Monday, November 4, 2013

Salah Alamat

Pernah mengalami masalah tersalah alamat penerima pada parcel pos laju? Aku baru melaluinya minggu lepas. Orang yang berhubung dengan aku tu terkurang satu huruf pada alamat yang diberi dan menyebabkan posmen tak jumpa alamat tu. Fuhh. Hanya kerana satu huruf. Huruf tu bukan lah Jalan kepada Jln. Contohnya nombor unit seperti A-01-02. Bila huruf 'A' tu dah tertinggal, jenuh posmen nak mencari nya. Haha. Ok takpe. The more mistakes we make, the more experiences we gain. Oleh sebab kesilapan itu, maka wujudlah entri ini. Hehe.


Ok bila terjadi situasi salah alamat ni, apa yang perlu anda buat adalah joget chicken dance. Haha. Ok gurau je. Pertama sekali, anda perlu call Pusat Perkhidmatan Pelanggan Poslaju di 1-300-300-300 (local) atau 603 - 27279100 (oversea). Minta perunding perkhidmatan untuk semak nombor siri poslaju anda. Tanya di mana parcel itu berada. Jika sedang dalam perjalanan untuk dikembalikan kepada pengirim, anda tak perlu baca entri ini sampai habis. Cuma perlu tunggu parcel tu sampai, isi form baru dengan alamat yang betul dan pos semula. Jika masih di Pejabat Poslaju, insya Allah boleh teruskan membaca entri ini. Anda mungkin ada harapan untuk ubah hala ke alamat yang betul seperti yang berjaya dilakukan oleh aku.

Apa yang perlu anda lakukan adalah emel laju-laju kepada Poslaju di care@pos.com.my. Maklumkan anda telah tersalah alamat dan mohon untuk hold proses hantar semula kepada pengirim. Anda sertakan maklumat seperti nombor siri poslaju, nama pengirim, nama penerima dan alamat yang betul untuk rujukan Poslaju. Tekan butang send/hantar. Tunggu maklumbalas dari Poslaju. Kalau kes aku ni, dalam masa 30 minit, Poslaju dah reply emel aku beserta tindakan. Cekap! Fuhh. Terbaik! Tunggu je la penerima terima parcel anda tu. Kes selesai. Terima kasih Poslaju.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Poslaju.

Selamat mencuba!

Thursday, October 31, 2013

Mirrors

One of my all-time favourite song and also my current ringtone. Really love his voice. *melting*

Monday, October 28, 2013

No Noise Percussion

Bila dapat tahu No Noise Percussion nak datang Johor Bahru, aku sangat gembira dan teruja. Oh lupa nak bagitahu. Aku mula minat No Noise Percussion lepas tengok dorang perform kat konsert Yuna Istana Budaya bulan lepas. Boleh check out entri ini.

No Noise Percussion adalah sebuah kumpulan percussion yang menggunakan alatan seperti papan pemotong, pisau, kuali, paip, exhaust kereta, kon, tong industri dan lain-lain di dalam persembahan dorang. Boleh baca info lebih detail mengenai dorang di SINI. Kalau masih tak boleh bayangkan, pernah tengok iklan Dolby Digital kat wayang? Yang jalan atas tong, baling kunci, mop lantai. Haaaa.. Dorang perform lebih kurang macam tu la. Kalau masih blur lagi boleh tengok video kat bawah ni.


Lepas confirm lokasi dorang nak buat show kat Persada Johor, aku terus cari hadiah. Seriously, aku sangat terhibur tengok konsert dorang kat Istana Budaya. Masa tu aku tak sempat nak cakap tahniah atau terima kasih walaupun aku berada tidak jauh dari dorang. Aku hanya menatap peminat yang lain bergambar dengan dorang. Nak bergambar dengan dorang tapi malu gila sebab semua lelaki. Menyesal pun ada lepas tu. Haih.

Aku ajak lagi dua orang kawan aku. Anum dan Tma. Kebetulan dorang cuti hari tu. Pucuk dicita ulam mendatang ye dak? Hehe. Sampai je kat pintu depan, orang first yang aku nampak adalah Ayam atau nama betul dia Azad. Beliau tengah setup tong. Masa tu darah gemuruh aku datang macam air terjun. Excited weyh. Masuk je dalam Persada aku jumpa semua ahli No Noise Percussion. Teruja. Sangat.

Ni kali kedua aku tengok dorang perform. Serius best. Dua-dua kawan aku pun enjoy. Lepas habis show, aku terus jumpa dorang. Masa tu bibir aku menggigil. Tak tahu la dorang faham ke tak aku cakap apa. HAHAHA. Serius nervous. Tapi dorang ok. Seronok sangat.

Dari kiri : Oly Fizly, Ayam, Aku, Aifaizat, Adil, Marissa, Ruviyamin, Faeez Ikhwan, Aidil Azali dan Sharir Sharis
Lepas balik rumah, aku termenung atas katil sambil pandang siling. Betul ke aku jumpa dorang? Macam mimpi. Esoknya, hati aku terdetik nak beli gitar baru. Nak mintak dorang sign. Idea spontan tu datang masa aku dalam kereta on the way nak pergi kerja. Tengahari masa lunch hour, terus pergi kedai gitar, pilih kejap, strumming kejap, bayar, balik office.

Petang nya lepas waktu pejabat, aku terus bergegas ke Persada Johor untuk jumpa dorang lagi. Kali ni aku datang seorang. Ye seorang diri. Tawakal je la. Masuk je pintu depan, aku dah boleh kawal excited aku. Tak macam semalamnya. Jantung berdegup laju gila. Perghhh! Terima kasih Oly sebab sebut nama nuyuljana banyak kali. Haha. Saya dengar. Saya senyum. Saya malu. Tapi sebenarnya saya gembira sangat.

Lepas habis show, Oly terus datang kat aku. Gila terharu weyh. Aku bawak back pack isi gitar baru beli. Teruja sangat tengok dorang sign. Serius. Aku kenal dorang. Follow twitter dan Instagram dorang. Bila dapat berbual dengan dorang, aku rasa dekat sangat macam member. Dorang sangat friendly, sporting, best dan mana-mana perkataan yang bersesuai dengan maksud di atas. Terima kasih sebab layan aku dengan sangat baik.

Aku paling terharu bila Ruvi cakap "Roger la kalau datang KL". Aku excited gila. Artis cakap macam tu weyh. Thank you for treating me as a friend. I'm honoured. Serius! Terima kasih.

Dari kiri : Sharir Sharis, Ayam, Ruviyamin, Aifaizat, Marissa, Adil, Aku, Faeez Ikhwan, Aidil Azali dan Oly Fizly
Ni gitar aku yang dorang sign. Jyeah!

Guitar signed by No Noise Percussion
Masa nak balik tu, dorang bagi aku topeng. Signed by them. Dorang pakai topeng tu masa buat show. Unexpected gift. Serius terharu. Terima kasih.

Gambar topeng separuh depan separuh belakang. It's mine!
Marissa dan aku. Terima kasih Oly tolong ambilkan gambar ni
Pick yang kiri tu Oly bagi. Terima kasih. So thoughtful. Pick yang kanan aku beli kat konsert Yuna Istana Budaya
Faeez Ikhwan a.k.a Aizat ada misai pegang cawan Nescafe

Korang boleh check out Facebook No Noise Percussion atau pun You Tube No Noise Percussion. Kalau nak tempah untuk show boleh tengok Facebook dorang. Ada nombor telefon kat situ. Boleh tengok promo video mereka di bawah.


Nanti ada masa aku buat entri pasal ahli No Noise Percussion. Boleh lah korang kenal dorang lebih rapat. Dorang ni sangat talented, baik, kelakar, peramah, hensem, comel dan dorang masih muda. Paling 'tak berapa muda' pun 28 tahun tapi yang tu dah kahwin. Yang lain, errr nanti la cerita. Hahaha.

Bracelet

Awal bulan Oktober haritu, aku jumpa satu blog jual bracelet. Belek punya belek berkenan la ade satu design ni. Guna swarovski crystal. Cantik. Terus aku email kepada owner blog. Mei nama dia. Sebenarnya aku teringin sangat nak beli custom made bracelet. Aku suka charms yang comel-comel. Aku beli dua. Satu untuk aku, satu lagi untuk artis kesayangan aku. Cuba teka siapa? Haha.

Senang je nak beli. First sekali pilih nak design apa. Then boleh ukur saiz pergelangan tangan sama ada menggunakan pita pengukur yang ukur badan tu atau pun ukur guna kertas, tandakan pada kertas kemudian ukur guna pembaris atau apa-apa alat pengukur yang sesuai. Tolong jangan guna penimbang tepung. Aku tampar laju-laju kang! Let say pergelangan tangan aku 17cm, nanti Mei akan tambah 2.5cm supaya bracelet ada ruang untuk dipakai dan dibuka.

Lepas dah pilih design dan tahu saiz pergelangan tangan, boleh pilih nak charms atau alphabet. Itu optional. Kalau tak nak pun tak pe. Untuk bracelet aku, aku pilih 4 charms dan 2 alphabets. Warna aku pilih purple dan royal blue. Bila dah confirm, baru dapat sebutharga bracelet. Harganya bergantung kepada bracelet yang anda pilih. Nama pun custom made.

N J dan Y Z
Lepas pembayaran dibuat, bracelet akan disiapkan dalam masa 14 hari. Harap bersabar. Tips penjagaan aksesori, elak terkena peluh. Bila berpeluh je terus bukak. Hahaha. Ok gurau je. Pastikan simpan di tempat tertutup seperti kotak atau laci jika tidak dipakai.

Jika anda berminat boleh lah check out Facebook Crafted By Mei atau boleh check out Blog Crafted By Mei. Aku tak dapat royalti ye. Cuma berkongsi info je. This is her. She's a strong lady. *salute*

Nama dia Mei. Gambar diambil dari Facebook beliau
Selain bracelet, Mei juga menjual aksesori lain seperti necklace, key chain, ring, earring dan lain-lain. She will give you satisfaction like how she gave to me. Trust me.

Tuesday, October 8, 2013

Parcel Received

Minggu lepas, aku dah pos hadiah untuk Shafiq Vai. Setiap hari aku check online kat website pos laju sama ada parcel tu dah diambil atau belum. Alhamdulillah, semalam dia dah ambil. Teruja sangat bila dia sanggup datang pejabat pos untuk ambil parcel tu. Thank you very much for your effort. Sorry sebab susahkan awak. I really hope you like it.

Nota : tadi kat Instagram ada video Shafiq nyanyi. Aku repeat video tu lebih dua puluh kali. Kah kah kah. Suara ala-ala Tam Spider. Cair weyh. Haih.

p/s - update blog through my not so new Samsung Note 2 :D

Tuesday, September 24, 2013

What Should I Do?

Kalau kita support penyanyi, kita akan beli album dan pergi konsert dia. Kalau support penulis, kita akan beli buku atau novel dia. Kalau nak support pemuzik, apa yang aku nak buat untuk tunjukkan yang aku memang peminat dia? Ok fine. Masih bercerita tentang Shafiq Vai. Bagi yang baru follow blog aku, aku sedang jatuh cinta dengan gitaris The Palauans, Shafiq Vai. Apa yang aku perlu buat untuk support dia dan buat dia tetap berada dalam industri?

Penat fikir tapi tak dapat idea. Minat aku kali ni memang rare. Selalunya aku akan jatuh cinta dengan suara penyanyi. Tapi kes yang ni, aku jatuh cinta dengan petikan gitarnya. Mungkin dia ni terlalu anti sosial atau pun terlalu merendah diri sebab maklumat tentang dia ni terlalu sedikit. Even birthday dia pun aku tak tahu.Tapi, aku sangat gembira sebab jumpa fan page dia. Fan page tu tak guna nama dia tapi nama samaran sewaktu dia sekolah menengah. I'm glad he's Johorian! Harap-harap kita dapat berjumpa kat JB satu hari nanti, insya Allah.

Aku nak pos hadiah untuk dia. Tak tahu lah dia suka ke tak. Aku harap dia tersenyum bila buka hadiah tu nanti. Ok sebenarnya aku tak pos lagi. Ada ni haa depan aku. Hahaha. Tunggu la ada masa nanti aku pos. Aku harap Shafiq Vai akan baca entri aku ni dan jawab soalan aku. What should I do to support you? Can I marry you? HAHAHA.

Kbai.

Sunday, September 15, 2013

Yuna - Sparkle

This is one of my favourite song. First time tengok video lagu ni, Hanafi yang main gitar. Best jugak. Tapi aku nak kongsi video Shafiq Vai yang plucking gitar untuk lagu ni. Aku harap takde yang muntah sebab aku asyik sebut nama Shafiq Vai. HAHAHA. Oh Shafiq Vai, I'm so into you. Kenapa awak nampak sangat cool bila plucking gitar? *melting*


Nota : Rasanya aku memang suka tengok mana-mana gitaris plucking gitar. Kalau Ag Coco plucking gitar pun aku cair jugak agaknya. Dengan misai dan rambut panjang dia tu. Perghhhh. Cair jugak. Memang gitaris muda kat Malaysia ni semua hensem-hensem eh? OMG! I love Malaysian's guitaris. HAHAHA. Teruskan berkarya ok. You're talented and gifted. Tak semua orang boleh plucking gitar. Only the chosen one could do it.

Saturday, September 14, 2013

Shafiq Vai's Instagram

Oh my God!!! Shafiq Vai dah ada instagram. I'm so excited!!! Hello Shafiq! No more hashtag. HAHA.


Shafiq's first post

Thursday, September 12, 2013

Siapa Shafiq Vai?

Pernah dengar nama Shafiq Vai? Ye Shafiq Vai bukan Steve Vai. Aku syak dia letak nama Vai sebab dia minat Steve Vai kot? Haha. Dia gitaris The Palauans. Band mates Yuna. Dia sangat comel, cute, hensem dan dia petik gitar dengan cool *melting* Aku rasa dia ni pemalu sebab dalam banyak video-video yang ada muka dia, aku jarang dengar suara dia. Jarang sangat la. Tapi dia sangat talented. Aku cuma tahu dia addicted dengan coffee dan dia ada gigi yang cantik. I wonder dia pandai main kastanet dan rekoder ke tak. Hahaha. Ok gurau je. Jom tengok gambar-gambar Shafiq.

Credit : Zulluey. Muka tengah tidur pun comel !
Credit : Zel Atif
Credit : Zel Atif
Credit : Efry Arwis
Credit : Video klip Diandra Angkasa. Apa la agaknya si Ully buat sampai Shafiq gelak besar.
Credit : Zulluey

Jom tengok Shafiq main gitar. Akustik Amkrew bersama Faizal Tahir di Hot FM. Comel gila respond dia tengok Efry bila tersalah strumming. HAHAHA.

Yuna Istana Budaya

Alhamdulillah, impian aku untuk bertemu Yuna dah tercapai. Yayy! Pada 7 September 2013 yang lepas, aku ke konsert Yuna di Istana Budaya. Tersangat lah best. Suara Yuna memang sangat best bila nyanyi live dan aku pasti semua penonton terpukau dengan nyanyiannya. Aku sangat suka Yuna nyanyi lagu Penakut, Lelaki, Coffee, Favourite thing, Remember my name dan Lullabies. Mostly semua persembahan dia best sangat-sangat-sangat.

Ada juga persembahan dari No Noise Percussion. Mereka perform pun best. Pandai attract penonton. Ada lawak dalam muzik. Ada hand clapping battle between audience. Haha. Woot woot. Seriously memang enjoy la. Boleh check out YouTube No Noise Percussion.

Konsert Yuna diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan dan juga The Palauans. Oh bagi yang tak tahu, The Palauans ni adalah nama band mates Yuna yang terdiri daripada Paan(guitarist), Efry(bass), Shafiq(guitarist), Adil(drummer) dan Adam(keyboardist). Boleh check out video Yuna&The Palauans Take USA untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Pada hari konsert Yuna, aku sangat bertuah sebab sampai je Istana Budaya, aku terus jumpa ibu Yuna. Sebenarnya ni kali pertama aku jumpa Cikgu Anum. Sebelum ni tengok gambar dia je. Dia tanya apa nama twitter. Dapat berbual-bual kejap dan bergambar bersama beliau. Masa nak bergambar tu ada perempuan yang mungkin Cikgu Anum kenal terus salam dan peluk dia. Tapi Cikgu Anum minta tunggu kejap sebab aku nak bergambar dengan dia. See? She's respecting people walaupun dia tak kenal aku. Thank you so much.

Reen, En Zaraai, Cikgu Anum, me and Dura
Selain ibu Yuna, aku dapat bergambar dengan ayah Yuna, Encik Zaraai dan juga jurufoto Yuna di US, Jules. Ok sangat bertuah sebab Jules ni juga adalah seorang model. Lepas habis show, Yuna annouce ada sesi meet & greet untuk mereka yang beli tiket RM250 dan RM450. Ok fine. Aku kecewa sebab tak dapat bergambar dan salam Yuna. Aku dapat lihat dari jauh sahaja. Serius frust. Tak pe lah. Maybe next time, Insya Allah. Kalau Yuna ada buat show lagi, aku nak ambil gambar berdua dengan dia. Tu impian baru aku.

Jules and me yaw!
Oh lupa nak bagitahu. Masa datang Istana Budaya, takde parking sebab full! Terpaksa parking jauh dekat sekolah. Fuhh. Yuna punya pasal, aku sanggup berjalan jauh. Keluar dari Istana Budaya menuju ke parking kereta, aku berjalan sebelah seorang lelaki. Di dalam kesamaran tu, aku tak tahu macam mana aku boleh cam muka Shafiq. Aku terus sebut "Eh Shafiq" dan dia toleh. OMG! Allah nak bagi aku kegembiraan lain rupanya. Aku minta izin nak bergambar. Masa tu aku blank. Tak boleh fikir nak tanya soalan apa. Serius. Aku start suka Shafiq masa tengok video Akustik Amkrew bersama Faizal Tahir. Cair weyh tengok Shafiq plucking gitar. Muka Shafiq pun ada iras-iras Faizal Tahir. Sebenarnya aku suka Shafiq dan Efry. Cair tengok masa dua-dua ni perform. Aku dah berbelah bahagi nak tengok Yuna atau mereka. HAHAHA. Masa kat parking tu, aku cuma dapat bergambar dengan Shafiq dan Adam. Paan, Adil dan Efry naik kereta lain dan aku sempat lambai tangan je masa kereta mereka lalu. Ok tak pe. Next time kalau Yuna buat konsert, aku akan cari The Palauans ni untuk bergambar bersama.

Dura, Adam, Shafiq and me
Aku cuba cari maklumat tentang Shafiq tapi encik Google tak dapat bantu. Totally zero. Shafiq takde Facebook, Twitter, Instagram mahu pun Keek. I wonder why. Kenapa Shafiq? Kenapa?? Hehe. Walaupun kawan-kawan awak panggil awak feminin, saya tetap suka awak. Eh? Ni cerita pasal Yuna ke Shafiq ni? HAHAHAHAHAHA.

Shafiq and me *woot woot*
Ok overall, berbaloi sangat aku datang dari JB ke KL untuk ke konsert ni. Semoga Yuna terus sukses dalam bidang nyanyian ni. Dua hari lepas konsert, aku terus beli CD Yuna. Terukir di bintang. Sebelum ni dah ada EP Yuna dan album Decorate. Support Yuna! Yayy! Ni aku tengah minta tolong cousin aku kat Singapore belikan CD Yuna yang lagi satu tu. Album tu tak jual kat Malaysia. Album baru Yuna 'Nocturnal' akan keluar bulan Oktober nanti rasanya. Aku happy sebab dapat beli merchandise Yuna. Ada baju, beg, autograph dan guitar pick. Walaupun dah 5 hari berlalu, positive energy Yuna masih ada lagi pada aku. Inspired and energetic.Yuna, keep making music! I love you!

Favourite things

Yuna's Album which I bought 2 days ago

Photos of You

in Istana Budaya

Monday, August 19, 2013

Contact Synchronization for Blackberry

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya kepada semua bloggers. Hari ni aku nak berkongsi info pasal handphone Blackberry. Aku dah lama perasan contact kawan-kawan aku ada yang hilang bila aku tukar handphone dari Samsung ke Blackberry. Maybe sebab contact tu disimpan dalam handphone dan bukan pada sim kad. So, hari ni officemate aku ada bagitahu ilmu yang baru bagi aku tapi mungkin korang dah tahu. Tak kisah lah, aku still nak share. Korang tahu tak contact korang dalam handphone tu boleh simpan dalam emel? Just synchronize kan je handphone dengan emel. Menarik bukan? Ni screen shot yang aku ambil menggunakan handphone Blackberry.

Pilih Menu Contact >
Klik butang Blackberry dan pilih Options


Semak contact lists. Kalau takde, tambah emel
Tick pada wireless synchronization
Ok screen shot di bawah adalah contact dari emel aku yang synchronize dengan handphone.

Contact dalam handphone aku disimpan juga di dalam emel
Kebaikan synchronization contact pada handphone dan emel ni adalah mudah nak import contact bila handphone rosak. Tak ada lagi masalah hilang nombor kawan dan paling penting dah tak payah lagi nak minta nombor seorang-seorang kalau handphone hilang. Harap tak hilang lah. Tak salah kan ambil langkah berjaga-jaga dan sediakan payung sebelum hujan? Rasa nya semua smart phone ada fungsi sync ni.

Semoga entri ni bermanfaat dan dapat memberikan ilmu baru kepada anda semua.

Monday, August 12, 2013

Mess

"Nothing's going right and everything's a mess and no one likes to be alone"

I'm alone. Craving for Auntie's Anne chocolate stick right now. Full of anger. Feels like crying and broken inside. I hate for having this kind of feeling. Still wondering why things happen. It is fun to keep doing sins? I really want to go far away. I hate this awkward situation. I can't tolerate any longer.

Wednesday, July 31, 2013

6 Tahun

Hari ini 22 Ramadhan 1434H. Hari Rabu, 31 Julai 2013. Genap 6 tahun mak pergi menemui sang Pencipta. Mak pergi terlalu awal. Aku tak sempat membalas semua jasa mak. Mak tak sempat merasa duit gaji aku. Tak sempat nak tengok kejayaan aku. Tapi, aku tetap ingat mak walaupun aku jarang ziarah kubur mak. Doa sentiasa dikirim usai solat. Semoga doa aku sampai pada mak. Bila mak dah tak ada, baru terasa banyak perkara yang mak uruskan. Bila makan roti canai, aku mesti ingat mak sebab mak selalu beli untuk aku.

Semoga Allah tempatkan roh mak di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Dalam kenangan
Hajjah Marinah binte Yacoob
19 September 1952 ~ 31 Julai 2007

Al-Fatihah.

Tuesday, July 9, 2013

Citra Karisma

Alhamdulillah. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Rezeki dari Allah. Terima kasih kepada rakan sekerja yang banyak membantu.



Friday, June 28, 2013

Good Bye NC

Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang adalah bekas naib canselor UTM. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha II Kementerian. Hari terakhir aku jumpa dia adalah pada 7 Jun 2013 yang lalu. Perjumpaan bersama NC untuk kali terakhir. Last lecture. Di akhir ucapan beliau, aku tak dapat menahan air mata. Sebak. Aku pasti semua staf pasti merasai kehilangannya. Beliau seorang yang berkarisma dan bersemangat tinggi. Banyak perubahan yang telah dilakukan di UTM sepanjang bergelar NC. Program lestari seperti aktiviti berbasikal, event Horse Show yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia, Key Amal Indicator (KAI) dan banyak lagi. Beliau sentiasa mengingatkan kita agar ikhlas dalam melaksanakan tugas. Itu adalah amal yang intangible. Aku doakan agar Allah permudahkan urusan beliau di tempat kerja baru. Kecewa sikit sebab tak dapat bergambar dengan beliau pada majlis anugerah minggu depan. Dah tak dapat tengok NC menunggang basikal atau kuda keliling kampus lagi. By the way, I'm glad I talked with him few weeks ago before his promotion. Selamat maju jaya Dato'.

Friday, May 3, 2013

Internship Student #2

Akhirnya mereka menamatkan latihan industri di office aku dengan jayanya. Aku akan merindui mereka. Aku harap mereka akan berjaya dalam bidang yang diceburi. Kak Jannah sayang korang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. I will remember them. 

Ikyn, Shasha, Wafi & Faiz

Thursday, May 2, 2013

A Signature

Pagi tadi ada perjumpaan Dato' Naib Canselor dengan staf UTM. Seperti biasa selepas slide masuk kehadiran, aku dan rakan bergegas ke Dewan Sultan Iskandar untuk mendengar ucapan NC. Untuk makluman, setiap bulan memang ada perjumpaan seperti ini. Agenda nya lebih kepada update terkini kejayaan dan perancangan sepanjang tahun. Pada pendapat peribadi aku, setiap ucapan yang beliau berikan sentiasa menaikkan semangat dan memberi inspirasi kepada staf. Setiap kali selepas tamat perjumpaan, staf akan menyanyikan lagu UTM dan ini dapat memupuk semangat cintakan UTM. Aku rasa seronok dan bersungguh-sungguh nak buat kerja. Sentiasa rasa nak beri yang terbaik dalam apa jua yang aku buat.

Kebetulan tadi ada pelancaran buku beliau yang baru. Lepas tamat perjumpaan, aku lihat berpusu-pusu staf beratur. Bila nampak Dato' NC tandatangan pada buku itu, aku terus teruja. Serius! Teruja sangat. Terus aku beli buku itu dan beratur untuk dapatkan tandatangan beliau. Bila tiba giliran aku, terus dia melihat dan menyapaku dengan senyuman,

NC : "Nama siapa ye?"
Aku : "Jannah"
NC : "Miss ke puan ke cik?"
Aku : "Cik"
NC : "Dari mana?"
Aku : "CICT"
NC : "Jannah ye. Hebat betul nama"
Aku : "Terima kasih Dato'."

Aku sangat teruja dapat berbual dengan beliau. Ada aura yang luar biasa. Semoga kita dapat berbual mesra lagi. I adore you, Dato' NC. Beliau membuat aku rasa lebih cintakan UTM dan ikhlaskan diri bekerja kerana Allah. Semoga aku dapat menabur bakti dan sumbangan kepada UTM. Amin.

Signed by Dato' NC

Saturday, April 13, 2013

Aku Tak Suka

Aku tak suka
  • orang yang ada tabiat makan berbunyi. Tak dengar ke bunyi bising kau kunyah tak tutup mulut? Tak sopan dan sangat annoying.
  • orang yang makan tangan kiri. Tangan kiri untuk cebok. Tangan kanan untuk makan. Nak kena ajar lagi ke?
  • orang yang tak silent handphone semasa mesyuarat. Kau ingat kau seorang je ada handphone?
  • orang yang potong queue semasa memandu. Ok yang ni aku benci gila. Kau ingat kau seorang je nak cepat?
  • orang yang buang sampah ke luar tingkap semasa memandu. Tak reti tunggu balik rumah baru buang ke? Kau ingat jalan raya ni tong sampah? Takde kesedaran sivik langsung!
  • orang yang tak pakai deoderen. Tolong lah pakai supaya orang lain boleh bernafas udara yang bersih. Pening tahu tak?
  • orang yang suka post status masalah keluarga kat laman sosial. Keep it private boleh tak? Too much information.
Entri ni untuk peringatan aku dan kamu semua. Berubah lah untuk kebaikan.

Friday, April 12, 2013

A Millionaire's First Love

It's a sad movie but very meaningful. I can't stop crying watching it.

Wednesday, April 10, 2013

Dengan IzinNya

Dengan keizinan Allah, hari ini aku telah meluahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak 7 tahun yang lalu. Ia bukan perkara mudah untuk dibincangkan. Kali ini, aku yakin Allah telah membuka ruang untuk aku meluahkannya kepada orang yang sepatutnya sedar mengenainya. Ya Allah, aku tak dapat menahan sebak dan air mata setelah melafazkannya. Aku telah memohon maaf sebelum mengungkapkan ayat itu. Aku tawakal kepada Allah. Semoga apa yang aku sampaikan membuka mata dan hatinya. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Aku meluahkan apa yang aku rasa salah dan tidak patut berlaku. Ya Allah, besar dugaanMu ini. Setelah 7 tahun terpendam, akhirnya malam ini, aku tamatkan kekecewaan dan kesedihan aku. Semoga ada jalan penyelesaiannya. Amin.

Aku telah melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan 7 tahun yang lepas. Tapi, mulut ini bagaikan terkunci. Malam ini, Allah telah membuka kunci itu. Aku rasa lega walaupun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada esok hari. Ya Allah, aku yakin dengan kekuasaanMu. Aku yakin Allah sentiasa memaafkan hambaNya. Semoga ia akan berakhir. Ya Allah, letakkan kami di jalan yang benar. Jangan Kau gelapkan hati kami Ya Allah. Perkenankan lah doa hambaMu ini Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Aku yakin Allah telah memilih aku untuk mengatakan ayat itu kepada kamu. Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Semoga kita membuat pilihan yang terbaik.

Aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk aku luahkan tetapi aku pilih untuk luahkan kepada Allah. Kerana Allah Maha Mendengar.

Sunday, March 31, 2013

Blackberry Received

I'm officially a blackberry user. Alhamdulillah. Penantian selama 2 hari berakhir dengan kegembiraan. Nanti dah habis explore, aku bagitahu apa yang best pasal handphone aku ni.

Ok bai.

Wednesday, March 27, 2013

Blackberry

Usha handphone Blackberry dengan adik-adik praktikal adalah salah satu kenangan manis dalam hidup aku. Mereka lebih tahu tentang Blackberry. Aku? Hanya lah newbie. Tak sabar nak dapat handphone baru Jumaat ni. I'll wait patiently. *excited*

Sunday, March 24, 2013

Internship Student

Ni lah adik-adik praktikal di office aku. Wafi, Faiz, Shasha & Ikyn. Intake Disember 2012 - Mei 2013. They'll finish their internship soon. I'm gonna miss them. We had spent some time together. Belajar coding, main ping pong, jalan-jalan kat Jusco Bukit Indah. I'll remember them.

Wafi, Faiz, Me & Shasha

Congrats~

Hai. Lama tak update blog. Minggu ni aku sangat sibuk. Semalam, sahabat aku bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat Ecah dan Fendi. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Selamat Bertunang Ecah
Petang tadi pergi majlis persandingan kawan sekolah aku. Alhamdulillah dapat kumpul dengan kawan sekolah. Tahniah Ali dan pasangan. Semoga berkekalan  hingga ke syurga.

Pengantin Baru
 Lepas tu, pergi rumah sahabat aku. Majlis hari lahir anaknya, Qaseh yang berusia 3 tahun. Happy Birthday Qaseh. Semoga jadi anak yang solehah.

Birthday Girl, Qaseh
On the way nak balik rumah, hujan selebat-lebatnya. Berhenti jap kat Petronas. Bila dah reda sikit, bukannya balik ke rumah. Kami terus ke Galeri Ariani yang baru dibuka berdekatan dengan Plaza Angsana. Ada diskaun katanya. Kehkehkeh. Bab shopping memang heaven. Women can't deny it. I had a blast day. Sambar satu tudung buat Birthday Girl kita iaitu Ecah yang kebetulan baru bertunang semalam. Aku sayang semua kawan-kawan aku. =)

Sunday, March 10, 2013

Innocent Steps

It's a good korean movie. I've just watched it a few minutes ago. Please click the picture below to watch it in YouTube.

Tuesday, February 26, 2013

I'm Glad

Dah lama kita tak jumpa dan berborak. Aku sedar kita dah tak mesra macam dulu. Kita ada kehidupan masing-masing. So, I just follow the flow. Actually, aku sangat terharu. Kamu masih hargai hadiah yang aku pernah beri. It wasn't expensive. It was just a gift that came across my mind by that time. Kalau hadiah tu memang membawa manfaat kepada kamu, aku bersyukur. Terima kasih kerana masih menghargai. Aku di sini masih mengingatimu. We are friends. I always remember you whenever I'm happy or sad because you are always by my side when I need someone.

Wednesday, February 20, 2013

Sixpence Non The Richer - Kiss Me

I have some kind of good feeling whenever I listen to this song. The sound of the guitar makes me relax and calm. I'm glad to hear his voice through phone today. The way you call my name really made my day brighter. Oh my secret admire!

Saturday, February 9, 2013

Fall For You

Hai. Apa khabar? Aku harap korang sihat. Aku baru baik batuk. Sebulan lebih baru batuk aku reda. Huhu. Lately aku rajin buat cover lagu. Tadi aku baru record one of my all-time favourite song. By the way, Happy Chinese New Year to those who celebrate it. Dapat cuti sampai hari Selasa depan. Oh, heaven!

Saturday, January 19, 2013

Hello Mr. W

Hari ini hari Sabtu dan aku masih di office. Bekerja di hujung minggu bukanlah hobi aku. Tapi aku tabahkan jua. Bukan ni yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku nak cerita tentang seseorang. Ye. Tentang seseorang yang baru aku jumpa Disember lalu. Seorang lelaki yang jauh lebih muda dari aku. Pangkat adik-adik aku. Tapi aku suka tengok muka dia sebab ada iras Kamal Adli. *jerit*. Tu yang membuatkan aku teruja nak kenal dia dengan lebih dekat.

Aku jumpa facebook dia tak sampai seminit pun. Itu kepakaran masing-masing lah kan. Hahaha. Aku suka tengok gambar-gambar dia tapi aku tak add dia pun. Aku try cari birthday dia tak jumpa. Dia hide kot. Tertanya-tanya juga bila hari lahir dia. Tadi aku saje usha kat internet. Oh man! Aku dah jumpa birthday dia. Teruja sebab ada persamaan dengan aku. Kira ada chemistry la. Hehe. Aku paling suka dengar dia mengaji. Beberapa minggu lalu ada bacaan Yassin kat office aku. Salah seorang staf jabatan aku meninggal dunia. Masa tengah baca Yassin tiba-tiba terdengar suara lantang membaca dari belakang. Aku tak tahu pun dia yang duduk belakang aku. Bila dah habis baca terus aku pusing. Eh, dia la. Aku senyum. Suka sebab dah tahu dia pandai mengaji. Alhamdulillah.

Since umur kita jarak hampir 6 tahun, aku akan layan dia macam adik aku walaupun aku dah mula suka dia. Ops. Suka sebab muka dia macam Kamal Adli. Hello Mr. W. Selamat berkenalan. 

Sunday, January 13, 2013

A Weekend To Remember

Minggu ni aku banyak habiskan masa bersama kawan-kawan. Sabtu lepas aku pergi Angsana. Ada pameran pengantin. Excited kejap bila jumpa Que Haidar dan Linda Jasmin. She's flawless. Cantik gila. Tapi aku takde la over excited sangat sebab aku bukan la peminat setia dorang. Tapi kalau aku jumpa Yuna, Beto Qusyairy atau Kamal Adli, I'm gonna be soooo excited. Suka gila tengok Kamal Adli, muka dia, gigi dia yang jarang sikit kat depan tu, seriously, comel. Semalam tengok Kamal Adli berlakon cerita "Sayangku Damia" kat tv3 dengan Hanez Suraya. Setiap kali muka Kamal Adli keluar dekat skrin, I can't take my eyes off you. Kamal Adli, saya sangat suka awak. hee~ Bajet dia baca blog aku. Hahaha.

Ok sambung cerita tadi, lepas tengok pameran pengantin, aku tengok wayang. Aku tak tahu bila kali terakhir aku tengok wayang. Seriously it was really long time ago. Bila dapat peluang macam ni, aku rasa bahagia. Dapat hang out dengan kawan-kawan. Dengar cerita suka duka mereka. That makes my life colorful actually. Rather than mengadap komputer tengok coding memanjang. To be honest, I'm not a workaholic. Not yet I guess. Mungkin sebab aku masih muda dan I want to taste the sweetness of being a youth. Eh, macam dah lari topik. Haha. Aku bukan memberontak. Cuma rasa diri aku tak gembira macam dulu. Tapi aku bersyukur dengan apa yang Allah beri. Terima kasih Allah. Ok sambung balik. Aku tengok wayang cerita CZ12. Best. Berat jugak cerita ni. It took around 2 hours. Aksi yang dibuat memang mendebarkan. Oh lupa, pelakonnya adalah Jackie Chan dan lain-lain. Aku kenal dia je. Hahaha.

 
Hari ni aku buat western breakfast. Healthy food for my beloved family.
Tengahari pergi majlis perkahwinan kawan induksi. Selamat Pengantin Baru Helmy & Linda. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin. Petangnya pergi kenduri doa selamat kawan aku. Terima kasih Ayu kerana membacakan Yaasin untuk arwah mak aku. Terharu sangat. Dia minta nama arwah ibu aku untuk dibacakan dalam majlis Yaasin. She touched my heart. Seriously. Thank you very much for still remember my late mum. Semoga Allah permudahkan segala urusan kau dan permudahkan kau bersalin bulan depan nanti, in sya Allah. Amin.

Balik kenduri aku singgah rumah best friend aku, Ogy. Hantar kad kahwin kawan aku. Hajat di hati nak hantar kad kahwin je tapi boleh terlepak borak dengan family dia. Siap layan movie The Smurfs pulak kat Astro. Ehem. Astro baru pasang tadi rupanya. Haha. Borak punya borak dah sampai ke maghrib. Terima kasih mak sebab sudi masakkan nasi goreng kegemaran saya. heee~

Akhir kata, saya suka la hujung minggu seperti ini. Penuh dengan aktiviti yang menggembirakan saya. Yayy.


Tuesday, January 8, 2013

Hello Dear Part 2

Assalamualaikum. Hi. I hope it's not too late to wish Happy New Year to everyone. Aku sedang dalam mood yang sangat baik hari ini. Pagi tadi aku jumpa Mr. R. Ala, that guy yang aku pernah cerita dalam entri ini. Hehe. Bila tahu yang aku akan berjumpa dengan dia, aku jadi terlampau excited. Siap fikir nak pakai baju apa. Nak react macam mana and so on. Berdebar pun ye jugak. Maklumlah, nak jumpa someone yang aku suka. Te be exact, aku bukan jumpa dia berdua je. Kita berada dalam bilik latihan yang sama. Hehe.

Bila aku ternampak dia, aku jadi auto gelabah. Seriously tak tahu nak react macam mana. Ada jugak terdetik rasa menyesal sebab whatsapp dia dulu. Pernah whatsapp sekali je tapi aku suka sangat tengok bila kali terakhir dia whatsapp. Ala, ayat yang tulis "last seen today at 5:39pm". Kira aku stalk dia la kot? Suka! End up sampai habis latihan, aku langsung tak tegur dia. Berpandangan pun tidak. Aku tak boleh kawal dada ni berdebar. Tapi ada la jugak aku curi-curi pandang dia. Hahaha. Bila latihan tamat, dia terus balik. So, memang tak berbual la dengan dia. Oh ye, aku dah add dia kat Facebook. Takut tapi nak jugak add. lalala~ Aku tahu dia tak berapa sihat. Batuk dan selesema. Aku pun sama. Eh, sama la.

Petang tadi, tengah khusyuk buat coding ada panggilan masuk. Macam biasa la bantu kalau pengguna sistem ada masalah. Guess what? Mr. R yang call. OMG! OMG! OMG! Dia memperkenalkan diri walaupun sebenarnya aku boleh cam suara dia. Aku bantu mana yang boleh. Rasa bahagia jap dapat berbual dengan dia walaupun pasal kerja. A few hours later, dia call lagi. OMG hari ini aku sangat lucky. Kat office aku ada 3 hotline number, dan aku dapat bercakap dengan dia lagi. *jerit* Ok cukup. Aku tahu korang dah tak sanggup nak membaca entri aku yang penuh dengan kegilaan ini. Anggap je la hari ni aku bahagia.

Eh, cerita Setia Hujung Nyawa dah start. Nak tengok Amar Asyraf. Hehe. Bye.