orang selalu kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. kata aku pula kerana makanan perut terseksa! haih. aku tak dapat tidur nyenyak pagi ni. bukan sebab teringatkan siapa-siapa atau imsomnia, tapi sebab perut aku meragam. berdondang sayang dari jam 12.15 pagi. dia punya memulas macam aku pulas pulasan gamaknya. aduh! otak aku serabut sebab takut termimpi ke bilik air tetapi sebenarnya terkencet di atas katil. choi!
hingga saat ini, aku sudah berulang-alik ke bilik air sebanyak sembilan kali. fuh. letih. benci bila sakit macam ni. aku tak boleh nak bergerak ke sana ke mari. komitmen aku pada tugas harian juga sudah hilang entah ke mana. kenapa aku tak ambil MC? hurm. entah la. kerja kat office ni melambak. belum terfikir pun nak bercuti. korang semua pun tahu kan, aku sangat serius dengan kerja aku. hee~
jam tiga pagi aku cari uncang teh mau bikin teh pekat. tak jumpa. aku bedal je la teh strawberry mango jenama twinning. aku terus sambung tidur. jam lima pagi, bangun lagi. kebetulan keluarga sedang bersahur, senang lah aku nak tanya uncang teh kat mana. kali ni baru kaw teh nya. aku cari pocai tak jumpa. haih. aku pelik kenapa aku je yang kena sakit taik ni. apa pasal yang lain ok je? aku cuba ingat balik apa yang aku makan masa berbuka malam tadi.
kari ikan + sayur petola + udang + sambal belacan binjai campur epal hijau + cekodok pisang + jemput-jemput udang geragau + milo o + teh o + air durian belanda masak pokok = sakit taik!
aku syak sambal belacan tu yang bikin aku jadi sebegini. kalau tak baik juga harini, aku MC la besok.
7 comments:
mmg xbley blah klu sakit perot a.k.a cirit birit nyh....
paling terok t...
dehydration...!
so..minum air byk2 ok....
mmg bagos guner petuer minum teh pkt tuh..
* teringat mser orientasi bru2 nyh wa pon kner cirit birit. terseksa owh!
kari ikan + sayur petola + udang + sambal belacan binjai campur epal hijau + cekodok pisang + jemput-jemput udang geragau + milo o + teh o + air durian belanda masak pokok = sakit taik!
mak ai nie owang ker biawak nie..nie macam punyer menu boleh mati nie.. kene sakit perut pun kira tahap 1 jer nie...
perut halus ni..
uihh.. menu takleh blah. tu yg sakit tuhh. haha..
minum air masak a bebanyak. cuci balek.
banyaknya ko makan
hahaha
ni ko MAKAN ker..ko MENKETEDARAH nuyul uit....
hahhahhhaa......semoga cepat sembuh...
najwa - yup. memang tgh xbley blah la ni. hehe.
ayam - hahahahaha..!! aku bukan mkn sepinggan hantak pun. seketul dua je. XD
aloy - perut aku halus? bia betik?? bila hang check? haha.
i-sya - menu time puasa memang lain macam weyh. dia punya napsu nk makan mcm2.
luffy - aku xkuat makan. makanan tu yg banyak. muahaha.
yanie - ceh. ni lebih kepada mencekik muntah ke darah la aku syak. XD
Post a Comment