pernahkah anda terfikir akan semua ini? atau hanya menjadi rakyat yang pasif dan berdiam diri tanpa langsung berikhtiar dan berusaha untuk membendung gejala ini. sebagai rakyat yang bermoral dan berpelajaran, kita sepatutnya membuka mata dan minda. semuanya bermula dari diri sendiri. setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. ini yang perlu kita kaji sebenarnya. bukan hanya menuding jari menyalahkan sesama sendiri dengan hanya bermodalkan air liur dan janji kosong.
dalam kes-kes tertentu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang harmonis. mereka ibarat role model kepada anak-anak. didikan agama, kasih sayang dan penerapan nilai-nilai moral sejak kecil mampu membentuk anak-anak menjadi manusia yang berguna. sebagai contoh, jika ayah seorang perokok tegar, adakah releven untuk menasihati anaknya untuk berhenti merokok? nasihat itu bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus sahaja.
faktor lain yang perlu dititikberatkan ialah rakan sekeliling. rakan adalah antara orang yang paling kerap bersama tidak kiralah di sekolah, pejabat mahupun rumah. silap pilih kawan biasanya faktor yang menyumbang kepada masalah sosial. pujukan dan rayuan membuatkan hati goyah dan lupa diri. mula lah lembaran hidup baru bersama rakan. merempit, kaki clubbing, seks bebas dan macam-macam lagi. yang indah itu hanya sementara. ada sesetengah kes yang berakhir dengan kematian, hukuman penjara, lahir anak tanpa ayah. bila berlaku perkara sebegini, mula lah terbit rasa penyesalan. mengharapkan masa dapat diundur kembali. tapi malangnya, nasi sudah menjadi bubur.
individu adalah faktor terpenting dalam menangani masalah ini. tanpa individu, maka tidak wujudlah serumpun masyarakat. fikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu. berbaloi kah perkara yang bakal kita lakukan itu? jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung. menurut sahaja apa kata orang tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. jika gadis dirayu oleh lelaki, jangan mudah termakan pujuk rayunya. jangan jadi perempuan yang murah dan tiada harga diri. jika anda pernah terlanjur, cepat-cepat lah bertaubat.
kesimpulannya, bersama-sama lah kita berganding bahu melahirkan masyarakat yang bertamadun. jangan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. ingatlah, masa depan ada di tangan kita semua. akhir kata, bebaskan diri dari belenggu sosial.
"apa yang penting, kerjasama! - wonder pets"
6 comments:
pendahuluan- 6/10
isi2- 7/10
penutup- 4/10
tataubahasa - 6/10
peribahasa - 10/10
________________________
total- kire snirik ek..kih3:-P
nak hantar mana esei nie... ada pertandingan ke?
bg aku ler kan
semua bermula dr diri sendiri
kalau fikiran mudah terpengaruh jd ler cam tu
kalau fikiran dapat beza baik n buruk... selamat ler
anak2 kena dilatih berfikir dengan matang
khairi - ha ha. terima kasih sebab bagi markah.
haruan - tak hantar ke mana-mana pun. sekadar luahan dan untaian kata yang singgah di minda. :)
luffy - yup. betul sekali. kapten bukan setakat pandai bercerita malah bijak menghasilkan komen-komen yang bernas. ;)
Sebelum nih, Malaysia aman je dari benda2 gini. Tapi setat tahun 1996 semuanya berubah.
Internet diperkenalkan kalo xsilap aku pada akhir 1995. Masa tu, masih baru. Porn site tengah meletop2 naik. Memula boleh kawtim lagi. Boleh dibendung. Tapi kesannya mula drastik 10-12 tahun selepas itu.
Dlm tempoh nih, porno dah biasa. Dah diterima dlm kamus dewan pon. Enpon2 dah murah. Kecik2 lagi dah ader enpon 3g. Ada porn duk dlm. Jiwa remaja, semua nak cuba. Kan?
Tanpa teknologi, manusia tetap boleh idup. Tapi tanpa budaya, semuanya xberguna.
Ilmu.Iman.Amal.-motto mana ntah
huhu.
minda kita dicemari secara halus.
budaya dan teknologi.
haih.
Post a Comment