untuk pengetahuan korang, ramai lelaki kacak yang menggunakan surau ini untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. itu bukanlah satu masalah buat aku. perkara yang membuatkan naluri aku membuak-buak ingin menceritakan pada korang adalah apabila pintu surau itu terdedah dan mengeluarkan bau yang sangat tidak enak.
dari mana datangnya bau-bau itu? aku syak ia datang dari bau kaki atau bau stokin kaum adam. kenapa lah tempat suci dan juga rumah ibadat mempunyai masalah sebegini? tempat kita beribadah dan sujud kepada Allah berbau busuk. aku rasa bau stokin tu da melekat dan meresap ke dalam karpet surau sampai bau air freshener automatik perisa oren sudah tak bau langsung. haih.
ada lagi satu cerita. aku alami sendiri benda ni. waktu itu, aku berada di KL untuk training. semua programmer jabatan aku hadir dan kami conquer 1 level hotel. ada 1 perkara yang buat aku tak pernah lupa. bau stokin yang menusuk hidung. dah lah hotel tu berhawa dingin. apa gila si polan boleh letak stokin yang sudah bape tahun tak basuh itu di tepi pintu hotel. lepas tu, pintu nya disendal dengan door lock. semua keluar bilik hotel dan memuncung dan menutup hidung sambil tanya antara satu sama lain,
"stokin sape yang bacin ni??"
si polan boleh buat dang macam muka orang tak bersalah! dem! bau memang
jadi, saranan aku kepada kaum adam, sila cuci kaki anda bersih-bersih. jangan pakai stokin sampai seminggu tak tukar. kalau ada event yang kena buka kasut, better kalau buka stokin dan cuci kaki dulu. potong kuku kaki kalau sudah panjang. jangan bela kuku. ia ibarat memelihara sekandang babi [lagi]
nota stokin busuk : kebersihan adalah sebahagian daripada iman. kalau pengotor macam ni, makwe pun boleh lari weyh!
*sekadar renungan bersama*
8 comments:
wah..kot2 makwe lagi sayang pe??
al-maklumlah..ada "trade mark snirik"..hahahahaha
erk!
itu bukan trade mark.
itu membunuh weyh!
ha ha.
spnderpun sama juga
@ a.b recycle eh? Hohoho...
@ nuyul kenali bakal suami anda. adakah beliau berkaki busuk? hohoho...
p/s: semua permasalahan adalah peluang utk bisnes. Apakata nuyul bkk bisnes cuci stokin ngn segitiga ( sepender ). Masyuk tu kalo sumer programmer kat ctu anta. Hahaha
ab - aku pun pelik kenapa lelaki suka peram spender. hahaha!
xull - aku harap bakal suami aku xde masalah ni *berdoa*
nota : aku xsanggup cuci spender org lain. heh.
gua ada kaji pasal stoking busuk ni.kebanyakan dorang pakai kasut yang lebih pvc dari kulit.totally kena pakai kasut kulit baru kaki x ada bau.kasut sukan pun sama.kena pakai betul2 ori.memang mahal.tapi kat bundle murah2 je.
pesanan aku,ko lambak kan kasut2 branded bundle depan surau tu kasi buat bisnes.hahaha...
erk
aku ganti stokin yer
zairi - he he. ko memang otak bisnes uh!
luffy - hahaha! sila la ganti :)
Post a Comment