Wednesday, January 11, 2012

Silent Reader

Salah satu skop kerja aku adalah jadi helpdesk sistem. Macam-macam ragam. Ada yang ok dan begitu juga sebaliknya. Ada seorang caller ni, aku kenal dia melalui helpdesk jugak la. Dia selalu call tanya pasal sistem dan aku akan assist sebaik mungkin. Oleh sebab dah selalu sangat dia call sampai dia dah cam suara aku. Tiba-tiba ada satu hari dia call, tanya khabar dan bagi statement ni
Dia : "Jana ke ni?"
Aku : "Ye saya"
Dia : "Bila saya bercakap dengan awak, saya rasa macam kat syurga"
On the spot aku tergelak besar. Hahaha. Macam-macam perangai. Aku dah beberapa kali berjumpa dan berbual dengan dia. Pasal kerja sahaja. Nothing personal. Dia memang ada rupa. Aku tak nafikan. Dan secara tiba-tiba, aku tergerak hati nak cari dia kat facebook. Dengan sekali tekaan sahaja, aku berjaya cari facebook dia. Fuuhhh! Gila stalker jugak aku ni kadang-kadang. And guess what? Dia ada blog. Dan secara tidak rasminya, aku akan menjadi silent reader di blog nya. Hehe. =D

nota : Agak-agak ada tak silent reader yang baca blog aku? Kalau ada, sila tinggalkan komen. Ini satu arahan. hahaha. Kalau ada, aku harap kau takde niat nak condemn hidup aku la ye.

No comments: