Tuesday, October 18, 2011

Where Are You

5 Oktober 2011, aku mc hari tu. Demam 39 darjah celcius, selesema, batuk. Doktor check blood pressure, 194/97. Gila. Boleh kena stroke macam ni. Aku syak tinggi sebab aku tengah demam. Mungkin. Kepala dah pusing. Tidur satu hari.

17 Oktober 2011, aku ke klinik untuk buat rawatan susulan. Batuk dan selesema belum baik. Tekak gatal tapi doktor cakap takde kahak. Kahak ni main sembunyi-sembunyi pulak. Bila jumpa doktor, dia tak nak keluar. Educated la konon. Pttuuiii! Check blood pressure, 149/84. Better than 12 days ago but still need to reduce the number. Doktor tanya kenapa masa 5 Oktober ni tinggi sangat. Aku cakap ada kaitan tak dengan period? Doktor cakap takde. Sepatutnya kalau period, darah rendah. Aku terdiam.

Kenapa tekanan darah tinggi ni? Kalau normal 120/80. Ni dah lebih ni. Stress sangat ke aku ni? Ke aku kurang berehat? Mata pun dah makin rabun. Cermin mata pun dah kena pakai balik. Tapi masalahnya aku pening pakai cermin mata ni. Nak kena check power dia balik. Tidur pun mimpi coding. Logical. If else. SQL. Aku rasa aku habiskan masa banyak untuk kerja instead of time for myself, family and friends. Aku pun dah jadi pendiam bila lepak dengan member. Dah takde topik nak bualkan. It's really dull and boring. I miss the real me. Can you find her? Send her back as soon as possible. Thank you.

nota : sekuat mana pun hati ni, kadang-kadang boleh jadi rapuh. bila member lepak, post gambar kat facebook, dan dalam gambar tu tiada aku, mula lah aku rasa sunyi. mungkin aku telah dilupakan. dan bila dah sebulan dua aku tanya balik, "lepak tak ajak pun". Simple answer dia jawab, "kau bz memanjang" padahal tak text or call langsung. Shit. Benda remeh macam ni pun aku nak amik hati.

Ok fine. Let's move on.

2 comments:

pakngah.misteri said...

mahap cakap. ko kena rehat. i was like that. aku pernah macam tuh. sampai mimpi pon pasal kerja. dan apa yang aku buat? tiada. melainkan mencarut dalam blog. sebab. itu pilihan aku. kalau apa yang ko buat bukan pilihan ko, then you have your own reason to disobey them. jangan paksa diri. people need a rest. kita bukan robot. sesekali, pampered yourself. hehe.. sori, aku memang pandai bagi nasehat percuma. =)

nuyuljana said...

thanks sebab bagi nasehat. tiba-tiba macam terjebak dengan perkataan 'workaholic'

cis!