Tuesday, January 17, 2012

Hardship

Ada terlalu banyak perkara yang berlaku hari ni. Ada 3 accident yang berbeza lokasi. Satu di jalan Skudai ke Pontian. Aku nampak orang terbaring atas jalan dengan motosikal. Tak taw la hidup ke mati. Orang kata kalau mati tutup dengan surat khabar. Tapi, India tu tak tutup dengan surat khabar pun tadi. Kedua, accident di roundabout UTM. Suzuki Swift dengan motosikal kot. Takde kehilangan nyawa. Ketiga, u-turn dekat pintu belakang UTM. Katanya 2 India mati. Lori, kereta dan motosikal. Salah seorang kepala dah putus. Ok aku takut. Seram wooo!

Petang tadi dalam pukul 4:00 petang, aku dapat panggilan dari person in charge yang uruskan pinjaman kenderaan aku. Lepas pung pang pung pang cerita, akhirnya setelah sekian lama penantian aku, jawapan yang aku terima adalah maaf anda tak berjaya. Tu yang buat aku frust dan tak mampu nak tahan air mata lepas letak telefon. Ok aku ceritakan sedikit kronologi mengapa aku sedih gila.

Bulan Oktober 2011, aku ada apply permohonan skim pinjaman kenderaan. Aku dah hantar ke bendahari untuk proses seterusnya. Mulanya, aku dapat call dari person in charge yang handle skim pinjaman ni.
Dia bagitaw gaji pokok aku tak lepas untuk syarat kelayakan minimum. Kurang RM9 dari gaji minimum. Kebetulan Bendahari minta hold semua skim pinjaman hingga ke mesyuarat hujung tahun pada bulan Disember 2011. So, dia kata tunggu la sampai bulan Disember 2011 dan suggest aku buat surat rayuan since beza RM9 je. Dan keputusan mesyuarat, rayuan aku ditolak dengan alasan gaji bulan Januari 2012 dah guna SBPA. So, tunggu la bulan Januari 2012. Bila dah Januari 2012, gaji dah naik, sistem pulak ada masalah. Bila sistem dah ok, baru nak kira emolumen aku dah 64% melebihi syarat maksimum 60% potongan dari gaji bersih. Dan keputusannya, aku tak dapat buat pinjaman. 4% yang bertambah tu adalah insurans nyawa aku. Kalau lah dari awal dia cakap aku tak layak kan senang. Tak payah aku bazirkan 3 bulan aku for nothing. Aku taw masa dia call tadi dia rasa bersalah sebab tak check details aku secara terperinci.

Oleh sebab aku buat permohonan baru dengan bank luar, harga kereta dah naik RM200. Dugaan. Dugaan. Semoga perjalanan hidup seterusnya yang bakal aku lalui dipermudahkan. Amin. Actually masa aku nangis tu, I really need someone to hug. Aku rasa down gila sebab bazirkan 3 bulan yang sepatutnya aku dah buat loan kat bank luar. Mula-mula fikir kalau loan kat dalam dapat jimat RM5000++ tapi akhirnya jadi macam ni. Mungkin ada hikmahnya. Tak pe lah. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Kali ni aku berserah semuanya pada ketentuan Allah. Kalau ada rezeki aku nak beli kereta, insya Allah, we will meet on the road JNH!

Apa pun yang berlaku hari ni, aku anggap sebagai dugaan hidup. Walau sepahit mana pun untuk ditelan, aku perlu terimanya dengan hati terbuka. I'm trying my very best to spread positive energy to people around me and bring joy as much as I could. So, be happy. Live your life to the fullest! Weeeeee~

Malam ni tak payah nak nangis fikir pasal benda yang tak best, lagi bagus layan gitar sambil main scrabble online. Bye!

1 comment:

ayen =D said...

sebenarnya ni ujian untuk aku.. klu ko dh dpt kete, tentu aku dh ajak kau bawa aku ke sana ke mari dengan kereta kau.. saja je nak hold supaya aku tak cepat sangat pekena kan kau hehehe.. so, kasi hold 3 bulan..

be strong ya! ko nangis, mesti comel! haha.. klu aku jdi kau kan, aku lambat sikit nangis.. aku naik hantu dulu.. hamuk2 dulu kat PIC.. buat surat aduan bagai.. lepas tu tengok kereta orang lain kat atas jalan, baru nangis kih2..

ko tau tak, intro ko pasal accident siap kepala putus adalah sangat seram!