Tuesday, July 28, 2009

Saksi

pagi ini, sedang aku menunggang kuda di jalan raya, aku berdepan dengan situasi yang luar biasa. kemalangan yang berlaku di depan mata sendiri membuat aku tergamam seketika. betul-betul berhadapan dengan bus stand taman sri putri, skudai, kelihatan ada kuda yang masuk ke lorong sebelah untuk mengelak bertembung dengan bas awam yang keluar ikut suka hati mak cik dia. kuda itu nampaknya tidak sengaja telah bertembung dengan kuda lain. berlaku pelanggaran kenyal sebentar. hampir sahaja kepala salah seorang digilis oleh kereta waja dan bas!! aku yang tidak jauh dari situ menghentikan kuda seketika dan terus datang memberikan bantuan. aku sangat bersyukur kerana Malaysia kaya dengan masyarakat yang bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling. ramai sangat yang datang membantu. kemalangan berlaku di tengah-tengah lorong membuatkan keadaan lalu lintas sesak sebentar. itu kali pertama aku rasa berdiri di khalayak ramai menghulurkan bantuan. aku lihat di hadapan aku ada banyak sangat kereta, lori pasir dan bas. aku rasa tindakan aku membantu mangsa adalah tindakan yang betul. jadi, kepada mereka di luar sana, jika lihat ada kemalangan berlaku di depan mata, jangan hanya melihat. bantulah mereka kerana sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan. mereka juga tidak meminta berlaku sedemikian. aku juga pernah mengalami perkara ni. terima kasih kepada abang-abang yang bantu masa aku kemalangan dulu.

nota : i was inspired after watching 3R on tv3. it leads me to think positive in anyway! ;)

13 comments:

k.e.r.i. said...

kuda?

bokbon said...

sri putri? apasal tak melencong ke utm dulu. boleh pekena teh, hehe..

bagus tindakan lu, berani. tak ramai wanita yang boleh buat gitu tahu?

nuyuljana said...

keri - hehehe. kudaku lari gagah berani. :)

bokbon - thanks. neway, aku keje kat utm-mtdc. dekat jew ngan utm. org nk blanje ckp demam aritu. lalala~

Royal Butter said...

aku syak diorang tolong ambk nombor jer tue. takpun gadis yg eksiden.

nuyuljana said...

butter - hahaha. ko macam da biasa buat je. yg eksiden tu dua-dua lelaki. sorang melayu dan sorang india. tiada gadis yg terlibat dalam kemalangan tersebut.

Royal Butter said...

confirm diorg gay!
damn!

bias® said...

yeah! satu malaysia!

naz said...

wow :) anda hebat

nuyuljana said...

butter - sejak kerja kerajaan, rajin ko fitnah org eh. lalala~

bias - ya, 1 Malaysia. :)

naz - hehe. thanks. anda juga hebat dalam mencipta puisi!

mrblind said...

kena ada lesen tak nak bawa kuda lu tu..

Basuh Baju said...

kuda ni dah sunat blom? haha

DaliaLiyana said...

diorg gay ek?? eee..nape lek jd cam tu?

ayampinko said...

kuder nko nie ader road tak tak..?