Saturday, October 13, 2012

Tips Pemandu Baru

Aku baru beli kereta 3 bulan lepas, so, aku nak share tips buat pemandu baru di luar sana.

  • Kalau beli kereta baru, make sure ambil insurans windscreen. Mesti ambil ok. Sebab malang tidak berbau. Lepas seminggu aku pakai kereta, cermin depan kereta aku retak kena batu. So, you should have windscreen insurance. Kalau beli dengan dealer kereta, kena bagitahu dia. Kalau tak, dia tak ambil pun insurans kereta. Kereta aku takde ambil insurans windscreen. So, kalau nak tukar cermin depan tak boleh claim insurans. Harga cermin depan lebih kurang RM450-RM500. *burung pusing-pusing atas kepala*
  • Kalau kereta tak boleh start, pusingkan sedikit stereng kereta. Mungkin stereng terkunci.
  • Kalau masih tak boleh start, check kotak gear. Mesti free kan gear bagi kereta manual dan letak di P bagi kereta auto. Kereta tak boleh start selagi gear tidak di P.
  • Kalau sedang bawak kereta, berhati-hati kalau sering menggunakan hand brake. Jangan lupa turunkan hand brake bila anda drive. Nanti tayar kereta bau hangit dan brake anda cepat haus. Perkara ini mungkin selalu terjadi bila anda tarik hand brake di traffic light. 
  • Jangan lupa matikan lampu bila nak matikan enjin. Kalau tak, memang habis la bateri anda.
  • Periksa air windscreen di bonet depan (hoot) (hood). Jangan sampai kering. 
  • Kalau temperature air naik, check air kat hoot hood depan jugak. Saluran yang mana, tanya lah kawan anda. Aku tak sure tapi ade lubang untuk letak air kat hoot hood tu.
  • Kalau nak isi minyak, pastikan tarik engsel yang bergambar tempat isi minyak di bahagian kanan tempat duduk pemandu. Jangan tarik engsel buka bonet belakang. Nanti anda kena tutup balik bonet belakang di khayalak ramai. HAHA.
  • Jangan suka main wiper semasa berada di simpang. Pastikan anda memberi signal bukan sibuk wipe screen setiap kali belok. Lain kereta lain signalnya. Ada yang di kanan. Ada yang di kiri. Orang lain yang memandu kereta anda selalu confuse kan. Haha.
  • Periksa angin tayar. Kalau kurang angin, sila pam di stesen minyak berdekatan. Kalau tak tahu berapa kadar angin yang perlu ditekan pada mesin pam tayar, sila rujuk sticker kadar angin pam tayar. Boleh tengok di bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan. Buka pintu dan lihat di bahagian badan kereta. 
  •  Jika isi minyak berseorangan, pastikan enjin kereta dimatikan dan kereta dikunci kerana khuatir semasa membayar di kaunter atau mengisi minyak, ada orang yang tidak dikenali masuk dalam kereta. Jenayah berada di mana-mana!
Semoga tips ini membantu anda semua.

************

Kawan : "Jana, kau check tak air wiper kau? Jangan sampai kering."
Jana : "Tak. Aku tak pernah isi air lagi. Aku tunggu ada sign merah keluar dekat dashboard."
Kawan : "Sign apa kat dashboard?"
Jana : "Kalau air windscreen habis takde keluar sign merah eh kat dashboard?"
Kawan : "Mana ada!"

Satu office gelak. Ok terima kasih.

4 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy mase baru2 beli kereta tu, mmg tak tau ape2 pasal kereta, even nk isi minyak pun tak reti apelagi nk check angin tayar, minyak , air etc..huhuhu...

btw,nice tips..
tahniah sebab dah beli kereta...
jaga kereta baik2..
drive carefully ok..take care..=)

nuyuljana said...

thanks!

insya Allah akan menjaga kereta itu dgn baik..

awak take care juga ;)

penulis.tidak.bernama said...

ok. kelakar bab warning air wiper kat dashboard. kah.kah.kah.

*ekceli, how to spell the hoot or hood?*

nuyuljana said...

hehehe. aku pun tak tahu kenapa aku tunggu warning air wiper habis keluar kat dashboard. tak boleh fikir masa tu.

actually the right word is hood. aku dah betulkan. sila semak dan bagi markah. HAHA. =P