa kelopak mata aku basah. memang sah, aku menangis betul-betul.

aku sangat rindukan mak. best nya kalau dapat peluk mak hari-hari. aku kehilangan mak seawal usia 20 tahun. aku harap mimpi tadi hanyalah mainan tidur kerana aku belum bersedia untuk kehilangan seorang lagi insan tersayang.

nota mimpi : aku dah beberapa kali mimpi ayah aku meninggal. adakah itu suatu petanda atau sebaliknya? -_-"

8 comments:

terrarosa said...

Sis Terra sangat bersimpati dengan mereka yg kehilangan ibu/mak ketika baru nak kenal hidup, tak kisah lelaki atau perempuan , manjanya dengan mak , tersangatlah lainnyer dengan manjanya dengan ayah,
tapi bila ayah sis Terra yg pergi dulu...
sampai hari ini terasa rindunya.

lain orang , lain pula dugaannya,
tapi kita sepatutnya bersyukur, sebab kita masih ada salah satu darinya kan ?

nuyuljana said...

betul sis!

:)

alhamdulillah.

zairi said...

okeh..aku baru lepas tilik pakai lidi tadi.daun trop pun manjang ke lekuk.x pe.aku x ambik upah tilik tu.mengikut watak2 tu,selalu nya si arwah mintak di sedekah kan Yassin.selalu nya,kita akan mimpi siarwah tampa dia berkata2.cuma dia kasi bodilanguage je.yang pasal 3 ekor ular yang kau dok pegi cantas tu apsal?tu jodoh tu wei!!x pasal2 hilang jodoh.x pe.mungkin tu jodoh jahat.tapi,ayah ko tu memang umur panjang.jangan risau.doa bebanyak.

nuyuljana said...

huhu.

hope ape yang ko cakap tuh betul.

thanks sebab tilik mimpi aku.

xsangka ko ahli nujum.

hee~

Kapten Luffy said...

takut pulak aku

nuyuljana said...

hidney - thanks! :)

luffy - siyes la lanun takut? ha ha.

xull said...

Sorry for ur loss. We're human. And we are not immortal. pemergian beliau adalah petunjuk yg kita dah kuat utk hidup tanpanya. Stand up and keep walking.


p/s: Aku pnh mimpi ular gak. Tp , dlm mimpi tu aku yg patuk ular tu. Ntah2 ular tu yg nak jumpa jodoh beliau kot. Hehe.

nuyuljana said...

ahahahaha.

aku syak jodoh ular tuh da sampai.

tahniah sebab ko boleh patuk ular.

muahaha.