"comel jugak aku ni." kata aku di dalam hati.
hahaha. ok. aku bosan. tak de mood nak kacau adik. tetiba semalam rasa sayang kat semua orang. nak buat baik aje. aku siap ajar adik aku mengeja dan menulis ayam, burung dan kuda.
adik aku tanya "nak taw tak camne bunyi burung merpati?"
aku layan je la. bunyinya xde rupa burung langsung.
aku pulak tanya "camne bunyi burung murai?"
dia bunyi macam burung gagak. haih. aku terus bersiul ala-ala burung murai.
"oh, bunyi macam burung kak yati tu eh." kata adik aku.
"memang la. burung kak yati tu burung murai la." jawab aku.
"ooooooo" jawabnya ringkas.
"camne bunyi burung mamat?" tanyaku.
"shhhhhhhhhhhh.." jawabnya sambil memuncungkan bibirnya.
"owh, camtu bunyi nya." jawabku sambil tersengih-sengih.
*********************
aku capai komputer riba, cucuk external hard disk, aku layan cerita korea. a moment to remember. sapa tak tengok lagi baik gi tengok. cerita ni tahun 2005. dah lama tapi aku suka sangat. tak taw la dah berapa ratus kali aku tengok cerita ni. walau dah taw jalan ceritanya, aku tetap menangis. nak dekat sekotak jugak tisu habis.sinopsis
cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bertemu dengan seorang lelaki. pertemuan mereka sangat menarik. hanya kerana minuman tin coca-cola. gadis itu baru sahaja ditinggalkan kekasih hati yang sebenarnya juga suami orang. mereka berkawan, bercinta dan berkahwin. hingga pada suatu hari, gadis itu bertemu dengan pakar neurologi. gadis itu mula lupa-lupa ayam setelah rambutnya ditarik oleh isteri bekas kekasih hatinya itu tak lama dulu. saban hari, penyakit lupanya bertambah serius dan doktor mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit alzheimer. lelaki itu tetap menyintainya walaupun gadis itu sudah lupa akan dirinya.
nota : bestnya kalau suami aku macam lelaki dalam cerita tu. romantik, sweet, cool. aku tidur sambil peluk bantal peluk erat-erat membayangkan muka
5 comments:
ok wa nak mintak royalti..
skung...
haha.
nape lak?
mcm2 bunyi 'burung'
memang ko comel jangan le ko riso ya...
menyesal karang ko tulis nama ayampinko tu.
kakakaka
Post a Comment