Semalam aku sekeluarga ke Singapura. Dah lama rasanya tak ke sana naik kereta. Last time aku ke sana bulan September 2011 tapi naik MRT. Since aku naik kereta, kena lah taw jalan ke rumah sedara. Google map aje rumah nya. Thank you very much Google Map! Map nya memang sahih dan senang. Aku sampai rumah sedara dan tak sesat. Syukur lah. Pandai anak Abah baca map kan? kan? Dah boleh kawen kan? Haha. Sampai rumah sedara, orang senior berbual hal mereka. Aku melayan sepupu aku la main game. Xbox 360 Kinect. First time aku main benda ni. Tak payah pakai controller. Kena diri atas mat warna biru dan gerakkan tangan je. Mula-mula layan bowling. Seronok woo. Lepas tu aku layan Dance Central. Game ni kena menari ikut lagu yang dimainkan. Step dance tu diajar sekali la. Ok yang ni awesome gila! Berpeluh-peluh main. Aku syak berat aku dah turun 2.5kg lepas main game ni. Haha. Abah dengan Mak cakap bagus gak ni beli satu. Boleh main kat rumah. Harga nya lebih kurang $496. Kalau diconvert duit RM, mau dah RM1K ++. *telan air liur* But, I got lots of fun yesterday. Thanks cousin for spending your time.
Kat rumah aku ni tengah mood melayan novel. Satu hari satu novel. Novel yang aku baru habis baca ni tajuknya "Akhirnya Aku Kahwin!" hasil nukilan Herna Diana. Jalan ceritanya best. Ada part yang sedih sampai meleleh-leleh air mata dibuatnya. Memang penulisannya sempoi dan mudah nak menjiwai watak dalam cerita tu. Memang cliche kalau cakap "orang yang kau paling benci tu lah jodoh kau". Jalan ceritanya lebih kurang ayat cliche di atas. Tak rugi lah baca. Aku rasa macam nak baca lagi. Apa pun, jodoh tu adalah ghaib dan aku percaya Allah dah tentukan jodoh setiap manusia kerana setiap manusia yang diciptakan berpasangan. Cuma aku belum taw siapa tulang rusuk aku. Semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat aku. Amin.
Malam tadi aku kena sakit kepala yang maha dahsyat. Tutup mata pun tak boleh hilang sakitnya. Ditambah dengan hujan lebat dan mercun yang tak henti-henti. Rasa macam ketukan drum di kepala. Sedar-sedar je aku dah tertidur dan tersedar jam 3:27 pagi. Alhamdulillah sakit tu hilang sendiri. Puncanya aku kena hujan renyai-renyai. Orang kata hujan renyai tu lebih bahaya dari hujan lebat sebab kandungan asid hujan renyai tu lebih tinggi. Wallahualam.
Monday, January 23, 2012
Thursday, January 19, 2012
Feelingless
Tak suka betul aku scene lunch hari ni. Air salah amik order. Makanan tak sedap. Sudu kotor. Tak hygiene betul. Aku tak nak makan kat kedai tu lagi. Dapat pulak call yang lagi meremuk redamkan perasaan. Dealer kereta call bagitaw aku tak dapat pinjam dengan Bank Islam. Potongan aku besar sangat barangkali. Kalau lepas pun, 38K. Aku kena bagi cash 7K. Gila kau. Mana nak cekau. Ni dealer kereta try Bank Rakyat. Kalau tak dapat jugak, maknanya belum rezeki aku nak memiliki kereta sendiri. Nombor plate tu aku belum fikir nak buat apa lagi kalau tak jadi beli kereta. Sekarang ni tengah tak ada perasaan. Andai kata aku memang tak dapat beli kereta, tolong la jangan tanya "Bila kereta nak keluar?". Soalan tu membuatkan aku nightmare ok! Aku tak pernah mintak jadi begini. Aku harap sangat kawan-kawan akan support aku agar aku jadi lebih tabah, sabar dan kuat.
Wednesday, January 18, 2012
Siapa Paling Jauh
Aku sedang ketagih main scrabble. Asal balik rumah je mesti nak main scrabble. Tak kisah la main online atau game kat laptop. Kalau datang mood nak main sudoku, satu buku sudoku aku nak habiskan. Kalau datang mood nak main gitar, main sampai kulit jari mengelupas. Kalau mood nak merayap, memang tak melekat la kat rumah.
Tengahari tadi lunch dengan semua officemate kat Restoran Saujana. Area Gelang Patah. Sedap la weyh makan kat situ. Sebelum balik, kawan lelaki aku cari toilet nak buang air kecil tapi tak taw kat mana. Bos aku kasi cawan pastu semua gelak. Tiba-tiba aku mencelah
"Tempat ni open. Sebelah tu dah laut. Boleh buat peraduan siapa paling jauh"
Tiba-tiba semua gelak sakan. Ayat tu terlintas sebab teringat adik aku kencing sama-sama dengan anak sedara aku. Dua-dua lelaki. Faham-faham je la.
Sesungguhnya otak aku belum tercemar. Cuma advanced sikit semenjak satu office dengan orang yang dah kawen. Hahaha.

Tuesday, January 17, 2012
Hardship
Ada terlalu banyak perkara yang berlaku hari ni. Ada 3 accident yang berbeza lokasi. Satu di jalan Skudai ke Pontian. Aku nampak orang terbaring atas jalan dengan motosikal. Tak taw la hidup ke mati. Orang kata kalau mati tutup dengan surat khabar. Tapi, India tu tak tutup dengan surat khabar pun tadi. Kedua, accident di roundabout UTM. Suzuki Swift dengan motosikal kot. Takde kehilangan nyawa. Ketiga, u-turn dekat pintu belakang UTM. Katanya 2 India mati. Lori, kereta dan motosikal. Salah seorang kepala dah putus. Ok aku takut. Seram wooo!
Petang tadi dalam pukul 4:00 petang, aku dapat panggilan dari person in charge yang uruskan pinjaman kenderaan aku. Lepas pung pang pung pang cerita, akhirnya setelah sekian lama penantian aku, jawapan yang aku terima adalah maaf anda tak berjaya. Tu yang buat aku frust dan tak mampu nak tahan air mata lepas letak telefon. Ok aku ceritakan sedikit kronologi mengapa aku sedih gila.
Bulan Oktober 2011, aku ada apply permohonan skim pinjaman kenderaan. Aku dah hantar ke bendahari untuk proses seterusnya. Mulanya, aku dapat call dari person in charge yang handle skim pinjaman ni.
Dia bagitaw gaji pokok aku tak lepas untuk syarat kelayakan minimum. Kurang RM9 dari gaji minimum. Kebetulan Bendahari minta hold semua skim pinjaman hingga ke mesyuarat hujung tahun pada bulan Disember 2011. So, dia kata tunggu la sampai bulan Disember 2011 dan suggest aku buat surat rayuan since beza RM9 je. Dan keputusan mesyuarat, rayuan aku ditolak dengan alasan gaji bulan Januari 2012 dah guna SBPA. So, tunggu la bulan Januari 2012. Bila dah Januari 2012, gaji dah naik, sistem pulak ada masalah. Bila sistem dah ok, baru nak kira emolumen aku dah 64% melebihi syarat maksimum 60% potongan dari gaji bersih. Dan keputusannya, aku tak dapat buat pinjaman. 4% yang bertambah tu adalah insurans nyawa aku. Kalau lah dari awal dia cakap aku tak layak kan senang. Tak payah aku bazirkan 3 bulan aku for nothing. Aku taw masa dia call tadi dia rasa bersalah sebab tak check details aku secara terperinci.
Oleh sebab aku buat permohonan baru dengan bank luar, harga kereta dah naik RM200. Dugaan. Dugaan. Semoga perjalanan hidup seterusnya yang bakal aku lalui dipermudahkan. Amin. Actually masa aku nangis tu, I really need someone to hug. Aku rasa down gila sebab bazirkan 3 bulan yang sepatutnya aku dah buat loan kat bank luar. Mula-mula fikir kalau loan kat dalam dapat jimat RM5000++ tapi akhirnya jadi macam ni. Mungkin ada hikmahnya. Tak pe lah. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Kali ni aku berserah semuanya pada ketentuan Allah. Kalau ada rezeki aku nak beli kereta, insya Allah, we will meet on the road JNH!
Apa pun yang berlaku hari ni, aku anggap sebagai dugaan hidup. Walau sepahit mana pun untuk ditelan, aku perlu terimanya dengan hati terbuka. I'm trying my very best to spread positive energy to people around me and bring joy as much as I could. So, be happy. Live your life to the fullest! Weeeeee~
Malam ni tak payah nak nangis fikir pasal benda yang tak best, lagi bagus layan gitar sambil main scrabble online. Bye!

Monday, January 16, 2012
Nombor Sambungan
Dah tiga hari pakej batuk-selesema-sakit tekak menyerang. Belum ada tanda-tanda nak sembuh. Namun, aku gagahkan jua diri ke office. Dengan bersuara garau macam lelaki. Haha. Hari ni aku nak share satu cerita. Pagi tadi ada call dari user sistem. Aku gelarkan dia caller A. Dia call tanya pasal sistem. Dan dia tinggalkan nombor extension bilik dia untuk aku hubungi. 5 minit kemudian, aku call nombor extension tadi untuk bercakap dengan caller A.
Aku : "Hello, boleh saya bercakap dengan caller A?"
Caller B : "Caller A takde kat sini"
Aku : "Boleh panggilkan dia tak?"
Caller B : "Camne nak panggil. Jauh ni" *ada nada tahan ketawa*
Aku : "Boleh tak saya dapatkan nombor extension caller A?"
Caller B : "Ok" *nombor extension caller A diberikan*
Suara caller B tu agak familiar. Aku dah boleh agak siapa. No wonder la dia macam nak ketawa. Aku mintak tolong panggilkan caller A sedangkan bilik caller A dan caller B adalah lebih kurang selang 20 bilik jauhnya. Jenuh caller A nak berlari ke bilik caller B. Yang aku dok fikir dari pagi tadi adalah adakah caller A tersilap sebut nombor extension atau aku yang tersilap tulis? Kalau tersilap tulis, ni adalah kes salah call aku yang pertama. Oh lupa nak beritahu. Caller A dan caller B berada dalam bangunan yang sama dengan aku. Petangnya, caller C pulak call tanya pasal sistem. Caller A, B dan C adalah kawan rapat. Nombor extension aku jadi hangat pulak hari ni. Aku jadi nervous tiba-tiba. Hahaha. Ok dah start perasan. lalala~
Dan paling best sekali aku nak bagitaw, aku tertinggal ubat kat office. Cisss!

Saturday, January 14, 2012
Unwell
Hari ni aku tak berapa sihat. Batuk yang semakin serius. Ni mungkin gara-gara makan durian. Waaa.. Kenapa tiba-tiba aku gila nak makan durian ni. Hantu durian to be exact. Oleh sebab tak berapa nak sihat, aku malas nak keluar rumah. Aktiviti hari ni lebih berat ke tidur. Haha. Serius weyh. Aku rasa dah overslept dah ni. Lepas siap buat kerja rumah, aku layan novel. Yayy! Dah habis pun baca. "Cinta 3 Suku".
Semalam aku dengar berita kat tv3 bagitaw SBPA akan ditangguh hingga ke bulan April. Betul ke? So sad. Apa nak jadi dengan loan kereta aku yang delay tu. Looks like I have to make a decision. Hmm. Dugaan.

Malas!
Minggu ni aku rasa tak bermaya, tak bersemangat yang menjurus ke arah malas. Haha. Tak de mood nak buat kerja. Tidur dah cukup pun masih tak bersemangat. What's wrong with me? Hari Rabu hari tu first time aku main bowling kat Daiman dengan besties. First time makan subway kat Sutera Mall. Suka sangat!
Semalam member aku singgah rumah, dia tanya pasal budak perempuan India yang kena bunuh kat area rumah aku. Dem! Apsal aku tak taw? Nampak sangat aku tak aware dengan berita terkini. Haih. Rumah mangsa tu dekat je dengan rumah aku. Dekat jugak dengan rumah orang Cina yang mati dalam kebakaran 10 tahun yang lepas. Seram! What else? Tu je la kot. Nak taip pun dah malas. Apa punya penyakit yang sedang melanda aku ni hah? Adehh.

Wednesday, January 11, 2012
Silent Reader
Salah satu skop kerja aku adalah jadi helpdesk sistem. Macam-macam ragam. Ada yang ok dan begitu juga sebaliknya. Ada seorang caller ni, aku kenal dia melalui helpdesk jugak la. Dia selalu call tanya pasal sistem dan aku akan assist sebaik mungkin. Oleh sebab dah selalu sangat dia call sampai dia dah cam suara aku. Tiba-tiba ada satu hari dia call, tanya khabar dan bagi statement ni
Dia : "Jana ke ni?"
Aku : "Ye saya"
Dia : "Bila saya bercakap dengan awak, saya rasa macam kat syurga"
On the spot aku tergelak besar. Hahaha. Macam-macam perangai. Aku dah beberapa kali berjumpa dan berbual dengan dia. Pasal kerja sahaja. Nothing personal. Dia memang ada rupa. Aku tak nafikan. Dan secara tiba-tiba, aku tergerak hati nak cari dia kat facebook. Dengan sekali tekaan sahaja, aku berjaya cari facebook dia. Fuuhhh! Gila stalker jugak aku ni kadang-kadang. And guess what? Dia ada blog. Dan secara tidak rasminya, aku akan menjadi silent reader di blog nya. Hehe. =D
nota : Agak-agak ada tak silent reader yang baca blog aku? Kalau ada, sila tinggalkan komen. Ini satu arahan. hahaha. Kalau ada, aku harap kau takde niat nak condemn hidup aku la ye.

Monday, January 9, 2012
Hot In Here
Makan durian tak beringat. Sekarang tengkuk jadi tegang dan rasa nak muntah. Padan muka! Panas! Panas! Nak minum air kat pangsa durian tak boleh sebab Abah dah kopek isi durian letak dalam peti sejuk. Pangsa durian dah ada dalam plastik sampah. Adehh. Apa pun, Abah memang terbaik! Sayang Abah!
Sunday, January 8, 2012
Bliss
Nothing much happen today. Aku habiskan dua pertiga hari ni dengan tidur. Hehe. Entah kenapa aku rasa penat sangat dua tiga hari ni. Ni lah hari yang aku tunggu-tunggu untuk bayar balik masa tidur yang tak cukup. Tadi makan malam dengan keluarga. Keluarga abang pun datang juga. Masak lauk ikan merah yang baru dipancing. Fuuuhhhh! Syiok! Alhamdulillah aku sangat bahagia dengan keluarga. Terima kasih Allah kerana memberikan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga aku. Syukur Alhamdulillah.
Moments
Ini adalah gambar kenangan bersama pengantin baru.
Dan ini adalah lagu yang aku dan kawan-kawan karok sampai takde suara. Rindu saat tu. Really enjoyed the moment.
Dan ini adalah lagu yang aku dan kawan-kawan karok sampai takde suara. Rindu saat tu. Really enjoyed the moment.
Tahniah
Semalam aku tidur rumah kawan sebab kawan induksi aku nikah. Tahniah buat Norlin dan Fairus Subari. Balik dari majlis nikah aku dan kawan-kawan pergi karok. Yayy! Actually salah seorang kawan aku ni nak fly ke US next week. So kira hang out dengan dia for the last time before she leave la. I'm gonna miss you, Ayen! Have a great moment there. Jangan sedih sebab kau pergi seorang diri. You'll meet lots of people there. Kau bertuah sebab dapat pergi sana. Aku tak taw la bila dapat pergi.
Tengahari tadi aku pergi majlis resepsi kawan aku. Jumpa ramai staf UTM sebab pengantin memang dua-dua staf UTM. Family pengantin pun sporting. Pengantin perempuan bersanding di hari lahir dia. Cool! Balik dari majlis, kami singgah solat di masjid UTM. Aku sangat teruja sebab ni kali pertama aku solat kat situ. Rasa tenang sangat. Ada satu perasaan yang sukar aku nak gambarkan but it's a good sign la. Alhamdulillah.
Balik rumah dah petang. Aku tertidur dari petang sampai pukul 9 malam tadi. Tu pun sebab Abah call. Abah bagitaw dia tidur rumah sedara. Ada majlis pertunangan. Aku jawab call dalam keadaan mamai yang teramat. Abah pesan jangan lupa kunci pintu. Kalau ada apa-apa call Abah. Sweet kan? Time tu aku rasa macam aku kanak-kanak umur 7 tahun. Rasa nak nangis sebab kena tinggal kat rumah sorang-sorang. Rumah gelap gila. Aku mesej kakak dan dia suruh aku tidur rumah Abang. Bila aku dah sedar dari tidur sepenuhnya, baru aku boleh fikir dengan waras. Apa kes aku nak sedih. Macam la tak biasa tidur sorang-sorang. Hahaha. Senyum sendiri. Semalam aku tak balik rumah, malam ni semua orang pulak tak balik rumah. Karma ke ni weyh? Adehhh!
Aku layan tengok tv sorang-sorang. Tiba-tiba keluar iklan movie seram "Sesuatu Yang Tertinggal". Terus jantung ni berdebar-debar kencang. Siot betul la iklan ni. Nervous pulak tiba-tiba. Tutup tv. Layan gitar lagi bagus. Sekarang ni tengah layan lagu Carta Hati by Najwa Latif. Nice melody. Sukaaa!

Thursday, January 5, 2012
Takziah
Pagi tadi ada staf di jabatan aku meninggal dunia. Bos aku tegur muka aku nampak blur, terkejut dan takut. Ye lah, baru setengah jam lalu aku melawat arwah di hospital, tiba-tiba dapat berita arwah dah tiada. Sesungguhnya ajal dan maut tu di tangan Allah. Sama-samalah kita doakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah buat keluarga arwah.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zahariah binti Ibrahim.
nota : masa kat wad ICU, tiba-tiba aku teringat arwah Apis. Aku rindu arwah. Al-Fatihah.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zahariah binti Ibrahim.
nota : masa kat wad ICU, tiba-tiba aku teringat arwah Apis. Aku rindu arwah. Al-Fatihah.
Tuesday, January 3, 2012
Better In Time
Lama rasanya tak lepak dengan officemate yang aku rapat. Dah nak dekat dua minggu kot tak berbual-bual. Masing-masing sibuk dengan sistem. Patut la aku rasa macam stress dan kemurungan. Takde leisure time agaknya. Bila dapat rehat sejam dengan dia sambil makan prosperity chicken, aku rasa much better. Serius! Cerita tentang hal yang takde kaitan langsung dengan kerja. Suka!
Semalam aku rasa down. So, aku layan satu cerita korea. Tajuk dia 'Unstoppable Family'. Lawak gila. Dari perasaan sebal, aku boleh gelak sambil nangis sorang-sorang sebab tak boleh tahan dia punya lawak. Dalam masa dua jam, perasaan down tu dah jadihigh normal balik. Terima kasih abang sebab tolong download. Tiba-tiba rasa nak repeat lagi cerita ni. Haha. Bye.
Semalam aku rasa down. So, aku layan satu cerita korea. Tajuk dia 'Unstoppable Family'. Lawak gila. Dari perasaan sebal, aku boleh gelak sambil nangis sorang-sorang sebab tak boleh tahan dia punya lawak. Dalam masa dua jam, perasaan down tu dah jadi
Monday, January 2, 2012
Burden
Jangan sangka orang yang selalu tersenyum itu gembira dengan hidupnya. Mungkin di balik senyum itu penuh dengan makna yang tersirat. Mungkin itu adalah takdir hidupnya.
:'(
:'(
Hello 2012
Hello! Hello! Ni entri pertama aku untuk tahun 2012. Hari ni aku memasak lagi. Sambal goreng tauhu tempe. My all-time favourite. Hari ni spend time dengan family je. Tengok tv sama-sama. Main Uno dan game ular dengan adik. Pastu tidur. Tidur dan tidur. Petang nya, family abang datang. Rumah dah jadi macam tadika dengan kehadiran anak sedara. Meriah sangat. Aku rasa seronok tengok gelagat anak sedara aku. Lincah! Pastu malam pergi jalan-jalan kat Persada. Ada PC fair. Then pergi makan chicken chop kat Hutan Bandar. Since ramai sangat orang dan takde seat, aku tapau je la. Masa tengah beratur kat cashier, tiba-tiba ada seorang mamat ni potong queue aku. Aku diam je la. Bila dia perasan aku pun tengah beratur, terus dia pandang aku dan bagi ruang aku ke depan. Muka sweet la jugak. Then, aku berdiri nak dekat setengah jam tunggu order siap. Berdiri mengadap mamat tu. Masa chicken chop yang tapau dah siap, berpusu-pusu orang datang kat cashier nak ambil chicken chop masing-masing. Then mamat tu pandang aku. Maybe sebab aku tak berpusu-pusu nak ke cashier kot. Lima saat kot berpandangan sesama sendiri. Aku terus pandang tempat lain. Gila kau. Kang aku terjatuh cinta, tak pasal-pasal keluar single lagu 'Cinta Chicken Chop'. Rupanya order kat cashier tu aku punya. Yayy! Dah tak payah tunggu lagi. Aku terus berlalu pergi.
Apa kes aku tak tidur lagi ni? Esok dah kerja. Haih. Monday blues!
Apa kes aku tak tidur lagi ni? Esok dah kerja. Haih. Monday blues!
Subscribe to:
Posts (Atom)