Monday, October 17, 2011

Guilty

Pagi tadi nak pergi kerja, aku ternampak ada motor excident. Jatuh masa dekat selekoh. Aku syak dia bawak laju dan brek dekat selekoh yang ada pasir. Mungkin tayar motor botak. Aku nak berhentikan motor tapi aku nampak ada kereta berhenti betul-betul depan motor tu. Mungkin orang yang naik kereta tu tolong dia. Aku sempat kerling penunggang motor tu. Bangsa India. Dia tak cedera dan boleh bangun sendiri. Rasa bersalah pun ada sebab tak berhenti sekejap. Maafkan aku. Aku harap dia tak cedera teruk. Kadang-kadang aku teragak-agak sama ada nak tolong ke tak bila berlaku perkara macam ni. Kang kalau tolong tapi tiba-tiba sindiket rompak macam dalam cerita Kasih Alia, tak ke naya tu. Tapi tadi tu memang excident betul. I felt guilty right now. Maafkan aku sebab tak tolong. Sorry!

Nota : Mak Long aku ditimpa masalah. Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan beliau. Semoga Mak Long tabah. Berat sungguh dugaan buatmu. :(

1 comment:

pakngah.misteri said...

aku pon penah mengalami perkara sama. nak ditolong, aku pon bawak moto. naseb baek ada orang keliling datang tolong.. takpa, tuh fardhu kifayah. dah terlepas sebab ada yg tolong. kalao si pelanggar tak tolong, aku boleh tolong jugak. tolong kejar.. =)