Friday, July 24, 2009

I'm Back

pagi semalam pada waktu sekarang, aku berada di dalam bilik mesyuarat di sentul. sekarang ni aku suda berada di atas kerusi opis di jb, the place where i belong! yeay! semalam aku berjalan-jalan di kl bersama opismate aku. kami berdua memang tak kacip dengan kl tapi kami redah je. aku tak tahu nak jalan mana, so aku tahan teksi. mula-mula nak pergi chow kit, lepas sembang gedebak-gedebuk dengan pemandu teksi tuh, kami buat keputusan untuk ke masjid india. pemandu teksi tu kata banyak kain baju jual kat sana. ok set! on la kiranya.

sampai dekat masjid india, dia turunkan kami kat tepi jalan, tambang teksi kami rm18. dari plaza sentul ke masjid india. bapak mahal gila. aku syak dia tipu kami. pusing entah kat mana-mana je. cilakak betul. aku pusing-pusing masjid india macam pelancong. serius weyh, aku memang tak tahu langsung tempat ni, pi mai pi mai tang tu. hahaha. seronok gak la sebab dapat beli kain pasang untuk buat baju raya. kami shopping lebih kurang tiga jam kot. sampai kaki aku keluar asap. hahaha. melecet tapak kaki aku. adoi. suda pukul tiga lebih baru perasan kami belum lunch. patut la kebulur lain macam. cari punya cari kedai makan, tak jumpa! yang aku jumpa tudung, baju, tudung, baju. haih.

jalan depan sikit nampak kamdar, pandang depan nampak bangunan kwsp. dari tadi aku nampak bangunan tuh. dem! aku suda tak tahu nak ke mana. end up, opismate aku tanya abang rambut corn roll, die cakap ade kfc dan a&w. dia bagi direction dan kami terus sambar kfc. lapar weyh! aku pekena toasted twister. boleh tahan sedap. lepas melempiaskan nafsu makan, kami tahan teksi terus ke puduraya. aku selamat sampai di rumah pukul lapan lebih. pukul sembilan setengah malam, aku suda tidur. fuh, rasa macam suda sebulan tak jumpa itu katil. enak tahap dewa.

12 comments:

khairi yusof said...

lo...tak gtau ada kat KL ritu.len kali gtau la..ish2..
kan da kena tipu teksi:-P

nuyuljana said...

ceh. i da msj u. tp u xreply. i just assume u bz la. tu yang malas nk bgtaw. ;p

k.e.r.i. said...

apsal lu tak roger gua?

nuyuljana said...

dah lu cakap lu pegi JB. hahaha.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

selamat pulang ke tanah air...
hahahhaha

bokbon said...

ohoi..keje kuat rupanya, mesti gaji banyak.

apa sangat la kalau setakat nak belanja gua kenny rogers, hehehe!

nuyuljana said...

yanie - hahaha. i xg luar negara pun. =))

bokbon - gaji xbanyak mane pun. tp kalau mau blanje mcd, bole la. blanje kenny rogers kene tgu lg sthn dua. hahaha. ;p

khairi yusof said...

lo..i xde kedit lol..lagipun bese la student.ada esemen skit.ingatkan u msj bese2 je..uh..
dah basi coklat i beli untuk u..kire i mkan je la ek??hahaahahhaa

13may said...

mahalnya tambang teksi tuh

bokbon said...

tak boleh la, sekarang tengah demam. uhuk! uhuk!

ayampinko said...

hem nasib baik la sampai..
nak datang kl.. halo2 la..
at lease ramai yangboleh tunjuk jalan..
hengget..
baik naik LRT..lagi murah

nuyuljana said...

krie - ceh! beli coklat lain laaaa!!

13 may - mentang2 sy xfamiliar ngan kl, dia amik kesempatan. neway, thanks sbb sudi singgah. terharu blogger terkenal sudi baca entri xseberapa sy.

bokbon - ok xpe. aku tunggu ko baik demam. :D

ayam - huhu. dalam blog memang la ramai kwn. tp aku xde no fon dorg pun. hahaha. ko mintakkan utk aku ley x? ;)