Tuesday, June 30, 2009

Missing Stars

yesterday, dark was covering every inch of my sight.
i couldn't see anything.
there was blackout.
suddenly all the memories flashed back.

that night, only the moonlight could shine the darkness.
we put the mattress in the balcony.
we lie down and count the stars.
i heard the sound of guitar string.
playing his favorite songs.
we sang together until we slept.
we don't even knew when the light turned on.

now, we are apart.
we gone through our own ways.
i do hope that i could hug you again.
so that you know how much i love you.

.

hari : ahad
tarikh : 27 Jun 2009 bersamaan 4 rejab 1430H
lokasi : leisure mall pelangi JB
masa : 6.40 pm
aktiviti : tengok wayang
cerita : transformer
ahli : 5 orang
mood : hepi
komen : sangat best!

nota terselit : ada abang hensem blanja tiket wayang. *senyum*

sekian.

Thursday, June 25, 2009

Dia

usai solat zuhor tadi, aku termenung sejenak. tiba-tiba aku teringat sesuatu. aku terus tersentak. hati aku tiba-tiba berdegup agak kencang-kencang bahasa. aku teringat akan mimpi subuh tadi.

**************

sesudah bersahur, aku menghenyakkan badan di atas katil. ah! enaknya. kubungkus tubuhku dengan komfeter. bantal pembaringan aku tepuk manja. entri ini dan-dan menerawang di celah minda. ehehe. ya, aku suka memikirkan entri-entri kalian sambil tersengih sorang-sorang. sesungguhnya tidur itu memang nikmat. bagaimana ye rasanya bila sudah berkahwin. mesti lagi enak tidur berteman. lalala~

sebelum terlelap, aku ada pasang niat. aku mohon agar Allah berikan aku petunjuk untuk bertemu jodoh yang baik. aku lihat kipas berputar. tak lelap. kupusing kiri. tak lelap lagi. kupusing kanan, terdengar sayup-sayup kuliah agama dari siaran RCTI, Indonesia di kaca televisyen. tak boleh jadi ni. aku ada lagi satu jam sebelum memulakan rutin harian. akhirnya aku dapat satu akal. aku meniarap sambil memeluk erat bantal wangiku. akhirnya terlelap.

**************
agak-agak apa yang aku mimpi? boleh tebak? tak? ceh. tak boleh harap. cuba la belajar ambil hati aku. hee~ ok, aku mimpi seseorang yang aku pernah suka dulu. memang aku suka dia dulu. sangat suka. tapi dulu la sebelum aku direjek ditolak separuh mentah. hmm, adakah itu jodoh aku yang Allah cuba sampaikan melalui mimpi? atau hanya mainan tidur semata. aku tak pasti. yang pasti aku tak mimpi basah. apa gila aku nak puasa boleh fikir biru. aku tanya diri aku sendiri, adakah aku masih menyukainya? hati aku yakin menjawab "TIDAK!!"

aku pasti Allah telah menulis jodoh aku dengan seseorang di luar sana yang mungkin sedang tersenyum manis menunggu detik-detik aku hadir dalam hidupnya. :)

nota : bila ingat zaman dulu, aku tersenyum sendirian. betullah kata cikgu Faridah, kalau cinta dah melekat, taik kambing rasa coklat.

Wednesday, June 24, 2009

Rejab Yang Menginsafkan


harini 1 rejab 1430H. aku tak tahu sama ada korang amik berat benda ni atau tak. tapi bagi keluarga aku, ia sangat bermakna. pagi tadi kami sahur bersama. rasanya seperti sudah melangkah ke bulan ramadhan. he he. bulan rejab adalah bulan Allah. antara kelebihan bagi mereka yang berpuasa satu hari pada bulan rejab ialah seperti kita berpuasa 40 tahun, mendapat keredhaan Allah dan syurga tertinggi. kelebihan yang lain boleh rujuk di sini.

semalam aku ada terbaca satu blog. salah satu entrinya menceritakan tentang kenangannya bersama seorang teman yang telah kembali kerahmatullah pada 22 jun 2009. aku buka sendiri fesbuk arwah. ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik. sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, status yang ditulis pada fesbuk menunjukkan tanda-tanda beliau akan pergi. dihitung minit-minit terakhir sebelum makan tengahari di statusnya. aku lihat juga tarikh lahir arwah. 7 julai. aku terpana. it's just around the corner. mungkin kita semua tidak amik port pasal benda ni tapi aku pernah dengar yang ajal kita hampir dengan tarikh kelahiran. sejauh mana kebenarannya, aku tidak pasti. status yang aku paling sedih ialah beliau merancang untuk ke Genting ahad ni. hati aku benar-benar tersentuh. sesungguhnya kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Al-Fatihah buat beliau.

aku sangat takut jika nyawa aku ditarik saat aku lalai dan leka. aku cuba untuk tahan nafas selama 20 saat. ah! seksanya. bagaimana ye jika malaikat izrail benar-benar mencabut nyawa. seperti memisahkan isi ikan dan tulangnya. aku insaf. moga Allah mempermudahkan kita semua menghadapi sakaratul maut dan pergi dengan mudah dan tenang. amin. aku seakan tersedar dari kelalaian dunia. marilah sama-sama kita berzikir pada harini. astaghfirullah hal'azim. zikir ini dapat menghilang satu titik hitam di hati setiap kali dibaca. ayuh kita beramal. siapa tahu mungkin esok lusa ajal kita akan tiba.

Tuesday, June 23, 2009

Aku Mau Kurus



tahu buah apa ni? sila cari sendiri. hehe. malam tadi, aku disuruh memakan buah ini tanpa dipotong. perlu makan kulitnya sekali untuk membuang lemak-lemak dalam badan serta membantu menguruskan badan. oleh sebab badan aku suda naik lagi, aku akur. dem it!! sangat masam ogey! aku memakannya dengan mata terpejam dan lidah terjelir-jelir. why weight loss is so difficult? haih.

nota buah : kalau ada petua kurus yang mujarab, kongsi lah. aku mau kurus ni. serius.

Monday, June 22, 2009

Balai Seni Nusantara

pernah dengar balai seni nusantara? tak? ok. aku pergi ke sana semalam. lokasinya terletak berdekatan dengan danga bay, johor bahru. pertama kali menjejakkan kaki, aku agak takut-takut. al-maklumlah tempat ini menjual barang-barang misteri yang jarang ditemui. antara barang yang dijual ialah keris. terdapat lebih seratus bilah keris boleh dijumpai di sana. aku tak berani menyentuhnya kerana aku pasti setiap satunya pasti 'bertuan'.

selain itu, ada replika burung cenderawasih tersergam indah di pojok tangga. tahu tak apa itu burung cenderawasih? menurut mitos, burung itu asalnya dari kayangan. khabarnya ada yang sanggup membelinya dengan harga dua juta. wow. menarik bukan? aku juga lihat barang-barang lain seperti cincin batu permata, gelang emas berbentuk ular (mungkin dipakai oleh raden-raden di Indonesia satu ketika dulu), duri landak, kayu gaharu, kulit harimau, alat muzik antik, baju bersulam ayat, wafak, kokka, paku ayat dan macam-macam lagi.

aku juga melihat ade batu bersisik-sisik seperti ikan. ada mata, sisik dan ekor persis seekor ikan. mungkin ikan ini telah disumpah menjadi batu macam dalam lagenda si tanggang. agak lama juga aku berada di sana. aku tiba-tiba sakit kepala kerana mungkin tak 'into' dengan scene macam tu. mungkin itu lah kali pertama dan terakhir aku ke sana. sejauh mana misteri barang-barang itu, aku tak punya jawapannya.

nota : sangat bersemangat ke opis harini kerana berkasut baru. ha ha. ;)

Saturday, June 20, 2009

PCI Simple Communication Controller

dua hari lepas, aku format PC opis sebab slow tahap cipan. aku ada dua operating system dalam tu iaitu windows XP dan suse gnome. dulu aku develop portal guna suse tapi sekarang dah guna windows XP balik. masa format tu nampak smooth je. aku dah bayangkan macam-macam nak kasi bubuh dalam 160GB hard disk. aku nak penuhkan dengan drama-drama korea dan jepun mungkin. hehe. porno? ceh. aku clean beb.

so, lepas format tu, aku install la driver. semua berjalan dengan lancar memandang opis aku pakai CD Windows XP yang original. cuma ada satu masalah je. ada satu driver yang aku tak berjaya install dari CD iaitu PCI simple communication controller. aku pun search la kat internet nak cari driver ni. aku bukak forum ni. so, aku try la.

mula-mula, buka right click my computer. pilih properties. kemudian pilih tab hardware dan click device manager.


kita kena click pada icon tanda soal kaler kuning dalam device manager. click reinstall device, cari tab details dan lihat kod anda. contohnya PCI/VEN_8086&DEV_29C4&SUBSYS... dari situ kita boleh tahu kod vendor dan device. kalau dari kod ni vendor nombor 8086 dan device nombor 29C4.
kemudian, buka page http://www.pcidatabase.com/ dan korang akan lihat ada textbox yang suruh isi nombor vendor atau device.

masukkan vendor atau device no.


click link ini



copy link ni dan download.


download dan install

nota cpu : kalau tak berjaya, sila baca bismillah. hahaha. selamat mencuba dan selamat berhujung minggu. :)

Friday, June 19, 2009

Under Maintenance

i screwed up this page. perhaps.

thank you for visiting and have a good day.

Thursday, June 18, 2009

Lenka

good morning everyone. here is a song from Lenka - don't let me fall. enjoy your day and happy working. start your day with a smile. :)

Wednesday, June 17, 2009

Jubah Buat Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil
Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan
Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik
rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai
solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu
tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya
namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal
Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak
apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh
Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing
berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya
dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

All About Yuna

Hey guys,

This morning, I opened Yuna's facebook, guess what? I found her blog! yerp! It's for real. I've searching here blog for quite some time. hey! I find it today!! woooot! I know that u guys don't feel what I'm feeling rite now. to be honest, I'm feeling damn great. i read all about her. and the most unbelievable thing was she started her blog same day as well as mine. It was on 5th July 2008. OMG! seriously I'm so surprise. but I'm feeling lucky after all. don't u think we both have strong chemistry? ha ha. XD

taken from Yuna's blog



Yuna's Blog | IAMJetFuelShop

note inside rocket : her songs drive me crazy! currently I'm so into backpacking around Europe EP. she really makes my day. ;)

till then, daa.

*ended with the biggest smile ever*

Tuesday, June 16, 2009

Sudah Suku Abad

birthday gurl

harini birthday akak aku. di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-25 kepada titie.
  • semoga panjang umur dan murah rezeki
  • dapat jodoh yang terbaik
  • bahagia di dunia dan akhirat
  • terima kasih kerana menjaga keluarga dengan baik
  • terima kasih juga kerana menjadi kakak, teman dan ibu
  • tahun ni bagi la i duit raya lebih sikit uh?
  • cepat la kawen. i nak anak sedara. gurl ok? ha ha.

Monday, June 15, 2009

Kaki Wayang : Drag Me To Hell


sabtu lepas, aku layan cerita ni kat jusco tebrau city. at first aku nak tengok night at the museum 2 tapi dah full. komen aku untuk cerita ni, tahap seram dia suam-suam kuku la. tak de la seram mana. cuma aku geli part lendir-lendir kuat kat mulut nenek tua tu. eeeeuuuuwww!! sumpah weyh. tekak loya. kalau tengah makan popcorn, silap-silap boleh terkeluar balik. rating dia aku kasi 7/10.

sinopsis:
cerita ni mengisahkan seorang pegawai bank(Alison Lohman) yang berurusan dengan seorang nenek(Lorna Raver) yang ingin melanjutkan tempoh pembayaran rumahnya untuk kali ke-3. jadi, pihak bank tak bersetuju. sampai satu tahap nenek tu melutut di hadapan pegawai bank tu dan akhirnya nenek itu dimalukan di khalayak ramai. masa perempuan tu nak balik rumah, dia telah bergelut dengan nenek ni dalam keretanya. sebelum menghilangkan diri, nenek tu telah menyumpah perempuan tu dengan menggunakan butang bajunya. maka, perempuan itu telah disumpah akan ditarik ke neraka dalam masa 3 hari. banyak perkara yang telah dibuat untuk menghapuskan sumpahan itu. namun, tidak berjaya. akhirnya perempuan itu mati ditarik di dalam rel keretapi.

Friday, June 12, 2009

Addicted



suda dua hari aku asyik balik lambat ngadap game ni. langsung tidak ingat akan arnab aku yang kebuluran. ape kes? ni sume salah fesbuk! ha ha.

nota gumbira : selamat bercuti. :)

Wednesday, June 10, 2009

Depan ke Sebelah eh?

aku ada buat satu survey pada teman-teman dan rakan sekerja. suda lama aku kaji benda ni. soalan ini bermain di fikiran aku setelah aku bertemu dengan seorang rakan tidak lama dulu.

soalan : jika anda keluar makan bersama pasangan, posisi manakah yang anda akan duduk?

aku suda tanya kepada beberapa orang lelaki dan wanita. berikut adalah jawapan mereka :-

*******
lelaki A
aku suka duduk depan awek aku sebab aku boleh tengok muka dia puas-puas.

lelaki B
aku suka duduk sebelah sebab lebih rapat. nak pegang-pegang pun line clear. heh!

*******
wanita A
aku suka duduk depan pasangan sebab senang nak berbual. kalau duduk sebelah macam xsyok je.

wanita B
aku suka duduk sebelah sebab boleh baring atas bahu dia.

*******
kalau aku mungkin suka duduk di sebelah pasangan. sebab aku ni pemalu. kalau suda bertentangan mata, aku syak sudu boleh tersuap dalam hidung. haha.

nota : posisi mana yang korang suka? :)

Tuesday, June 9, 2009

Pertama Kali ke Pasar Tani

sudah lama rasanya tidak menjenguk blog aku ni. sangat sibuk semenjak dua ni. terima kasih kepada pengikut yang sudi mengikuti perkembangan blog aku, meninggalkan kesan tapak kasut dan juga membuat pautan blog aku di dalam blog korang. aku sangat terharu. ;)

hari sabtu yang lalu, aku ke pasar tani, larkin untuk mengusha-usha barang dapur. gerak pagi-pagi. antara ahli yang turut serta ialah akak aku, tma, mamat dan amoi. sampai-sampai jew memang ramai orang dah. cari parking terus menyelit dalam kesibukan pasar.

kami mula-mula ke bahagian barang kering. ada jual macam-macam. dari baju, tudung, kain ela, perhiasan, brooch sampai ke pokok-pokok. masa belek-belek tudung, aku ternampak ade abang jual ice blended. macam best jew. memandangkan tekak pun dah kering, aku order la ice blended chocolate dan ice blended honey dew. sambil tengah tunggu siap, aku berbual-bual la ngan abang tu. ade dua orang. sorang blend air. sorang lagi packing.

"abang ada kat sini setiap hari sabtu ke?"

"aah. kalau abang tak ada kat sini, abang ade dekat sebelah sana sikit." sambil tuding jari ke arah kiri gerainya.

"oh, abang tak panas ke ni ngadap matahari?" kebetulan matahari sedang elok membakar diri.

"panas jugak ni"

"ais tak cair ke bang?"
"ais belum cair, rasanya abang yang dah cair ni."

aku senyum aje. tak pasti maksud kata-katanya tadi. usai bayar, aku terus mencari kelibat akak aku. dalam hati, aku memuji gak la ke'macho'an abang tadi. ha ha.

hampir empat jam berjalan, macam-macam kami beli. banyak kedai sudah kemas barang. dah hampir tengahari ni. sebelum balik, kami lalu depan gerai jual dhob. korang tahu tak ape itu dhob? ia sejenis reptilia padang pasir yang hidup di darat. boleh dimakan. memang asyik sebentar tengok dhob dalam sangkar. ala-ala biawak versi padang pasir.

kebetulan sebelah gerai jual dhob ni ade gerai jual racun. aku perasan ada macam-macam racun. dari racun tikus, cicak sampai ke serangga. siap letak replika haiwan-haiwan lagi. tiba-tiba adik aku, mamat bersuara

"yang ni satu berapa?" tanya mamat kepada tauke cina itu sambil mengangkat tikus mainan.

tauke itu hanya tersengih-sengih.
"hahahahahaha" jawab kami serentak.

lekas-lekas blah dari situ. sume dah gelak macam setan! muka masing-masing dah merah. adik sape lah yang sengal lutut bijak sangat ni! tauke tu jual racun, dia boleh nak beli tikus mainan! haih.

Friday, June 5, 2009

Aku, Jimmy Dan Luna


3 jun 2009, kali pertama aku bertemu jimmy dan luna. aku tidak dapat menghidu hubungan rapat mereka. aku rase aku telah jatuh cinta pada jimmy. luna, maafkan aku kerana merampas kekasihmu. moga kau mengerti. aku sayang kalian berdua.bagaimana ye aku mau melawan perasaan ini? ah!! sukar sekali!!! jimmy sering mencium pipi & menjilat tanganku. geli tapi aku suka. ha ha. jimmy, aku sayang kamu!

jimmy dan luna

aku lahir pada tahun arnab. mungkin sebab itu aku selesa dengan kalian. ;)

nota kawin : adah nikah malam ini. whee~

Wednesday, June 3, 2009

Menjelang Hari Bahagia

sewaktu zaman persekolahan, aku adalah seorang pengawas. punyai kumpulan sendiri. nama kumpulan aku GREEN GIRLS. terdiri daripada adah, aju, ayu, ecah, jana dan t-ma. nama itu kami pilih sebab kami berbaju hijau. kami pengawas yang sangat terkenal di sekolah. bukan sebab kami mengejar publisiti, tapi sememangnya kami popular. tak kisah lah dari bidang akademik, sukan, erobik, koir, perbahasan, MC majlis perhimpunan, pembaca ikrar, tukang ambil nama pelajar datang lambat. semua kami balun. *don't be jealous coz u're ain't one of us* ha ha.

 
green girls

ingat lagi kata-kata puan Hindun selaku guru pendidikan Islam aku lima tahun yang lampau. "cikgu rasa, antara awak ni semua, aisyah yang akan kawin dulu." kami sengih sahaja.

hari sabtu lepas, aku dapat kad jemputan perkahwinan. guess who is getting married? aisyah? NO! teka lagi. aku? cet! mau kena penampar terbang? tahniah aku ucapkan buat adah. her status will be change this coming Friday. dem! aku macam tak caya seyh! but i'm happy for her. that's for sure.

beberapa hari yang lalu, aku ke rumah adah untuk test inai (aku jadi bride olok-olok). suka sangat ukiran kat tangan tu. aku balik rumah dah malam. so, adik aku da tidur. on the next morning time aku nak solat. adik aku tegur, 

 "akak, u nak kawin eh?" 
 "kenapa?" 
 "tu ada lukis-lukis kat tangan u" 
 "oh. aah." 
 "u kawin ngan sape?" 
 "ngan laki i la." 
 "abis lepas ni u duduk ngan sape?" 
 "ngan laki i la" 
 "amboi, dah tak sayang keluarga la tu!" 

 pagi itu, rumah aku kecoh dengan hilai tawa. umur enam tahun dah macam ni. aku tak boleh bayangkan ke'becok'kan mulutnya sepuluh tahun akan datang.

nota kawin : aku sudah mau balik. malam ni nak pakaikan adah inai. dua hari lagi menjelang hari bahagianya. kenapa aku pula yang berdebar ni? hee~
Ende. ;)

Monday, June 1, 2009

Bertemu Yuna

Gembira! itu lah perasaan yang boleh aku gambarkan sewaktu bertemu yuna malam tadi. pertama kali melihat dia perform secara live depan mata! huh! namun, aku agak kecewa kerana dia tidak menyanyikan lagu rocket! but, it's ok. at least i've seen her last nite right? hee~

aku nak ucapkan terima kasih kepada guys yang tolong parkingkan moto aku. aku tak sempat nak berkenalan sebab aku pemalu. plus, aku sudah lambat mahu tengok yuna. but they were so sweet. ayat yang aku paling tak tahan

"nak saya tolong parkingkan moto awak ke?"

"em, tak menyusahkan awak ke?

"ish, tak pe. saya memang suka tolong orang."

"awak sorang ke?"

"yup."

dem! tak sangka ada lagi rupanya lelaki yang baik kat johor ni. siap bahasakan diri "saya", "awak"!!! ha ha. dan paling kelakar bila dia tak boleh start moto aku.

"eh, nape moto awak ni tak leh start?"

"oh, angkat stand dia."

hahahaha. aku gelak dalam hati. neway, kalau awak baca entri ni, sila tinggalkan mesej. mungkin nanti saya boleh belanja makan sebagai tanda membalas jasa awak tu. :)

aku mau nangis jugak la sebab letih cari member aku sampai setengah jam. ramai gila orang da macam lautan manusia! luckily, i found her!!! banyak benor setan tanduk warna-warni aku nampak. mungkin aku sudah boleh melihat alam ghaib. tapi kenapa jumpa kat jom heboh je eh?

nota big fans yuna : aku mau lihat yuna dari dekat. harap lepas ni dia akan buat performance around JB. aku mau bergambar dengan yuna macam budak hijau juga!